SELEPAS Imran dihantar oleh Hannah ke kondo kediamannya, dia terus merebahkan tubuh di atas katil. Keletihan benar-benar menguasai dirinya ketika ini.
Siling di atas ditenung kosong. Fikirannya kembali kepada perbalahan kecil antara dia dan mak langnya di dalam kereta tadi.
"Apa aku nak jawab dengan pak su kalau dia tahu pasal ni? Aku memang tak patut ikut cakap mak lang."
Kalaulah dari awal dia menolak pelawaan mak saudaranya itu, pasti dia tidak akan seserabut ini memikirkannya.
Nak menyesal sudah tiada guna lagi. Bodoh diri sendiri juga mengikat persetujuan dengan mak saudaranya itu. Semuanya di sebabkan duit.
Sedang Imran bergelut dengan perasaannya sendiri, tiba-tiba dia merasakan telefon bimbit di dalam poket seluarnya bergetar halus.
Cepat-cepat dia mengeluarkan peranti itu lalu melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin.
Pak su.
Imran terus memejamkan mata rapat. Dada mula terasa berdebar-debar. Nafasnya diatur agar kembali stabil sebelum jarinya menggeser ke tepi untuk menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, pak su."
"Waalaikumussalam."
Dingin nada itu membalas salamnya sehingga membuatkan Imran menelan liur dengan susah payah.
"Ada apa pak su call Lutfi ni?" tanya Imran, cuba berlagak tenang.
"Nak ajak kau bergayut dengan aku, nak?"
Imran ketawa kecil, hambar. Boleh tahan bodoh juga soalan dia ajukan tadi.
"Nak tunggu kau mesej atau call aku dulu? Alangkah berjanggut aku menunggu, tahu? Kau ni kenapa diam saja kebelakangan ni tanpa inform aku apa-apa?"
Nada Aikal kedengaran biasa sahaja. Namun bagi Imran, setiap patah perkataan lelaki itu berjaya membuatkan darahnya berderau. Takut!
Wajah Imran mula pucat lesi.
"Lutfi?"
Suara Aikal kembali kedengaran apabila Imran terlalu lama membisu di hujung talian.
"Y... ya, pak su?" Imran cuba mengawal kegugupannya, namun gagal.
Habislah dia kalau pak saudaranya itu mula mengesyaki sesuatu.
"Kau ni... betul-betul buat aku tertanya-tanya. Ada apa-apa jadi ke sepanjang aku tak ada?" soal Aikal.
"Tak ada, tak ada pak su. Semuanya baik-baik saja." Terpaksa Imran menipu. Sedangkan dia sendiri tahu, terlalu banyak perkara yang sudah berlaku sepanjang ketiadaan Aikal.
"Mak lang kau macam mana? Ada dia buat apa-apa tanpa pengetahuan aku?" soal Aikal lagi.
Kali ini Imran kembali membisu. Dia menggigit kuat bibir bawahnya sebelum melepaskan satu keluhan berat.
"Tak ada, pak su. Mak lang macam biasa, ulang-alik kerja. Lagipun, rancangan untuk rosakkan hubungan Lydia dan Danish tu belum mula lagi. Kami masih tunggu pak su balik macam yang pak su pesan."
Panjang lebar Imran menerangkan, meskipun setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya hanyalah pembohongan.
Di hujung talian, Aikal tersenyum sinis.
"Good..." Senyuman itu semakin melebar.
"Tunggu aku balik sana dulu. Selesai saja urusan aku dekat sini, aku balik Malaysia. Dua bulan saja lagi."
Jantung Imran seakan-akan terhenti mendengarnya.
Dua bulan? Bermakna dia hanya berbaki dua bulan untuk memastikan segala yang berlaku sekarang tidak sampai ke pengetahuan pak sunya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)