TIDUR nyenyak Lydia terganggu apabila sinaran cahaya matahari menebusi dari langsir ke matanya. Dahinya berkerut-kerut seraya mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Menggeliat.
Pandangan matanya yang kabur-kabur kian lama kian menjelas. Dia mengerutkan kening. Terasa asing bilik ini dengan apartment yang dia tinggal. Mewah lain macam berasa. Apa pemilik apartment ni ubah suai ya? Tak mungkinlah.
Lydia cuba bangkitkan diri malah perutnya terasa berat lain macam. Dia memandang bawah.
"Huh? Tangan siapa ni?" Lydia mengangkat tangan itu sedikit tinggi. Anak matanya mula bergerak dari arah mana datangnya tangan bersaiz sedikit besar darinya itu.
"Aaarhh!" Langsung Lydia menjerit dengan mata membulat luas. Gelabah sahaja dirinya bangun dari baringan. Dia memeluk tubuh meskipun masih dalam keadaan berpakaian.
Tidur Danish terganggu. Dia membuka matanya separuh. Masih dalam keadaan mamai.
"Why yang kau terjerit pagi-pagi macam ni?" tanya Danish dengan suara khas orang bangun tidur.
"A..awak buat apa ni? Macam mana saya boleh tidur sekatil dengan awak?" Gugup Lydia bertanya. Tidak dapat kawal pernafasannya ketika ini. Terlalu jelas dada itu turun naik.
Danish hanya memandang sahaja Lydia yang ketakutan itu dengan riak kosong sebelum dia mengangkat tubuhnya dan menyandarkan diri di kepala katil.
"Awak...," panggil Lydia.
Kepala Danish tergeleng sedikit memandang Lydia.
"What?" Jelas suara itu malas hendak menjawab.
"Jawab la. Macam mana saya boleh tidur sekatil dengan awak?" Lydia masih tidak puas hati. Bibir bawah di gigit kecil agar dapat menahan diri dari menangis.
Tatapan Danish terhadap Lydia hanya biasa saja sejak tadi. Dia mengangkat kedua belah bahu sambil mencebik bibir.
"Kenapa angkat bahu?" Terus Lydia menyoal. Bukan itu jawapan yang dia mahukan.
"Dah aku tak tahu. Aku angkatlah bahu" balas Danish bersahaja.
"Tak tahu? Semalam awak kan yang ada dengan saya?" Lydia mengingati Danish. Apa pula jawab tak tahunya? Dah jelas-jelas semalam lelaki itu bersama dirinya semalam.
"Ya. Memang betul aku dengan kau malam semalam. Kenapa?" balas Danish. Sungguh muka itu hanya tenang sahaja dia tayangkan buat Lydia. Dirinya juga sudah bangkit dari katil. Siap sedia mengatur langkah ke arah bilik air.
"Then? Kenapa awak jawab tak tahu?" Geram betul Lydia dengan balasan jawapan dari Danish. Rasa nak kutil-kutil sahaja mulut lelaki itu. Cuba bagi jawapan tu biarlah sedetailnya.
Tuala berwarna putih yang elok terletak di ampaian kayu itu di raih. Dia merengus seraya memutarkan tubuhnya menghadap Lydia.
"Sayang marah?"
"Sayang?" Laju Lydia mengulang ayat Danish. Apa dia tidak salah dengarkah tadi? Sayang ke ayam?
"Hm. Sayang. Kenapa?"
"Sejak bila saya jadi sayang awak?"
"Sejak sekarang."
Lydia buat muka seakan geli. Liur di telan sukar. Seram. Tiba-tiba kena cop jadi sayang ni. Apahal?
"Tak payah buat muka macam tu, sayang." Danish berbalik tubuh. Untuk sekarang ini bukan masa dia hendak menjawab segala pertanyaan Lydia ajukan kepadanya. Dia harus mandi. Badan sudah gerah. Tidak selesa.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romansa✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)