Bab 34 - SISA RASA

460 36 1
                                        

            LYDIA masuk ke dalam bilik tidur sambil membawa bakul ubat-ubatan milik suaminya.

Bakul ubat itu di masukkan ke dalam rak almari terbuka. Senang untuk dirinya mengambil jikalau emosi Danish tiba-tiba terganggu.

Tepat waktu itu, Danish keluar dari bilik air sambil menggosok rambutnya dengan tuala kecil. Langkahnya terhenti tatkala anak mata tidak sengaja menangkap tubuh Lydia yang membelakangi dirinya itu.

Bibir Danish membentuk senyuman sebelum dia mengatur langkah mendekati Lydia. Tubuh wanita itu di dakap dari belakang.

Lydia tersentak kecil. Terhenti serta-merta perbuatannya dari menyimpan ubat-ubatan milik Danish itu dalam almari.

"Kenapa ni, hm?" tanya Lydia lembut. Sedaya upaya ingin melihat Danish yang menyembam wajah di jenjang lehernya.

Danish hanya membisu. Menikmati aroma wangian dari isterinya. Sangat menyenangkan.

"Five minute, please...."

Lydia menguntum senyuman. Selepas itu, dia kembali meneruskan kerjanya menyusun ubat dalam almari itu tanpa hiraukan Danish yang masih memeluk tubuhnya.

"Sayang...,"

"Ya?" respons Lydia dengan tangan masih ligat menyusun.

"Boleh tak hari ni aku ke ofis? Aku nak jenguk keadaan sana macam mana." Sudah lama dia tidak jejak kaki di sana. Segala khabar di syarikatnya langsung dia tidak tahu.

Sekali lagi perbuatannya menyusun ubat dalam rak almari itu terhenti. Perlahan, dia berbalik tubuh menghadap Danish.

"Bukan saya tak izinkan awak ke ofis, tapi awak kan dalam tempoh rawatan sekarang ni?" Lembut nada itu berkata.

Danish mengeluh sebelum tubuh Lydia itu di tarik masuk dalam dakapannya. Dia menyembam wajahnya pada bahu wanita itu pula.

Lydia tersenyum seraya tangan itu naik membalas pelukan. Sesekali tangan itu mengusap tubuh belakang suaminya penuh sayang.

"Okey. Boleh kalau awak nak ke ofis, tapi saya nak ikut sekali."

Langsung Danish merenggangkan pelukan. Dalam matanya seperti ada sinar. Sedikit teruja apabila isterinya membenarkan dirinya ke ofis hari ini.

Tanpa berkata apa, sisi wajah Lydia di pegang, lalu menarik kepala wanita itu dan mengucup pipi kiri kanan, dan akhir sekali pada bibir isterinya.

"Thanks, sayang. I love you so much!"




DANISH menunggu Lydia dari selesai memakai heels, sambil dipegang tangan olehnya. Mata itu hanya memerhati saja pergerakan Lydia sehingga selesai.

Setelah sudah, dia membetulkan ringkas rambutnya sebelum memandang Danish.

"I'm done," kata Lydia akhirnya bersama senyuman manis dia hadiahkan buat lelaki itu.

Danish tersenyum.

"Beautiful," puji Danish sebelum jari itu gatal mencuit manja hidung Lydia sekilas.

Lydia ketawa geli hati.

Sejurus itu, mereka mula mengatur langkah ke arah kereta. Danish membuka pintu buat Lydia.

"Thank you," ucap Lydia sebelum melolos masuk.

"My pleasure," balas Danish sebelum dia menutup pintu kereta itu lalu bergegas ke pintu pemandu.

Kereta Danish perlahan-lahan mengundur keluar dari pintu pagar sebelum bergerak meninggalkan kawasan rumahnya.

Dalam masa yang sama, sebuah kereta Honda Jazz berwarna putih yang berada di seberang jalan turut meluncur mengekori kereta Danish dari belakang.





SEBAIK sahaja kereta Danish masuk dalam kotak parkir yang khas buatnya itu, dia menarik handbrake.

Baru saja tangan Lydia naik ingin membuka pintu, tiba-tiba Danish menghalang.

"Kenapa?" tanya Lydia pelik.

"Let me open it for you," kata Danish sebelum dia keluar dari perut kereta lalu berlari kecil ke pintu Lydia. Pintu itu dibuka.

Bibir Lydia tidak lekang dari tersenyum seraya melangkah keluar dari kereta.

"Saya boleh buka sendiri la, sayang," kata Lydia. Tak minta pun dirinya di layan puteri macam ni.

Danish menggeleng.

"No. Aku akan bukakan pintu untuk kau setiap kali kau masuk dan keluar," bantah Danish.

Tiada apa yang perlu Lydia katakan lagi, jika Danish kata A, maka A lah dia.

"Bos?" tegur seorang pekerja lelaki bawahan Danish dengan mata membulat. Macam tak percaya dia bos datang ofis hari ini.

Danish yang tekun memandang Lydia langsung berpaling ke arah suara itu.

"Wah bos... dah dalam saya tak nampak bos, bos sihat ke?" tanyanya dengan nada gembira. Mana tidak? Selepas bosnya ke Kedah hari itu, sehingga tiga bulan lebih dia tak bertemu.

Tengok-tengok ada pengganti sementara yang mengambil alih kerja bosnya. Tertanya juga. Tapi tak boleh sibuk sangat hal orang. Privacy.

Bibir Danish terukir senyuman sebelum angguk sekali.

"Sihat," jawab Danish pendek.

"Alhamdulillah. Kalau macam tu saya ke dalam dulu ya? Lambat punch card, tak sia-sia saya kena potong gaji." Dia tertawa sendiri dengan hujahnya sebelum berlalu pergi meninggalkan bosnya dan Lydia di situ.

"Peramah staf awak, sayang," kata Lydia bersama senyuman. Suka dia melihat pekerja bawahan Danish friendly dengan bos sendiri. Terutamanya, lelaki itu tadi.

"Hasil didikan dari suami kau," balas Danish seraya meraih tangan Lydia kemudian menarik isterinya beredar dari parkir itu.

Stereng kereta digenggam erat. Tajam mata itu mencerlung ke arah dua sejoli yang lagi bermesraan sambil berpimpin tangan. Jelas terpancar kebahagiaan mereka.

"Bahagialah sekali boleh.... tunggu penderitaan kau berdua akan datang." Tidak dapat lagi Hannah bertahan diri, dia harus mulakan misinya tanpa Aikal.

Menunggu lelaki itu pulang sangat lama. Dirinya sudah tidak sabar ingin melihat pasangan itu musnah.

Mahu tak mahu, terpaksa dia mulakan misinya. Berani sangat menolak cintanya, sekarang terimalah padahnya.



Bersambung...
[ Pendek, kan? Saya tahu. Sebab ada sekelumit readers tak suka panjang-panjang. Katanya membosankan😌 pape pun vote dan komen banyak ii tau, tq! 😘 ]

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang