Bab 45 - SISA RASA

989 66 5
                                        

KAKI dihala keluar dari pintu gelangsar yang sedia ternganga luas itu. Kemudian, melabuhkan duduk di atas buaian kayu jati yang berhampiran dengan kolam renang. Helaan nafas dilepas panjang.

Intan baru sahaja ke butik, manakala Darwish sejak awal pagi lagi sudah berangkat ke hospital. Kini, tinggal Lydia seorang diri di rumah.

Sudah sebulan dia menetap di rumah Darwish dan Intan. Hari demi hari, hidupnya terasa kosong sejak menjejakkan kaki pulang ke sini.

Sedaya upaya dia cuba menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar dapat melupakan segala yang telah berlaku dan mahu kembalikan semangat baru. Namun... dia tidak sekuat yang disangka.

Boleh dikatakan setiap saat fikirannya dihantui dengan peristiwa yang lalu itu.

Bulan hadapan, Darwish sudah mengizinkannya kembali bekerja seperti biasa di hospital.

Nak tunggu bulan depan, rasa macam tunggu parcel dari oversea sampai. Sumpah! Dia dah betul-betul bosan terperuk di rumah abang iparnya ini.

Sepanjang tempoh sebulan itu, boleh dihitung dengan jari berapa kali Danish datang melawatnya. Dia dapat melihat sendiri perubahan ketara pada lelaki itu sejak rawatannya tamat.

Alhamdulillah...

Darwish pernah memberitahu bahawa tahap kesembuhan Danish sudah mencecah sembilan puluh peratus.

Senyuman kecil terukir di bibir Lydia.

Walaupun hubungan mereka masih dilanda badai, sekurang-kurangnya Allah sudah mengangkat satu ujian daripada hidup lelaki itu. Dan untuk itu, dia benar-benar bersyukur.

Tapi... untuk kembali seperti dulu, Lydia masih belum mampu membuat keputusan. Tapi apa yang pasti, buat masa sekarang ini dia memilih untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu.

"Kau memang tak nak balik rumah kita ke, sayang?" soal Danish dengan pandangan yang dipenuhi kerinduan mendalam.

"Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya nak bersendirian dulu di sini," jawab Lydia tanpa memandang wajah lelaki di hadapanya itu. Lebih selesa memandang ke lain daripada berbalas mata dengan Danish.

Danish mengeluh berat.

"Kenapa? Kau dah mula bencikan aku ke, sayang? Dah tak sayangkan aku?"  Tangan Lydia cuba diraih, namun pantas wanita itu melarikannya.

"Saya pun tak tahu nak bagi jawapan macam mana. Mungkin... awak kena serahkan diri kepada pihak polis dulu."

Tersentak Danish mendengar itu. Serahkan diri kepada polis?

"Saya nekad semua tu supaya kematian ibu saya mendapat keadilan. Bila awak dah terima hukuman yang setimpal, baru saya fikirkan tentang kita," tutur Lydia serius. Begitu juga dengan riak wajahnya.

Terasa berat ulas bibir Danish mahu membalas. Lama dia membisu, membuatkan Lydia melepaskan tawanya sinis.

"Kenapa diam? Takut?" Sebelah kening terangkat sebelah.

"Bukan. Aku cuma nak kau bagi aku masa."

"Huh! Berapa lama? Sebulan? Setahun? Dua tahun? Lima tahun?"

"Aku tak tahu. Tapi bagi aku masa dulu, sayang."

Lydia mencebik bibir sebelum mengangguk. Dah kalau itu yang Danish mahukan. Dia ikutkan saja.

"Okey." Hanya sepatah perkataan yang keluar daripada bibir Lydia sebelum dia memusingkan badan untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

Namun, langkahnya terhenti serta-merta apabila pergelangan tangannya di sambar oleh Danish.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang