BERSILIH ganti bola mata Lydia melihat wajah Intan dan juga Darwish yang menantikan jawapan darinya. Haruskah dia berlaku jujur saja siapa pelaku itu? Atau... harus dia merahsiakannya sahaja?
Kepala di tunduk memandang lantai. Memejamkan matanya lembut sambil menarik nafas dan menghelanya panjang. Kepala di angkat semula.
"Lydia. Lydia yang buat." Kesudahannya, Lydia memilih bohong dari jujur.
"Biar betul Lydia yang buat? Bukan ke lepas akak bagi Lydia makan ubat malam semalam, Lydia terus tidur?" Intan tidak dapat fikir dengan logik atas pengakuan Lydia buat beberapa saat yang lepas. Kenapa.... dia rasa wanita itu sedang berbohong sekarang ini? Ke perasaan dia saja?
"Lydia terjaga malam tadi. Sebab tekak ni rasa kering sangat-sangat. Jadi, Lydia turun la ke dapur nak minum air. Lepas tu, Lydia terdengar kucing-kucing akak duk mengeau-ngeau. Lydia ingatkan musang nak makan kucing-kucing akak. So, Lydia beranikan diri Lydia untuk keluar jenguk. Tiba-tiba lepas Lydia keluar tu, pintu dapur tu terhempas sendiri. Lydia cuba buka balik, tapi tak boleh. Pastu Lydia terpaksa guna kekerasan sampailah tombol pintu tu tercabut. Sorry akak." Tersengih-sengih Lydia usai sudah dia menceritakan kejadian malam tadi. Meskipun cerita dia karangkan itu adalah rekaan semata-mata.
Terdiam seribu bahasa Darwish dan Intan setelah mendengar cerita dari Lydia itu. Mereka saling berpandangan.
"Is it true?" Intan separuh bisik di telinga Darwish.
"I don't think so..." balas Darwish juga berbisik.
Lydia pula di buru rasa gelisah. Menjadi ke rekaan cerita dia karangkan itu? Melihat ekspresi wajah Intan dan juga Darwish membuatkan dia gugup takut.
"Lydia tak tipu, kan?" Intah ingin memastikan.
"Tak, akak. Lydia tak tipu."
"Kalau Lydia yang buat, lega la akak. Tak ada lah akak fikir perompak ke, penyamun ke, toyol ke, kan?" Seraya Intan melepas nafas leganya dengan sebelah tangan melekat pada dada. Selepas itu, dia menggerling ke arah Darwish.
"Ni abang, nanti balik kerja singgah DIY kejap, ya? Saya nak awak beli tombol pintu baru. Yang tu dah rosak teruk dah saya tengok tadi. Boleh kan?" pinta Intan dengan senyuman.
"Apa-apa saja untuk paradise abang." Satu bentuk senyuman paling manis Darwish hadiahkan buat si isteri.
Sementara Lydia yang berdiri di situ menghela nafas lega dalam diam. Mujurlah, abang Darwish dan akak Intan percaya bulat dengan cerita dia rekakan tadi. Kalau tak, tak tahulah apa jadi.
"DIA dah keluar? Bila?" soal Aikal bengang di hujung panggilan itu. Sekarang dia on the way ke hospital untuk meneruskan langkah pertamanya. Tapi bila anak saudaranya memberitahu yang Lydia sudah keluar, dia berasa geram teruk sekarang ini. Seperti rancangan pertama dia gagal!
"Ya. Lutfi ada tanya nurse pasal Lydia dekat hospital tu pagi tadi. Dia cakap Lydia dah keluar lepas isyak semalam" kata Imran setelah kaki itu menjejak keluar dari bilik punch card.
Stereng kereta di pukul kecil. Melepas rasa geram setelah mendengar kenyataan itu. Bermakna langkah pertamanya benar-benar gagal!
"Dan.... paksu nak tahu something?"
"Apa?"
"She's pregnant."
Tawa Aikal tercetus sinis. Halus.
"Kau jangan buat lawak bodoh kau la, Lutfi. Pagi-pagi ada juga kena post kaki dekat muka" marah Aikal.
"Lutfi serius, paksu. Lydia Marissa mengandung" ulang Imran dengan nada sedikit tegas. Sesekali ekor mata itu melirik kiri kanan. Takut jika ada doktor lain tercuri dengar ujarannya tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)