Bab 15 - SISA RASA

14.6K 404 122
                                        

                 LYDIA tersedar dari bergelut alam sendiri apabila Danish memetik jari tepat pada wajahnya. Bergerak tidak tentu arah bola mata Lydia mencari wajah Danish dengan mata sedikit membulat.

"Termenung apa?" tanya Danish seraya menghadap dapur elektrik yang tengah memanaskan lauk itu.

"Saya cuma terfikir je. Sejak bila awak ada abang? Awak tak pernah cakap dekat saya pun? Saya ingatkan awak anak tunggal sama macam saya" balas Lydia yang berdiri di sebelah Danish itu. Kepala di dongakkan sedikit tatkala ketinggian suaminya itu melebihi kepalanya.

"Habis gambar family aku yang tergantung dekat dinding ruang tamu tu kau tak perasan ada dia ke, sayang?"

Bait kata Danish membuat Lydia termenung lagi. Dia cuba mengingati semula setiap freme gambar yang tergantung di permukaan dinding ruang tamu. Sedetik selepas itu, dia mula ingat.

"Oh ya! Ada. Ada budak lelaki berisi sebelah arwah ayah awak dalam gambar family tu, kan?" kata Lydia dan Danish mengangguk.

"Jadi... awak ada dua beradik je la, kan? Termasuk awak?"

Lagi sekali Danish mengangguk.

"Wah... lain betul bentuk badan dia masa kecil dengan sekarang. Dulu nampak chubby..., montel. Sekarang bukan main bero..." Terhenti pula kata-kata Lydia yang ingin memuji perubahan bentuk badan abang iparnya. Tatkala dia terpandang mata Danish yang sekarang ini sedang merenungnya hujung mata. Tajam.

Lydia ketawa sengih memperlihatkan susunan gigi rapinya. Lekas, tangannya naik menggosok lembut lengan Danish.

"Badan awak pun bagus juga, sayang. Ketul-ketul ni ha." Lengan berotot Danish itu di picit manja. Tawanya masih tersisa meskipun jiwa sudah meronta takut. Mata di alihkan ke lain. Tidak mahu berlawan mata dengan Danish. Menyeramkan baginya.

Danish jeling sebelum dia mematikan dapur elektrik. Dia seterusnya berjalan menuju ke arah rak simpanan pinggan dan juga mangkuk. Mangkuk kaca tebal sederhana besar di ambil lalu kembali ke dapur elektrik semula.

"Erm... sayang. Dah alang-alang saya dekat dapur ni, saya tolong awak masak sekali la, eh?" Lydia mempelawa diri. Rasa canggung pula masing-masing berdiam diri sedari tadi.

"Nak tolong apa? Semua dah nak siap" kata Danish.

"Err... maksud saya kita buat dua lagi menu. Tak cukup ni nak jamu abang Darwish dengan akak Intan sekali" ujar Lydia yang tengah melihat Danish mengalihkan lauk dari kuali non stick ke mangkuk kaca tebal.

"Okay. What is the next menu?" soal Danish dengan tangan masih sibuk mengalihkan lauk. Lydia di sebelah di kerling sekilas.

"Hmmm... wait. Let me think....." Jari telunjuk runcing Lydia mengetuk-ngetuk dagunya. Memikirkan penambahan menu apa yang bersesuaian.

"How about.... sayur masak lemak putih dengan ayam goreng kunyit?" cadang Lydia.

"Yang ini pun dah ayam, sayang. Takkan nak masak ayam lagi?"

"Alaaa... yang awak buat tu kan ayam masak merah? Yang saya nak buat ni ayam goreng kunyit. Bukan masak yang seketul-seketul tu. Masak yang dada ayam punya. Potong kecil-kecil."

"Nanti tak pasal-pasal mengunyit abang Darwish kau makan ayam tu nanti."

"Ish! Awak!" Lengan Danish di pukul manja. Menyempat pula suaminya buat lawak tak berperasaan.

"Hmm... ya la. Masak la apa-apa, sayang. Jangan membazir sudah."

"Okey sayang. Tapi... awak makan kan?"

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang