Setahun kemudian...
HARI ini merupakan hari yang bermakna buat Lydia. Setelah sekian lama sahabatnya hidup membujang, akhirnya Dhia disatukan juga dengan pilihan hatinya, Nathan.
Dia tumpang gembira melihat kebahagiaan sahabatnya. Selepas ini, pasti semakin susah untuk mereka meluangkan masa bersama, kerana Dhia bakal menetap di luar negara mengikut suaminya. Maklumlah... sesama bisnis di sana.
"Beb... janganlah sedih kau ni," pujuk Dhia tatkala dia perasan mata Lydia mula berkaca.
Lydia sekadar tersenyum hambar. Dalam diam, dia berusaha menahan air mata daripada mengalir keluar.
Selepas itu, Dhia menarik Lydia masuk ke dalam pelukannya. Erat dan lama.
"Kalau kau balik Malaysia, bagitahu aku, tau?" pesan Lydia sebaik sahaja pelukan itu dileraikan.
"Semestinya, Riss."
Setelah itu, Lydia meminta diri untuk pulang. Hampir satu jam juga dia berada di majlis Dhia. Lagipula dia tidak boleh berlama-lama di majlis Dhia. Kesian suaminya yang berada di rumah dalam keadaan tidak sihat sekarang.
Dhia yang memahami keadaan Lydia, hanya membenarkan. Pada awalnya, pelik juga kenapa Lydia datang seorang diri. Namun, apabila Lydia memberitahu bahawa suaminya tidak sihat, dia hanya mengangguk faham dan tidak bertanya lebih lanjut.
Lydia mula menyusun langkah keluar dari dewan perkahwinan Dhia bersama Nathan. Anak matanya melilau mencari kelibat kereta di luar.
Sebaik sahaja menemui kereta tersebut, dia terus bergegas mendapatkannya.
"Sorry, Lydia. Akak lambat. Boleh pula jammed dekat simpang empat belakang sana tu," kata Intan sebaik sahaja Lydia masuk ke dalam kereta.
"Eh, tak apalah, akak. Lagipun, Lydia baru je keluar ni," ujar Lydia.
Sebenarnya, boleh saja dia memandu sendiri ke majlis Dhia. Namun, disebabkan Danish tidak mengizinkan, terpaksa jugalah dia mematuhi kata-kata suaminya.
Tahu-tahu, sebaik sahaja dirinya selesai bersiap, Intan sudah menunggunya di luar.
Rupanya, Danish sudah merancangan dari awal.
"Oh ya ke? Kalau macam tu, jom kita gerak sekarang." Tangan Intan terus menggenggam tuil gear lalu menolaknya ke kedudukan D.
"Erm, akak... sebelum hantar Lydia balik, boleh singgah kedai kek dulu tak?"
"Kek? Kek untuk kawan Lydia yang kahwin tu ke?" teka Intan dengan wajah bingung.
"Eh, taklah." Laju Lydia menggeleng.
"Then?"
"Untuk Danish. Birthday dia hari ni."
Intan terus bungkam. Sedetik kemudian, perlahan-lahan bibirnya melakar senyuman kecil sebelum dia mengangguk akur.
Lydia membalas senyuman Intan seraya menyandarkan tubuhnya pada seat. Kemudian itu, dia melemparkan pandangan ke luar tingkap.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)