KELAM-KABUT Aikal dan Hannah mencari passport di dalam laci bilik masing-masing. Mereka harus keluar dari tanah air ini secepat mungkin.
Sebaik sahaja menjumpainya, mereka terus bergegas turun ke tingkat bawah kemudian berlari keluar dari rumah.
Enjin kereta yang dibiarkan hidup terus menderum. Tanpa membuang masa, mereka meloloskan diri ke dalam perut kereta sebelum Aikal memecut keluar dari perkarangan rumah itu.
Dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang, telefon bimbit Hannah tiba-tiba berdering. Langsung, anak mata Hannah mengalih pada dada skrin.
Papa.
Nama yang tertera pada skrin membuatkan Hannah teragak-agak. Ibu jarinya tergantung seketika di atas ikon hijau itu sebelum akhirnya dia menggeser butang itu untuk menjawab.
"He... hello, pa."
"Amanda! Apa yang kamu dan Aikal dah buat sampai polis cari kamu berdua, ha?!" Tanpa salam, Dato Hezmy terus menyembur.
Spontan tangan Hannah menjauhi peranti itu dari telinganya sambil memejam mata rapat. Bingit!
"Nothing la, pa. Papa tak payah sibuk. Tak payah layan polis tu semua!" Setelah berkata demikin, Hannah langsung menamatkan panggilan itu.
"Argh, sial lah!" Dashboard tidak bersalah itu menjadi mangsa pukulan kuat Hannah.
"Bodohlah, along! Kalau dia tak tembak si Lutfi tu, semuanya takkan jadi huru-hara macam ni!" amarah Hannah geram.
Sementara Aikal mengenggam erat pada stereng kereta. Dia pun sudah tak tenang sekarang ini. Walau apa pun terjadi, dia kena cepat-cepat keluar dari negara ini sebelum polis dapat mengesan keberadaannya.
"Salah kita sebab mudah bersetuju dengan dia. Kalau tak, tak adanya jadi macam ni," kata Aikal.
Ammar melangkah masuk ke dalam rumah dan menghenyakkan diri dengan kasar di sofa. Mengurut sedikit kepalanya.
Aikal, Hannah, dan Imran yang baru saja balik dari pusat membeli belah terkejut dengan kehadiran seseorang di sofa.
"Eh, kau tak ke butik ke, long?" soal Aikal hairan seraya melangkah mendekati abangnya.
Sementara Imran membawa barang beli belah itu ke arah dapur.
"Tak. Aku penat."
Kening Hannah berkerut melihat pemakaian abangnya. Macam pernah tengok...
"Along dari mana? Pakai jaket panas-panas macam ni, dah kenapa?" tanya Hannah ingin tahu.
"Mall..." Ringkas Ammar menjawab.
"Mall?" ulang Hannah. Selepas itu, matanya bergerak ke lengan baju. Ada kesan tompokan air manis di situ.
"Don't tell me along yang langgar..."
"Ya... aku yang langgar kau sampai air kau tumpah," potong Ammar bersahaja.
"Is that you?!" Naik seoktaf suara Hannah. Bulat mata itu memandang abangnya. Tidak percaya!
"Berapa kali nak ulang." Malas nada Ammar menjawab. Sekali sudah, dia malas nak ulang banyak kali.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romantik✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)