TING! Naik satu notifikasi di layar skrin iPhone miliknya Danish. Dan itu mampu membuatkan fokus Danish pada kertas kerjanya terganggu. Dia melirik ke arah objek yang menyala di sebelahnya. Ada nama Nasril tentera di situ. Apa budak ini mahukan lagi? Rasanya urusan dia dan Nasril serta Aedin sudah selesai semua selepas dia membunuh Puan Mastura malam hari itu.
Namun bila di tilik dengan teliti, dia mengerut dahi. WhatsApp berbentuk foto serta caption. Penasaran, dia mencapai objek itu dengan penuh tanda tanya. Apa yang di hantar oleh Nasril itu? Jasad reput mak mertua dia ke? Takkan la.
[ Photo ]
Saya tak sengaja lalu depan restoran ni tadi. Tersilap saya itu isteri boss kan? Boss pernah tunjuk gambar wife boss dekat saya hari tu. Rasanya saya tak salah.
- Nasril
Usai membaca mesej serta menilik gambar yang di hantar oleh Nasril itu. Jari jemari Danish perlahan meringkuk menjadi gempalan yang erat. Api kemarahannya memarak hebat dalam diri dia sekarang ini. Sungguh dia panas mata. Panas mata melihat senyuman gelak tawa Lydia bersama lelaki lain. Dah macam pasangan bahagia!
"Sial. Kau tipu aku eh, sayang?" Hujung ibu jari di gigit kecil namun kuat sehingga meninggalkan bekas gigitan. Sorotan mata tidak lepas melihat foto terpapar mesra dalam skrin itu. Cemburu? Semestinya!
"Kau tahu la apa nasib kau balik nanti, Lydia." Arah mata Danish beralih ke hadapan. Merenung raut wajah jelita Lydia di dalam freme berukiran saiz besar tergantung tegak pada dinding di hadapannya. Gambar pernikahannya bersama Lydia.
"You dont know who I am, sayang. Let me introduce you." Kasar Danish bangun dari kerusi kerjanya. Meninggalkan bahan-bahan kerjanya tanpa di kemas sedikit pun. Kaki di hayun cepat menuju ke pintu keluar.
"Tok hang! Fuh... kus semangat." Terlepas pula latah Kedah Sarah. Dia memegang dadanya sendiri. Terkejut tidak di buat-buat. Mana tidak? Baru nak ketuk, tiba-tiba pintu di kuak kasar dari dalam.
"Ada apa, Sarah?" tanya Danish dengan ton suara mendatar. Lebih kepada tidak berminat.
Sarah menggeleng kepalanya kecil. Membuang muka terkejut dan di gantikan dengan senyuman.
"Sorry saya ganggu tuan. Saya cuma nak inform pasal meeting tuan pukul..."
"Tangguhkan. Saya ada emergency sekarang." Laju Danish memotong. Buat masa sekarang, no meeting! Ada hal lagi mustahak dari mesyuarat yang bakal Sarah umumkan itu.
"T... tapi tuan ni..."
"Listen to me, Sarah. Kalau saya cakap tangguhkan, awak tangguhkan! Awak nak saya pecat awak ke?" gertak Danish berunsur ugutan. Pantang betul dia kalau jenis membantah arahannya. Fikirannya terlampau kusut saat ini. Ini semua gara-gara gambar yang di hantar oleh Nasril tadi.
Telan liur takut Sarah di buatnya. Perlahan bola mata di larikan ke arah lain. Takut berlawan mata dengan bossnya itu. Tak pernah-pernah dia melihat bossnya marah sebegini rupa. Apa yang dah jadi? Dia tidak tahu.
"B... baik tuan. Saya akan tangguh meeting tu" akur Sarah gugup dengan kepala tertunduk memandang lantai.
"Good. Apa-apa fail yang perlu saya sign awak letak atas meja saya saja. Esok saya tanda" pesan Danish. Suaranya sudah berubah seperti biasa. Tetapi wajah setia tegang di tayangkan.
"Baik tuan. Arahan di terima" patuh Sarah. Dengan itu, Danish terus mengatur derapan langkah pantas menuju ke arah lif.
"EH? Awal pulak dia balik hari ni? Baru pukul empat setengah petang?" monolog Lydia pelik usai kereta jenama audi di pandu olehnya itu di parkir elok di bawah garaj. Dia menurunkan handbrake. Penghawa dingin di matikan dahulu sebelum enjin kereta di matikan.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)