BUKA sahaja pintu rumah, ruangan mata Lydia di sapa dengan keindahan suasana pagi. Samar-samar dia kedengaran ragam burung berkicauan di atas dahan pokok entah dari arah mana. Adakah itu burung tuwu jantan yang cuba menarik perhatian pasangannya?
Bibir merah jambu Lydia itu perlahan melorekkan senyuman seraya menghirup udara segar pagi itu dengan hati yang tenang. Sungguh, ini benar-benar menenangkan jiwanya.
Tali besi emas yang hampir melorot jatuh dari bahunya itu di betulkan. Pagi ini dia akan menyusul Danish ke tempat kerja. Bukan nak buat kacau. Tapi saja nak kenal-kenal keadaan tempat kerja suaminya itu bagaimana. Lagi pun, dia bosan sendirian di rumah. Kalau ada anak, lain la sikit.
"Sayang, are you sure nak ikut aku pergi tempat kerja?" tanya Danish sebaik sahaja dia turun dari anak tangga. Kaki di hayun mendekati Lydia yang tengah berdiri di ambang pintu.
Lydia mendengus kasar. Ini dah masuk kali keberapa Danish menanyakannya soalan yang sama. Dia letih nak jawab jawapan yang sama juga.
"Awak tanya soalan yang sama macam tak kasi saya ikut je? Kalau tak bagi saya ikut, it's okay. Saya boleh je duduk dekat rumah ni sorang-sorang." Sedih kedengaran nada suara itu berkata. Bibir di cebikkan. Kalaulah dari awal si Danish itu tak kasi dia ikut, tak ada lah dia beria bersiap awal pagi macam ni. Buat penat je.
Danish yang lagi menyahut kasut kulitnya sambil menopang tangan pada dinding hanya melihat sahaja wajah rajuk Lydia dengan pandangan kosong. Dia mati kata untuk membalaskan itu.
"Hati-hati la bawa kereta tu." Tangan kanan Danish di raih apabila suaminya itu telah siap menyarungkan kasut kulit. Sedaya upaya dia larikan bola matanya ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan Danish. Dia nak merajuk!
Belum sempat Lydia mahu melabuhkan ciuman pada tapak tangan belakang suaminya, tiba-tiba Danish mengenggam erat jari jemari Lydia lalu mengheret wanita itu menuju ke arah kereta BMW M4 yang terparkir elok di bawah bumbung itu.
"Eh, eh! Sayang! Pintu rumah tak tutup lagi" Tergopoh-gopoh Lydia hendak mengatur langkah. Mata pula membulat kerana terkejut dengan tindakan Danish itu.
"Masuk" suruh Danish usai membuka pintu kereta itu buat Lydia. Namun, teragak-agak Lydia ingin melangkah masuk.
"Pintu rumah..."
"It's okay. Tak ada orang pun boleh masuk. Pagar aku semua aku letak dawai besi elektrik. Tak sempat nak panjat, dah arwah" pintas Danish.
Refleks kepala Lydia bergerak melihat dawai besi elektrik yang tegang di atas pagar itu. Dari depan sampai ke belakang dan kembali ke depan semula dia melihat. Kemudian itu, wajah Danish di tilik semula.
"Tapi..."
"Get in, Lydia Marissa." Mata di jegilkan. Dia tak ada masa lagi hendak melayani alasan Lydia ajukan. Masa tengah berjalan. Dari rumah ke ofisnya mengambil masa lebih kurang 25 minit. Sudahlah pagi ini dia ada pengambilan pekerja baru di syarikatnya. Kalau dia lambat, lambat jugalah interview itu di mulakan.
Lydia mengeluh mengalah. Dan akhirnya dia melolos juga masuk ke dalam perut kereta. Setelah memastikan Lydia duduk dalam keadaan selamat dan selesa, terus Danish menghempas kecil pintu itu dan berjalan cepat ke bahagian memandu.
Perjalanan pagi di Kuala Lumpur seperti biasa. Jammed macam beratur nak beli kunafa ojen. Ada kala mata Danish itu melirik pada jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya. Sisa masa masih tinggal 10 minit lagi.
"Sayang, sampai nanti aku kena terus ke bilik meeting. Kau langsung pergi ke bilik aku nanti, ya? Tunggu aku dekat sana." Sisi wajah Lydia di pandang sekali lalu. Wanita itu lagi tekun melempar pandangan ke luar tingkap. Serentak itu, roda kereta mula bergerak tatkala perjalanan mula lancar.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)