Bab 07 - SISA RASA

20.3K 629 55
                                        

                 TIDAK berhenti mulut Lydia dari bekerja. Mengunyah super ring sambil mata itu tertumpu pada kaca tv yang berlangsung. Sesekali hujung jarinya berwarna oren itu di jilat kecil. Manakala Danish di sebelahnya itu pula lagi sibuk dengan iPad. Ada sedikit kerja harus di selesaikan dengan cepat. Katanya.

"Awak," panggil Lydia seraya melihat Danish di sebelahnya.

"Hm?" sahut Danish ringkas. Tapi mata masih pada dada skrin yang bercahaya.

"Malam semalam awak ada cakap nak bawa saya pergi beli baju nanti petang, kan?" Lydia mengingatkan Danish tentang bicaranya yang dia ungkapkan pada malam tadi.

"Hm. Kenapa?"

"Boleh tak kalau saya tak nak?" Terhenti terus gerakkan pen yang di himpit di antara jari telunjuk dan ibu jari Danish setelah mendengar permintaan Lydia itu. Perlahan, kepalanya bergerak memandang Lydia.

"Kenapa?" soal Danish sepatah.

"Sebab bila saya fikir semula better awak bawa saya pergi apartment saya je. Ambil pakaian saya dekat sana. Lagi pula saya nak serahkan balik kunci rumah yang saya duduk tu. Takkan lah saya nak simpan kunci bukan hak saya. Boleh apa je" tutur Lydia. Satu bulatan super ring di masukkan ke dalam mulutnya.

Usai mendengar penjelasan dari Lydia. Danish menatap wajah isterinya begitu lama. Entah apa yang dia fikirkan pun tidak tahu. Kemudian itu, dia mengalihkan pandangan pada skrin iPadnya semula.

"Okey." Dengar tak dengar sahaja Lydia dengan jawapan dari Danish. Tapi melihat gerakkan bibir lelaki itu membuatkan dia sudah faham apa akan maksud tersebut. Lydia mengulum senyuman sahaja lalu kembali melihat kaca tv yang sedang bersiaran itu.








                "SEKEJAP saya rasa... saya tak pernah bagitahu awak apartment yang saya tinggal dekat mana. Tapi macam mana awak boleh tahu dekat sini?" tanya Lydia hairan bercampur ingin tahu. Kepalanya melentok sedikit memandang Danish.

Danish yang melihat sekitar kawasan apartment itu sedikit tersentak namun lekas tenangkan diri. Wajah Lydia yang mahukan balasan itu di pandang kosong.

"Ni ke apartment kau? Aku tak tahulah pula betul. Aku main agak je" jawab Danish seraya mengalihkan  terus pandangan melihat apartment separuh tinggi di hadapannya itu. Tidak mahu berlawan mata dengan Lydia. Takut wanita itu mengesyaki sesuatu darinya.

"Kau blok mana?" Seloroh Danish bertanya apabila dia melihat Lydia tiba-tiba mengalamun sambil memandang ke arah dirinya.

"Oh! Saya blok B. Belakang blok A tu je. Tingkat 5. Tak jauh sangat pun. Kejap je jalan." Beritahu Lydia sambil jari telunjuk mengarahkan tempat yang di katakan itu. Tanpa dia sedar, dia telah mengatur langkah terlebih dahulu tanpa pedulikan Danish di belakang.

"Lydia Marissa." Sedikit tekan suara Danish memanggil nama penuh isterinya. Lydia menoleh dengan bingung.

"Ya?"

Danish tidak bersuara malah dia membuat gaya kepala seakan menyuruh Lydia berada di sebelah. Bermaksud menyuruh wanita itu berjalan bersama-sama dengannya.

Lydia cuba memahami isyarat Danish tunjukkan. Tidak lama, dia terus melepaskan tawa setelah mindanya mulai mengerti akan maksud suaminya itu. Kaki di hayun kembali ke arah Danish yang masih berdiri di hadapan kereta.

"Sorry." Lydia tersengih. Lantas tangannya naik memaut lengan Danish. Sekali gus, mengusap lembut pada lengan lelaki itu.

Namun, di sebalik kemesraaan Lydia lakukan pada Danish di tengah parking kereta khas untuk penyewa apartment, ada dua pasang mata memerhati ke arah mereka. Berselindung di sebalik kereta orang lain sedikit jauh dengan keberadaan Lydia dan juga Danish.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang