Bab 18 - SISA RASA

12.6K 460 31
                                        

                 AIR kosong di teguk rakus setelah ubat kedua pengstabilan mod itu di masukkan ke dalam mulut. Berkerut-kerut dahi Danish menahan kelatnya ubat tersebut. Cawan kosong di bawa ke sinki. Paip air di buka lalu membasuhnya ringkas. Setelah siap, cawan bersih itu di letakkan atas rak bersebelahan dengan sinki. Paip air di tutup semula.

Tangan di tongatkan pada sisi sinki sebentar sebelum dia memutarkan tubuhnya dan menyandarkan diri di situ. Mata melilau melihat sekeliling dapur. Tanpa sengaja, matanya tertancap pada sebuah almari kayu lama yang terletak di bucu dinding dapur.

Lama dia memandang ke arah situ. Dapat dia lihat dari jauh susunan pinggan, mangkuk dan cawan masih sama sejak dulu.

"Mama..., banyak lagi ke pinggan, mangkuk, cawan mama nak kena basuh? Kalau banyak, suruh lah Mak Yuni buat sana." Jelas nada itu kedengaran merengek saat menghujahkan kata. Kaki berjalan menghampiri mamanya yang lagi sibuk menyusun pinggan, mangku, cawan yang telah siap di basuh itu atas rak bersebelahan dengan sinki.

"Halah... tak apa lah. Kesian Mak Yuni dari tadi buat kerja rumah. Sekali-sekala mama tolong apa salahnya" lembut Puan Hasni membalas. Ligat tangannya masih lekang dengan kerja.

Danish diam selepas itu. Bukan dia tidak tahu segala pinggan, mangkuk, cawan itu adalah antara barang yang mamanya paling sayang. Tidak mengharapkan orang lain basuh, wajib dia sendiri yang membasuh.

"Eh jap... kenapa anak mama tak tidur lagi ni? Esok kan school? Dah pukul sebelas lebih dah ni, sayang." Puan Hasni mula membebel. Baru dia perasan akan empunya suara itu.

Danish mengeluh. Bebelan mamanya itu dia buat tak endah. Tubuh belakang mama di peluk. Erat. Kepala juga di jatuhkan belakang wanita separuh usia itu.

"Nish tak boleh tidur la mama..." Danish mengadu manja. Puan Hasni yang mendengar itu mengulum senyuman kecil.

"Nak mama dodoikan?" Seperti Puan Hasni tahu apa yang anak bongsunya itu mahukan.

"Nak!" Teruja Danish menjawab. Memang itu sebenarnya tujuan dia ke dapur. Nak ajak mama dodoikan dia. Manja? Ya. Dia akui itu. Antara mama dengan papa, mama lah yang paling dia rapat. Kalau papa, abang Darwish paling rapat. Tetapi kasih sayang mama dan papa bagi sama rata. Tiada lebih, tiada kurang.

"Okeylah. Jom kita naik atas." Tangan kecil Danish yang melingkar di pinggangnya di leraikan. Apron tersarung pada tubuh di lepaskan dan sangkut di tempat asal. Jari jemari anak lelaki bongsunya di raih lalu menarik keluar dari dapur. Suis lampu di matikan dahulu.

"Promise dengan mama eh, esok jangan mengada-ngada pula tak nak pergi sekolah sebab tidur lewat." Puan Hasni memberi peringatan sambil kaki setia berjalan menuju ke bilik tidur anaknya, Danish.

"Okey mama. Danish promise." Susunan gigi putih rapi di tayangkan buat mama. Tersengih.

"Good boy anak mama." Rambut Danish di kusut ringkas. Usai tiba di bilik, pintu di tolak buka. Terburu-buru Danish masuk ke dalam bilik. Dia melompat naik atas katil. Tubuh di baringkan seraya menarik selimut menutupi badannya separuh bahu.

Puan Hasni yang masih berada di ambang pintu, tidak putus dari tersenyum. Tingkah laku anak lelaki bongsunya itu asyik mencuit hatinya sahaja.

"Mama, cepat lah. Kenapa berdiri dekat pintu tu" seru Danish sambil mencebik. Puan Hasni tersedar. Langkah di teruskan mendekati diri ke katil. Punggung di labuhkan di sisi katil sebelum dia juga turut membaringkan tubuhnya di sebelah Danish.

"Nish...," panggil Puan Hasni lembut. Rambut hitam pekat anaknya itu di belai penuh kasih.

"Yes mama?" sahut Danish. Wajah di angkat sedikit hendak melihat wajah mama.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang