Bab 40 - SISA RASA

670 49 0
                                        

HARI demi hari, rawatan psychiatric home care Danish berjalan seperti biasa. Segalanya dipantau dan dijaga dengan baik oleh Lydia.

Sebaik sahaja melangkah turun dari anak tangga terakhir, Lydia terus berjalan ke arah Danish yang sedang melakukan senaman ringan di luar rumah.

"Sayang, saya nak ke pasar ni. Nak beli barang dapur," beritahu Lydia sambil membetul ringkas tali beg besi di bahunya itu.

Pergerakan Danish terhenti. Dia bangun dari posisi push up dengan nafas sedikit mengah. Wajah berseri Lydia di pandang sedikit hairan.

"Seorang?"

"Eh, taklah. Saya pergi dengan Dhia. Dia pun kebetulan nak cari barang dapur hari ni. Alang-alang tu, saya tumpang sekali. Lagipun, dah lama kami tak jumpa," terang Lydia.

Memang benar. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan sahabat baiknya itu, sejak Dhia pergi ke London atas urusan pembukaan butik terbarunya di sana.

Danish mengangguk kecil. Matanya kemudian menghala ke arah pintu pagar rumah. Mencari kelibat kereta sahabat baik isterinya itu.

"Dah sampai ke?"

"Dah. Dia tunggu dekat luar."

Danish angguk sekali sebelum kakinya melangkah mendekati Lydia. Tubuh itu ditarik secara tiba masuk ke dakapannya.

Lydia terpinga-pinga, tetapi tangannya naik juga membalas pelukan itu.

"Erm, sayang. Saya kena gerak sekarang ni. Kesian Dhia tunggu lama dekat luar," kata Lydia lembut tatkala sudah melebihi lima minit Danish memeluknya.

Kedengaran rengusan kecil Danish lepaskan. Dia merenggangkan pelukan itu dengan terpaksa. Wajah Lydia ditatap lama sebelum dia menghadiahkan satu ciuman di dahi wanita itu.

"Jangan lama. Aku sorang-sorang dekat rumah," pesannya.

"Eh tak, awak tak keseorangan sayang."

Jawapan Lydia membuatkan kening Danish berkerut pelik. Apa maksud isterinya itu?

"Maksud kau?"

Lydia tersenyum terlebih dahulu sebelum menjuihkan bibirnya ke arah belakang Danish.

Seakan memahami isyarat itu, Danish berpaling ke belakang.

Kelihatan Darwish baru sahaja keluar dari kereta dan berjalan menghampiri mereka.

"Saya dah bagitahu awal-awal pada abang Darwish yang saya nak keluar hari ni. Memandangkan tak ada siapa yang jaga awak, jadi abang Darwish akan temankan awak sementara saya keluar beli barang," jelas Lydia.

Darwish hanya tersenyum mendengar tuturan itu seraya memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

Danish diam. Tidak ada apa yang perlu diperkatakan.

"Okeylah. Saya gerak dulu."

"Take care," pesan Darwish. Dan Lydia mengangguk sambil tersenyum buat abang iparnya itu.

"Bye," ucapnya sambil melambai kecil ke arah Danish sebelum melangkah pergi.

Danish membalas lambaian itu dengan pandangan yang sedikit sayu.

Entah kenapa, walaupun Lydia hanya keluar membeli barang bersama rakannya, hati Danish terasa berat untuk melepaskannya pergi.

"Kau kenapa?" Darwish bersuara apabila perasan air muka adiknya tampak sedikit muram.

Pandangan Danish yang sejak tadi mengekori Lydia, perlahan-lahan beralih ke arah abangnya di sebelah.

"Nothing," jawabnya sepatah. Kemudian itu, dia melangkah dan duduk di kerusi yang tersedia di halaman rumah itu.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang