Bab 46 - SISA RASA

491 29 0
                                        

              BERKERUT-KERUT dahi Lydia saat membuka kelopak matanya. Menahan sakit yang masih terasa berdenyut-denyut di kepala.

Beberapa kali dia memejamkan mata sebelum membukanya semula, berusaha mahu menghilangkan pandangan yang masih berpinar.

Sebaik peningnya sedikit mereda, anak mata mula meneroka segenap ruang. Degupan jantungnya yang tadi tenang, kini berubah berdetak laju.

Suasana yang sunyi serta tempat yang sangat asing, membuatkan bulu romanya meremang tanpa sedar. Automatik perasaan takut mula menjalar dalam dirinya.

Siang hari pun dah rasa seramnya, bagaimana pula jika malam menjelma nanti?

Dengan dinding penuh lukisan 'seni tak berapa nak seni'. Barang-barang lama bersepah di setiap sudut. Sekali pandang luar, boleh dikatakan hanya belukar liar sahaja menyapa layar matanya.

"Siapa bawa aku ke sini?" gumam Lydia dalam ketakutan. Ekor mata mula mencari sosok seseorang yang membawanya ke sini.

Kosong. Tiada bayangan sesiapa pun di sekitarnya. Dan apabila dia mahu bangun daripada kerusi kayu itu, pergerakannya serta merta terbatas.

Lantas kepalanya tertunduk ke bawah lalu melihat sekeliling tubuh.

Barulah dia sedar, kedua-dua pergelangan tangannya diikat mati dengan tali. Teguk liur dibuatnya. Semakin kencang jantungnya berdegup.

Sekali lagi anak matanya meninjau sekeliling. Masih sunyi. Masih tidak kelihatan kelibat sesiapa pun di sekitarnya.

"Aku tahu kau ada dekat-dekat sini! Jangan nak sembunyikan diri, keluar! Lepaskan aku sekarang!" tempik Lydia sekuat hati.

Hening. Tiada sahutan sesiapa.

Lydia kembali meronta-ronta. Berusaha bersungguh-sungguh mahu melepaskan ikatan pada tangannya, namun segala usahanya tetap sia-sia.

Hanya kesakitan pada pergelangan tangannya sahaja dia rasakan. Lydia berdecak serabut.

"Baguslah kau dah sedar."

Suara garau yang tiba-tiba memecah kesunyian itu membuatkan kepala Lydia pantas terangkat.

Menyipit matanya mahu mengecam wajah lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya. Apabila jelas, matanya terus terbuntang luas.

"Aikal?"

Serentak dengan itu, muncul pula dua manusia di sisi lelaki tersebut.

Mulut Lydia terlopong. Matanya semakin membulat. Tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang ini.

Tak mungkin... tak mungkin dia tersalah lihat. Dua wajah itu... sangat dia kenal!

"Im... Imran?" Bergetar nada suara Lydia sebelum bola matanya beralih kepada seorang lagi individu di sebelah kiri Aikal. Perempuan.

Wajah Imran di pandang semula.

"Apa semua ni, Imran?"

Diam. Tiada sepatah kata pun keluar daripada mulut Imran. Lelaki itu sekadar menundukkan kepala, memandang lantai dengan wajah bersalah.

"Perut kau nampak kempis sekarang. Anak kau dah mati, eh?" Tawa Hannah terlepas sinis usai menyudahkan kata.

"Dah berapa lama kau orang buat kerja jahat macam ni?" Tegang nada suara Lydia ketika mengajukan soalan. Soalan bodoh Hannah tadi diendahkan. Tak penting untuk dia jawab. Kalau layan, buat sakit hati je.

Aikal mencebik kecil seraya memeluk tubuh.

"Berapa lama kita orang buat kerja jahat, eh? Hmmm... kalau aku, sejak kau diberhentikan kerja." Selepas itu, dagunya dihalakan ke arah Hannah.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang