Bab 21 - SISA RASA

11.2K 396 81
                                        

DARWISH menghala kakinya masuk ke dalam bilik Danish. Sekali pandang, dia melihat Danish sedang duduk di sisi katil sambil merenung ke luar jendela membelakangi dirinya.

Darwish senyum segaris sebelum dia kembali melanjutkan langkah menghampiri adik lelakinya. Di ikuti seorang wanita berambut panjang lurus dark brown di belakangnya.

"Nish," panggil Darwish.

"Hm.." respons Danish pendek tanpa kalih sedikit pun wajahnya ke belakang. Tetap merenung ke luar jendela dengan tatapan kosong.

"Dah makan ubat?" tanya Darwish dan Danish hanya mengangguk kepala sekali.

Darwish tidak lagi bertanya setelah itu. Seorang wanita yang berada di sebelahnya di pandang sekilas kemudian kembali memandang Danish.

"Nish..., aku kenalkan. Doktor Hannah Amanda. Doktor yang jaga kau sepanjang rawatan psikoterapi."

Mendengar saja itu, Danish mendengus perlahan. Ternyata abangnya benar-benar take over doktor perempuan untuk menjaganya.

"Nish, kau den..."

"Cukup sekali kau bagitahu. Tak perlu ulang." Cepat Danish mencantas. Seperti dia tahu abangnya itu hendak mengulangi semula kata-kata. Cukuplah. Telinga dia belum tuli lagi. Lagi pula bilik ini bukannya bising macam pasar. Setiap bait kata abangnya ajurkan. Dia sudah dengar semua. Jelas.

Darwish mengemam bibir sesaat. Selepas itu, dia memalingkan wajah ke arah Hannah sekali lagi.

"Hannah, saya rasa... awak kena biasakan diri awak dekat sini. Pesakit yang awak kena uruskan ni mungkin mencabar sikit. Bukan mungkin la. Memang mencabar. So, saya harap awak dapat uruskan dengan baik. Kalau dia ada nak cederakan diri dia ataupun dia cuba cederakan awak. Terus direct pada saya, ya?" Panjang Darwish berkata. Berkata berbaur pesanan.

Hannah angguk faham. Tetapi mata memandang penuh minat pada batang tubuh belakang Danish. Dari belakang pun dah nampak herloks. Apatah lagi berhadapan, Entah-entah extra herloks!

"And awak jangan lupa pula status dia." Perbuatan Hannah yang tidak lepas menatap tubuh belakang Danish terhenti. Lambat-lambat kepala itu bergerak ke arah Darwish.

"Status? Status apa?" Kening sebelah Hannah terjongket kecil.

"Lupa la tu saya bagitahu apa dekat bilik saya tadi. Pesakit Danish Haziq Bin Tengku Sri D'naim ni dah beristeri. Jadi, saya harap awak tahu batasnya semasa menjaga dia, ya?" Sekali lagi Darwish meningatkan Hannah.

"Ooo. Okey, doktor" akur Hannah. Entah dengar, entah tidak. Kerana wajah elegant itu menunjukkan ekspresi tidak peduli sama sekali akan hal Darwish katakan tadi.

"Good. Saya minta diri dulu" pamit Darwish setelah dia menilit sekilas jam yang terlilit kemas pada pergelangan tangan kanannya. Lupa pula hari ni ada pesakit yang kena discharge. Jadi dia kena uruskan.

"Alright doktor." Hannah tundukkan sedikit kepalanya. Dan perbuatan itu di balas sama dengan Darwish.

Setelah itu, Darwish berjalan ke arah pintu keluar. Sempat dia toleh ke belakang melihat keadaan Danish sebelum dia membawa diri keluar dari bilik itu.

Tutup sahaja pintu bilik Danish, lambat-lambat kepala Hannah bergerak memandang tubuh belakang Danish. Bibir merah bak cili di tarik menjadi satu senyuman. Berjalan sedikit merapati dirinya dengan Danish sebelum punggung itu di labuh pada birai katil.

"Hye..." tegur Hannah manja bercampur meleret. Serentak, meletakkan tangan gebunya itu atas bahu kanan Danish.

"Get off." Perlahan suara dingin itu mengarah. Tapi matanya tetap lurus ke hadapan.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang