ANGKA jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Lydia masih termenung sendiri. Masih terfikir tentang persoalannya yang di biarkan tergantung oleh Danish pagi tadi.
"Aihh... takkan aku nak kahwin dengan dia kut? Agak-agak la. Aku baru 23. Masih awal lagi untuk aku fikir pasal kahwin ni." Lydia berkata dalam hati. Sekejap mucung, sekejap mencebik bibirnya itu. Sumpah. Soal kahwin tidak terlintas langsung di benak fikirannya. Nak berumah tangga apa semua. Jujur dia tidak terfikir langsung akan tentang itu.
Matanya yang tidak lepas melihat ke arah luar tingkap itu bergerak perlahan memandang kaki kanannya yang terseliuh.
"Kalau aku nak lari dari sini sekali pun tak ada gunanya jugak. Tengok la kaki aku dari semalam seliuh tak sembuh-sembuh lagi ni." Lydia mendengus usai menyudahkan ayatnya.
Sedang Lydia berbual dengan hati sendiri itu, tiba-tiba pintu terbuka.
"Aku nak keluar kejap. Kau duduk rumah baik-baik, eh?" beritahu Danish sambil kakinya itu berjalan terus ke bilik baju. Pintu almari bajunya di geser buka. Ligat tangan itu mencari pakaian yang dia ingini.
"Keluar? Habis kalau saya lapar ke dahaga ke. Siapa yang nak tolong ambilkan?" Sudahlah tinggalnya sendiri di rumah besar ini. Tambahan pula kaki tidak boleh berjalan. Dia rela tidak mandi di sebabkan tidak mahu di bantu oleh Danish. Lagi pun nak mandi. Pakaian salin pun tiada. Tahu baju laki tu ada. Tapi... tak nak aku!
Lambat-lambat Danish menarik jaket hitamnya keluar dari almari. Ada benar juga kata Lydia. Kalau dia keluar, siapa nak bagi makan?
Danish melepas keluhan kecil. Kaki di hayun dan menyandarkan diri di permukaan pintu bilik baju.
"Okey. Sebelum aku keluar. Kau nak suruh aku ambil apa?" Pelawaan Danish membuatkan Lydia berubah muka penuh makna. Hujung bibir di tarik kecil sebelum dia meletakkan jari telunjuknya pada dagu. Di ketuk-ketuk kecil pada dagunya itu seakan sedang berfikir. Dan tidak lama kemudian. Dia memetik jari satu kali.
"Ha! Apa kata awak ambilkan saya banyak-banyak makanan. And lepas tu letak dekat sebelah saya ni. Nanti senang kalau saya nak makan ambil je. Also jangan lupa dengan minuman sekali. Nanti tercekik, mati tanpa pengetahuan awak saya dekat sini" tutur panjang Lydia. Senyuman manis dia pamerkan buat Danish. Dengar macam memerli. Tapi tak pun.
"Okey. Aku ambilkan sekarang." Danish akur lalu melangkah keluar dari bilik baju itu. Jaket yang berada di tangannya di letak atas katil dahulu. Kemudian baru membawa diri keluar dari bilik tidur itu dan menuju ke dapur.
Lydia senyum teruja. Bila fikir balik, best juga macam ni. Minta je apa. Orang ambilkan. Sakit berterus je la kaki. Eheks!
Tidak lebih lima minit, Danish kembali masuk ke dalam bilik semula bersama bekas sedikit besar serta lebar di tangannya. Dalam itu penuh dengan pelbagai makanan serta minuman.
"Nah. Cukup tak? Kalau cukup, kau makan la sampai kau kenyang. Kalau dah tak ada apa-apa. Aku keluar dulu" ujar Danish sebaik sahaja dia meletakkan bekas di penuhi dengan makanan dan minuman itu bersebelahan dengan Lydia.
Bersinar-sinar mata Lydia melihat suasana dalam bekas itu. Memang bahagia betul dia sekarang ini melihat pelbagai jenis makanan dan minuman. Inilah yang dia mahukan!
"Wah! Ini terlebih dari cukup ni!" Lydia bertepuk tangan bersama mulutnya terbuka kecil. Tidak sabar betul dia ingin menjamah semua makanan itu.
Melihat perilaku Lydia membuatkan hati seorang Danish tercuit. Nampak sangat kebudakan dalam diri bakal isterinya itu. Dia menggeleng sambil tersenyum.
"Enjoy your meal. Aku pergi dulu." Jaket hitamnya yang terletak pada katil tadi di ambil lalu menyarung pada tubuhnya. Baju tshirt putih dalam itu di betulkan sebelum membetulkan semula jaketnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)