PAP! Tergeleng ke tepi kepala Danish saat tangan Lydia hinggap kuat pada pipinya.
"Kenapa?! Kenapa awak bunuh ibu saya, hah?!" tempik Lydia lantang. Menjegil luas matanya memandang sisi wajah Danish itu.
Danish tergamam. Pipi kanan yang di tampar oleh Lydia itu di pegang lalu di ramas kecil. Tidak marah, tapi dia tergelak sinis.
"Again... again and again kau tampar aku? Lepas ni apa? Minta maaf balik?" Pandangan garang Lydia sama sekali tidak membuat dia goyah. Malah dia berbalas pandangan itu sama garang dengan Lydia.
"Kali ni saya tampar awak bersebab, Danish! Awak ingat saya nak berdiam diri bila dapat tahu ibu saya di bunuh? Dan pembunuh tu adalah suami saya sendiri! Kenapa awak bunuh ibu saya?! Apa salah dia pada awak, Danish Haziq! Bagitahu saya!"
"Argh!!! Aku bunuh ibu kau pun bersebablah!" Danish juga tidak kalah melantangkan suaranya. Sakit kepala dia mendengar pekikan suara Lydia. Tambahan pula wanita itu mengemukakan soalan-soalan yang mampu membuatkan otaknya serabut teruk.
"Tell me! Apa sebab dia!"
"Sebab cinta! Cinta mati pada kau, Lydia!"
"Kalau awak cinta mati dengan saya sekali pun, tak perlu lah awak bunuh ibu saya! But, saya hairan. Hairan macam mana awak jatuh cinta mati dengan saya sedangkan kita tak pernah bertemu pun sebelum ni" kata Lydia.
"Pernah. Kita pernah jumpa, sayang. Pernah." Laju Danish membalas.
"Bila? Bagi tahu saya bila? You know what? Dari saya sekolah sampai sambung belajar sehinggalah bekerja, saya tak pernah pun kenal lelaki nama Danish Haziq tahu tak?" kata Lydia lagi. Intonasi suaranya mula mengendur sedikit.
"Ya. Memang sepanjang kau sekolah sampai kerja kau tak pernah dengar nama aku. Tapi..."
Keras kejung mata itu merenung jenazah kedua ibu bapanya di masukkan ke liang lahad. Air mata yang mengalir itu di biarkan tanpa di kesat.
Saat jenazah ibu bapanya selamat di turunkan ke bawah tanah, dia terus berlari pergi. Dia tidak kuat melihat pengebumian orang yang dia sayang. Lebih-lebih lagi ibunya. Wanita syurga yang selalu ada dengannya ketika dia lemah. Namun sekarang, wanita syurga itu pergi buat selamanya. Meninggalkan dia tanpa ada bahu lagi untuk dia bersandar.
Darwish yang berusia 15 tahun ketika itu hanya memandang sahaja pemergian adiknya dengan bahasa bisu. Nak menjerit panggil sekali pun tiada guna.
Dari tanah perkuburan ke kawasan rumahnya mengambil jarak 800 meter. Dia tidak terus pulang ke rumah, tetapi dia memutuskan untuk duduk di kerusi batu yang terletak di birai taman. Laju dadanya bergerak turun naik akibat maraton yang begitu jauh. Air mata yang mengalir pada pipi di kesat dengan kasar.
"Kenapa mama.... kenapa papa....? Kenapa mama papa tinggalkan Nish? Nish ada mama papa je yang selalu tenangkan, Nish" luah budak Danish seorang diri. Selepas itu, dia meletakkan tangannya atas meja lalu menyembamkan wajahnya di situ. Terhinjut-hinjut bahunya menangis.
"Hmm? Kenapa taman dekat sini nampak sunyi je? Selalunya petang-petang macam ni ramai orang?" gumam seorang gadis kecil berusia 8 tahun itu sambil melihat sekeliling taman. Dia menoleh ke belakang. Ibu ayahnya masih sibuk mengurus pemindahan barang dari lori masuk ke dalam rumah baru. Abang-abang lori pun turut sama membantu.
Kepala di alihkan ke taman semula. Kembali melihat taman permainan sehingga anak mata itu tertangkap sosok tubuh seseorang yang lagi duduk sambil menyembam wajah di permukaan meja batu di seberang sana.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)