Bab 35 - SISA RASA

590 41 2
                                        

             SEBAIK sahaja lif terbuka, Danish dan Lydia melangkah keluar dari perut lif dengan jari jemari masing-masing masih setia mengenggam satu sama lain.

Staf yang tidak sengaja bertembung dengan mereka itu menayang wajah terkejut. Mana tidak? Sudah berapa bulan dia tidak melihat wajah majikannya, tahu-tahu hari ini muncul depan mata.

Sarah yang hendak ke bilik fotostat terhenti tatkala ruang matanya di sapa kehadiran bosnya.

"Eh? Tuan Danish?" tegur Sarah dengan nada jelas terkejut tidak dibuat.

Danish sekadar mempamerkan senyuman segaris saja buat gadis itu sebelum kepalanya jatuh sekali.

"Tuan Danish sihat ke? Lama saya tak nampak tuan," kata Sarah seraya berjalan rapat ke arah mereka.

"Saya sihat," jawab Danish ringkas.

"Alhamdulillah." Syukurlah jika bosnya sihat seperti selalu. Berfikir panjang juga dia mengapa bosnya lama tak masuk ofis. Kalau tanya, nanti di cop busy body. Tak naklah!

"Ha, tuan nak tahu? Sepupu tuan yang ganti tuan tu kan, tak best langsung, tuan. Dia tegas sangat, serius memanjang. Berbeza dengan tuan. Walaupun tuan serius, tapi tak adalah setegas dia dua puluh empat jam." Sempat pula Sarah mengutuk sepupu bosnya.

Tergelak kecil Danish mendengarkan itu.

"Macamlah awak tak biasa. Sebelum ni saya cuti lama, dia juga yang uruskan, kan?"

"Ya, tapi yang dulu tu okey je, tuan. Tapi kali ni dia macam handle sorang-sorang je projek berjuta-juta tu. Stres dia macam dia seorang je kerja. Padahal kita orang lebih kurang je."

"Ehem!"

Kejung habis tubuh Sarah mendengar deheman itu. Matanya membulat seraya menelan liurnya sukar. Jangan cakap yang belakang dia sekarang ni...

"Seronok kutuk saya, Sarah?"

Rapat Sarah mengemam bibirnya sebelum tubuh itu berpusing dengan gaya slowmo menghadap lelaki itu. Dia tersengih menampakkan barisan gigi rapinya.

"B... bos. Saya... saya ke bilik fotostat dulu ya. Saya minta diri dulu." Sarah cuba larikan diri. Dia menundukkan kepalanya terlebih dahulu sebagai hormat sebelum dia cepat-cepat berlalu pergi dari situ. Matilanak!

Menggeleng perlahan Jelmi melihat pemergian Sarah itu. Baru dia tahu, Sarah ni dalam diam, suka mengutuk dirinya rupanya.

Jangan pelik la kenapa hujung bulan ni dia dapat gaji setengah saja. Gurau.

Setelah itu, kepala Jelmi bergerak memandang Danish.

"How are you, dude?" sapa Jelmi seraya menghulur tangannya ke arah Danish.

Danish tersenyum. Tangan Jelmi di sambut.

"l'm good. Better dari sebelum ni," jawab Danish.

Kepala Jelmi terangguk beberapa kali. Seterusnya, bola mata beralih pada seorang wanita di sebelah sepupunya.

Danish yang faham dengan pandangan Jelmi itu, terus memperkenalkan Lydia.

"Sayang, kenalkan my cousin. Jelmi."

"Your wife?"

"Yes. My wife."

Hujung bibir Jelmi tertarik kecil.

"Gorgeous," pujinya perlahan.

"I know about that. She's the freaking beautiful... for me."

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang