SEPANJANG perjalanan dari mall ke rumah, suasana dalam kereta senyap sunyi sahaja. Lydia pula sudah naik hairan. Pelik dengan perubahan sikap Danish. Keluar saja dari butik pakaian tadi, lelaki itu tiba-tiba berkelakuan dingin dengannya. Bila dia bertanyakan kenapa, tidak ada sebutir pun huruf keluar dari mulut lelaki itu. Malah pandangnya pun tidak. Apa salah dia?
"Dia kenapa eh? Sejak keluar dari butik tadi lagi muka dia ketat semacam je? Ke aku ada buat salah dengan dia?" Lydia berkata melalui hati. Gelisah dia hanya diri dia sahaja yang tahu.
Posisi duduk di betulkan. Dia mengumpul keberanian untuk bertanyakan lagi kepada Danish. Berharap lelaki itu memberikannya jawapan yang tepat.
"Awak..., tolong cakap dengan saya. Kalau saya ada buat salah dengan awak, tolong bagitahu" pujuk Lydia. Tidak senang duduk dia kalau Danish terus bersikap sebegini. Jika dia ada buat silap, tolonglah katakan. Jangan berdiam diri. Dia tidak sukakan seperti itu.
Diam. Danish masih dengan egonya sambil mata itu kekal fokus pada jalan raya yang tidak sibuk. Kepalanya tidak tergerak langsung hendak memandang Lydia di sebelah. Yang lagi menantikan balasan darinya. Hati dia belum reda lagi dari terbakar tadi. Masih segar di ingatannya cara gelak tawa dan layanan Lydia terhadap lelaki di butik pakaian tadi. Panas!
Ya. Dia akui. Dia cemburu. Sangat-sangat. Teramat sangat.
Lydia melepas keluhan kecil. Kali ini dia cuba beranikan diri menyentuh tangan Danish yang terletak pada kepala gear. Tetapi dengan pantas, Danish menarik tangannya. Dia berpura-pura hendak memegang stereng kereta. Padahal dia perasan akan tangan Lydia yang hendak menyentuh tangannya.
Perbuatan Lydia terhenti. Perlahan dia menarik tangannya semula sambil mata itu melihat hujung-hujung ke arah Danish. Jari jemari di ramas-ramas bagi menghilangkan rasa gementar. Dapat dia merasai aura wajah Danish pamerkan saat ini bagaimana. Tampak seperti orang menahan marah yang begitu tinggi.
Mungkin buat masa sekarang ini dia terpaksa membungkamkan diri dia dahulu?
"Arh!" Hampir terkena kepala Lydia pada dashboard kereta apabila Danish tiba-tiba sahaja memberhentikan kereta di bahu jalan secara mengejut.
Danish menarik handbrake kasar. Tidak dapat lagi dia menahan diri apabila bayangan gelak tawa Lydia dengan lelaki di butik pakaian tadi asyik bermain sahaja di mindanya. Dia cuba untuk mengusirkan bayangan itu, malah semakin jelas bayangan itu bertayang di fikirannya.
Lydia mengusap kecil pada bahunya apabila terasa sakit. Sambil mengusap bahu, dia merasakan ada sepasang mata memerhati ke arahnya dari tepi. Lambat-lambat kepalanya bergerak memandang ke arah kanan.
Benar, sepasang mata itu datang dari Danish yang berada di sebelahnya. Renungan mata sangat lain dari yang lain. Bukan renungan cinta, bukan renungan sedih dan bukan juga renungan biasa. Tetapi renungan seperti mata harimau mahu menerkam mangsa. Seram.
"Kena..." Baru separuh perkataan Lydia ucapkan, tiba-tiba tangan kekar milik Danish naik mencengkam pipinya. Tidak kuat tapi boleh tahan sakit.
"Betul kau nak tahu apa salah kau?" Perlahan suara itu berkata. Namun cukup menggerunkan Lydia. Tidak berkedip langsung matanya memanah anak mata wanita itu.
Lydia mengangguk kepalanya takut. Pernafasannya tidak dapat di atur dengan baik buat masa kini. Terlalu terkesima dengan perbuatan Danish terhadapnya.
"Salah kau adalah..." Danish sengaja menjedakan ayatnya. Tangan yang mencengkam pada pipi Lydia itu beralih menyentuh rambut hitam pekat Lydia. Dia membelai rambut isterinya penuh kelembutan sebelum mata itu menikam semula pada anak mata Lydia.
"Kenapa... kau gatal sangat pergi layan jantan dekat butik tu tadi? Hm? Siap gelak-gelak bagai? Suka? Topik apa yang kau bualkan sangat sampai boleh gelak tawa macam tu sekali? Ha?" Pelbagai soalan Danish ajukan. Tangannya masih membelai rambut Lydia.
Jawapan yang Lydia inginkan sudah terjawab. Dia cuba menenangkan diri dan mengatur nafasnya biar stabil. Bibir di tarik kecil mengukir senyuman. Kemudian tangannya naik mengenggam tangan Danish yang tidak henti membelai rambutnya.
"Jadi..., sebab itu kenapa awak tegang dengan saya?" tanya Lydia lembut seraya mengeratkan genggaman tangan Danish.
"Kau rasa?" Penuh garau suara itu menyoalkan semula. Tatapannya pada Lydia masih kosong.
Lydia mengulum senyuman. Badan Danish yang dekat dengan dirinya itu di tolak lembut. Menyuruh lelaki itu kembali kepada posisi duduk seperti selalu. Genggaman tangan dia dan Danish pula setia bersatu. Sesekali ibu jari Lydia itu mengusap lembut pada tapak tangan belakang Danish.
"Dengar sini. Apa awak tengok tu just sekadar borak pasal baju je. Tak ada lebih dari tu pun. Saya kan dah ada suami? Buat apa saya nak menggatal dengan lelaki lain?" Lydia menjelaskan dengan nada yang lemah lembut. Walaupun hakikatnya bukan berborak pasal baju sahaja tadi.
"Tu kau. Tapi dia? Mesti dia ada hati dekat kau." Danish masih dengan perasaan cemburunya. Tidak puas hati dengan penjelasan dari Lydia itu.
Lydia kekal mengukir senyuman. Dengan berani dia naik tangan menekup kedua belah pipi Danish.
"Danish Haziq. Listen. Semenjak saya kahwin dengan awak, sah bergelar seorang isteri kepada awak. Hati saya hanya untuk awak sorang je. Tak ada yang kedua, tak ada yang ketiga. Cuma awak sorang saja bertahta di hati saya, sayang." Curahan kata manis Lydia itu dapat mematikan perasaan amarah dan cemburu yang melanda dalam diri Danish.
"Betul kau tak ada hati dengan dia?" Danish mahu kepastian. Sambil membalas genggaman tangan Lydia yang menekup pipinya itu.
"Iya sayang. Betul."
Danish tersenyum tipis sebelum dia menjatuhkan tangannya dengan Lydia ke bawah serentak.
"Aku sayang kau, Lydia. Aku tak boleh tengok kau dengan lelaki lain. Jujur aku cemburu" akui Danish penuh dalam.
Lydia menundukan pandangan memandang bawah. Menahan diri dari tersenyum. Tidak sanggup dia bertentangan mata dengan Danish. Sungguh, dada dia berdebar-debar sekarang ini. Ucapan suaminya membuatkan dirinya tidak tenteram.
Danish berdecit ketawa. Dagu Lydia di cubit lembut lalu mengangkat wajah itu biar memandangnya.
"Janji dengan aku. Jangan rapat dengan lelaki lain selain aku." Danish memberi peringatan buat Lydia. Berharap selepas ini Lydia lebih berhati-hati bila bersemuka dengan lelaki lain selain dirinya.
Lydia senyum. Angguk kepala tanda menurut.
"Ya. Saya janji."
Tidak terputus pandangan mata itu membalas mata antara satu sama lain. Secara tiba, kepala Danish bergerak mendekati wajah Lydia. Manakala Lydia pula sudah gelisah. Dia tahu tujuan Danish itu. Tiada apa yang boleh buat selain mendiamkan diri. Nafas yang stabil tadi, kini kembali tidak teratur.
TING!
Terbantut terus perbuatan Danish di buatnya apabila satu notifikasi muncul di layar skrin. Serentak Lydia melepas nafasnya lega. Thanks god...
Danish mencapai telefonnya. Melihat mesej yang di hantar dari seseorang.
< Boss, malam ni datang gudang. Perempuan tua ni buat hal lah.
Begitulah mesej yang di hantar oleh seseorang iaitu Nasril. Orang upahannya.
"Kenapa?" Lydia bertanya ingin tahu.
Danish menggeleng laju.
"Nothing. Jom balik." Telefon di jatuhkan atas tiba.
Tangan terus mengenggam handbrake lalu diturunkan. Selepas itu, kakinya menekan pedal minyak sebelum tayar kereta mula bergerak meninggalkan bahu jalan.
Lydia di sebelah hanya dapat membisu. Ada sesuatu yang tidak kena ke?
Bersambung...
[Di alu-alukan tekan vote ya💕]
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
عاطفيّة✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)