TERHENTI kaki Intan menuruni anak tangga tatkala dia terdengar alunan musik begitu kuat datang dari arah dapur.
"Apa yang meriah sangat dapur aku pagi-pagi ni?" gumam Intan pelik sebelum dia kembali melanjutkan langkah. Setibanya di dapur, dia menjengul kepala dahulu di sebalik dinding dapur. Dan alangkah terkejutnya Intan saat mata itu melihat suaminya sedang lagak menari sambil menyanyi. Tambahan pula, di tangan kanannya lelaki itu memegang sudip. Jadikan sebagai mikrofon mungkin?
"Namun, sungguh sayang. Itu hanyalah sebuah mimpi. Terbangunkan pagi. Bersama matahari. Semua!"
"Aku bergetar di sentuh dia. Mataku terbang sampai ke langit. Tubuhnya pun indah kupandangi. Putih, mulus, dan seksi." Di akhir tarian Darwish membuat gaya seksi. Seperti menarik sedikit bajunya di bahu kanan itu turun ke bawah. Membuatkan bahunya itu terselah buka.
"Astagfirullahalazim." Mengucap panjang Intan melihat kelakuan Darwish itu. Geleng kepala. Pagi-pagi mata dia dah di sapa dengan telatah suaminya yang siuman itu.
Tiba-tiba idea mengusik Intan mula muncul. Senyuman di ukir nakal. Kaki mula menapak perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Setelah dia dekat dengan Darwish. Dua belah pinggang lelaki itu di cuit.
"Ha!" Sergah Intan.
"Oh! Seksi kau, seksi-seksi lagi!" latah Darwish seraya dia tidak sengaja mengetuk kepala Intan dengan sudip berkali-kali.
"Auu, auu, abang!" jerit Intan seraya mengangkat kedua tangannya ke atas. Melindungi kepalanya dari terus menjadi bahan ketukan Darwish.
"Eh! Ya allah, sayang!" Gelabah teruk Darwish di buatnya. Dia mengigit satu jari menghilangkan rasa resah. Volume musik di perlahankan. Setelah itu, dia menarik tubuh Intan masuk ke dalam dakapannya. Menggosok kepala isterinya tempat dia tidak sengaja pukul tadi.
"Sakit lah abang..." rengek Intan dalam pelukan.
"Yang sayang pergi sergah abang dah kenapa? Dah tahu abang ni macam mana orangnya" kata Darwish yang masih lagi mengusap kepala Intan berlapik tudung itu.
"Salah timing saya usik abang." Intan mencebik seraya meleraikan pelukan itu.
"Kalau la dulu abang tak usik arwah tok wan sayang, mungkin penyakit dia tak beralih pada abang." Kalau di ingatkan balik, rasa menyesal pun ada selalu usik orang latah. Tengok la sekarang macam mana? Tak pasal-pasal dirinya pula kuat melatah. Tok wan sila bangkit balik. Nak transfer semula penyakit tok wan ni.
"Itu lah abang. Suka sangat usik arwah tok wan yang kuat melatah tu. Sekarang, diri sendiri pula melatah."
Darwish hanya cebikkan muka sahaja. Ini orang kata. Menyesal tak ada guna.
"Sayang nak pergi kerja dah ke?" soal Darwish tatkala dia mula perasan pemakaian isterinya.
"Haah. Tapi nak breakfast dulu" jawab Intan. Darwish sekadar mengangguk.
"Abang," panggil Intan apabila dia teringat akan sesuatu.
"Ya, isteriku?" sahut Darwish seraya mematikan api usai makaroni goreng itu telah siap di masak.
"Dah sebulan lebih. Khabar Danish dengan Lydia macam mana ya sekarang?" Sejak tiga menjak ni pemikiran Intan asyik memikirkan keadaan Danish dan Lydia sahaja. Entah kenapa, dia pun tak tahu.
"Inshaallah. Diorang baik-baik je. Tak payah la risaukan sangat" kata Darwish yang ingin sedapkan hati Intan.
Intan berkerut kening pelik. Lain macam bunyi ayat tu?
"Abang nampak macam tak peduli je? Ke abang dah cancel rawatan Danish tu?" teka Intan. Matanya setia melekat pada wajah suaminya. Ingin mengkaji. Kot-kotlah ada tersimpan rahsia ke apa?
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)