"TUAN Danish boleh saya masuk?" pinta Sarah di luar bilik kerja Danish.
"Yes. Sure" sahut Danish dari dalam.
Dapat sahaja kebenaran, Sarah menolak pintu dan menjejak kaki kanannya masuk ke dalam. Dia mengukir senyuman ringkas sambil berjalan mendekati meja Danish.
"Ada meeting ke hari ni?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Danish itu membuat kepala Sarah menggeleng bukan.
"Tak, tuan. Tapi Dato Ikhmal. Dato Ikhmal nak jumpa, tuan" ujar Sarah.
"Dia ada dekat bilik meeting ke sekarang ni?" tanya Danish. Mata tetap setia menilik isi-isi yang tertulis di permukaan kertas kerjanya itu.
"Tak ada, tuan. Tapi dia nak jumpa tuan dekat luar. Katanya, dia tak boleh datang sebab dia bagitahu tadi dia kena bertolak ke Sabah selepas jumpa dengan tuan. Dan saya pun dah send location dia dekat tuan" jelas Sarah lancar.
"Pukul berapa?"
"Pukul 10:00 pagi, tuan" jawab Sarah setelah melihat sekilas catatan pada buku nota kecil di tangannya itu.
"That's it?"
"Ya, tuan. Itu saja."
"Okey. thank you."
"Sama-sama, tuan. Saya minta diri dulu."
Danish mengangguk membenarkan.
Sarah membongkokkan sedikit badannya tanda hormat sebelum dia berbalik tubuh dan mengorak langkah keluar dari bilik Danish itu.
Danish menggerling melihat jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya. 9.25 pagi. Dia menghembus nafas panjang sambil tangan itu kalut mengemas kertas-kertas penting atas meja kemudian menyelitkan dalam fail. Tubuh di angkat dari kerusi kerja. iPhone yang terletak tidak jauh dengannya itu di capai lalu menghayun kaki keluar dari bilik kerjanya.
AMMAR menunggu kehadiran Lydia penuh debaran. Dia memegang dada sendiri. Laju. Adakah ini degupan cinta?
"Sorry lambat." Tersentak Ammar apabila Lydia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. Ralit sangat dia melayan perasaan sehingga tidak sedar akan kedatangan Lydia masuk ke dalam sini.
Kerusi berhadapan dengan Ammar menjadi tempat dia labuhkan duduk. Beg sandangnya di letakkan atas meja dan rapatkan ke dinding.
"It's okay. Saya pun baru je sampai tadi" kata Ammar. Sedangkan sudah 45 minit dia terconggok dalam kafe mall ini.
"Laaa... ya ke? Saya ingatkan saya buat awak tertunggu saya lama tadi." Mujurlah kalau Ammar baru saja sampai. Tidaklah dia berasa serba salah dengan lelaki itu buatnya tertunggu lama.
"So..., awak nak jumpa saya ni nak cakap apa? Hm?" Lydia mula membuka tujuan yang sebenar. Posisi duduk di betulkan. Siap sedia dirinya ingin mendengar apa yang Ammar bakal umumkan padanya. Dia tak nak lama kelamaan bersama dengan Ammar. Takut kejadian hari itu berulang lagi. Namun, terlihat lelaki itu membisu. Dia naik hairan. Membisu sambil memandangnya tanpa kelip. Kenapa?
"Ammar?" Lydia melambai ringkas tangannya pada wajah kaku Ammar. Langsung Ammar tersedar ke dunia realiti.
"Y... ya?"
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Kecanggungan Lydia mula terasa. Bertambah tidak selesa dirinya tatkala Ammar merenungnya tidak berkelip sekalipun. Pandangan Ammar itu sangat lain dari yang lain.
"Awak nampak menawan, Ly. Cantik. Terpegun saya." Ammar bagaikan angau dengan kecantikan semula jadi Lydia. Dan jelas tawa Lydia kedengaran palsu. Pujian Ammar tadi berhasil menaikkan lagi rasa canggung dia terhadap lelaki itu. Tetapi Lydia cuba mengawal diri agar tidak memperlihatkan dirinya tidak selesa dengan Ammar. Ammar ni pun satu. Ish....
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)