MUNDAR-MANDIR sambil bercekak pinggang Lydia dalam ruangan bilik kerjanya itu. Rasa susah hati dia, hanya tuhan sahaja yang tahu. Bila di fikir balik, kenapa dia begitu mudah tinggalkan Danish dalam keadaan menahan emosi sebegitu? Sepatutnya dia harus menenangkan lelaki itu. Bukan tinggal dalam keadaan macam tu.
Kalau Danish bertindak yang aneh-aneh macam mana? Dirinya juga yang menangis nanti.
"Patut ke aku pergi balik bilik dia?" Lydia keliru. Dalam sel-sel otak dia hanya dua perkataan sahaja yang berlegar-legar. Iaitu pergi ataupun tidak. Jika dia pergi, adakah Danish akan menghalaunya sama seperti tadi?
"Ish! Lantaklah dia nak halau aku lagi ke apa. Yang penting sekarang ni keselamatan dia. Jadi apa-apa melibatkan nyawa, aku juga yang meraung menangis nanti" omel Lydia seraya melangkah keluar dari bilik kerjanya itu. Laju dia mengatur susunan kaki menuju semula ke bilik Danish.
Usai kaki Lydia berhenti betul-betul di hadapan bilik 238. Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, pintu bilik Danish di kuak buka perlahan.
Kaki mula menjejak masuk lalu menutup semula daun pintu itu. Dahinya berkerut pelik. Katil kosong? Ke mana pula suaminya pergi? Perasaan yang bukan-bukan mula hadir dalam benak fikirannya.
"Awak?" panggil Lydia ingin memastikan keberadaan Danish. Melilau-lilau bola mata itu mencari sosok tubuh sang suami.
Diam. Tiada balasan dari pihak dia memanggil itu. Bilik air menjadi tempat sasarannya pula. Pintu bilik air itu tertutup. Berharap suaminya ada di dalam.
"Awak? Awak dekat dalam ke?" Berkali-kali kekura tangan Lydia itu mengetuk pintu bilik air. Tapi.... nampaknya sama. Tiada sahutan dari orang dalam.
Hati Lydia mula berasa tidak sedap. Untuk memastikan dan memuaskan hati, tombol pintu bilik air itu di pulas kemudian menolak bukannya separuh. Gelap. Jadi memang betul la Danish tiada di dalam.
Ketidaktentraman Lydia semakin bertambah. Sudah! Mana pula suami dia pergi ni?
"Haish.... takkan dia keluar dari bilik, kot?" andaian Lydia. Tanpa membuang masa lagi, dia terus melulu keluar dari bilik Danish.
Lorong koridor menebusi ke belakang hospital menjadi tempat laluannya mencari. Terpusing-pusing tubuh itu mencari keberadaan Danish. Sehinggalah diri itu menebusi keluar dari koridor, dia memberhentikan langkahnya di tengah-tengah laluan itu.
"Mana awak ni, sayang..." rungut Lydia yang ingin menangis itu. Bibir bawah di gigit kecil. Kalau dia tanya doktor-doktor yang bertembung dengannya tadi, nanti tak pasal-pasal pula kena cop tak jaga pesakit betul-betul. Sudahlah dia baru masuk hari ini. Tak pasal-pasal nanti jadi gosip hangat. Sungguh, dia tidak mahukan itu.
Kaki membelok ke kanan. Meneruskan langkah lagi mencari keberadaan Danish. Setiap arah mata itu memerhati ke setiap tempat. Dan sehingglah kepala itu terhenti pada sebuah bangku kerusi batu berhadapan dengan tasik mini.
Dari jauh, dia sudah mengenal pasti tubuh belakang itu. Nafas lega di lepas panjang.
"Kat sini rupanya awak? Jauh betul awak pergi" kata Lydia sebelum dia berjalan merapati diri ke arah Danish.
"Sayang...." Panggilan sayang itu di panjangkan seraya tangan itu naik memegang bahu Danish.
"Awak buat apa dekat sini sayang, hm? Puas saya cari awak tau." Sisa ruangan di sebelah kanan Danish itu di labuhkan punggungnya.
Danish yang sejak tadi hanya lurus sahaja melihat tasik mini di hadapannya itu, lambat-lambat menggerling ke arah Lydia. Tiada senyuman, tiada manisan langsung wajah itu pamerkan. Setelah itu, dia memalingkan wajahnya semula ke hadapan.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)