Bab 30 : SISA RASA

2.5K 139 11
                                        

TERHUYUNG-HAYANG tubuh itu masuk ke dalam rumah. Hanya mampu stabilkan diri dengan dinding-dinding yang berdekatan sahaja. Pintu di tolak tutup. Kasar. Mengakibatkan bunyi dentuman pintu yang begitu kuat. 

"Arh!" Punggung di henyak kasar atas sofa empuk. Yang terletak cantik di ruang tamu. Sisi kepala di picit-picit bagi menghilangkan sedikit rasa peningnya di kepala. Macam mana la dia boleh terlebih botol minum malam ni. Haih... ini semua gara-gara dia terlalu kuat memikirkan tentang Lydia.

"Lewat balik? Pergi mana?" Suara wanita yang datang dari arah tangga itu menyentakkan Aikal. Dia menggerakkan sedikit kepalanya berpaling ke arah gerangan itu.

"Bila masa kau datang rumah?" soal Aikal yang kembali memejamkan mata.

"Petang tadi" jawab Hannah. Single sofa yang terletak tidak jauh dengan jarak sofa yang di duduki oleh Aikal itu di daratkan punggungnya.

"Asal kau tak balik rumah mama papa?" soal Aikal lagi dengan mata kekal terpejam. Sungguh, air syaitan itu membuatkan kepalanya berdenyut hebat tika ini.

"Dia orang dah balik outstation. Malas la nak balik sana" jawab Hannah dengan mimik muka tidak berminat. Sambil mata itu menilik-nilik jari jemarinya yang baru siap manicure petang tadi. Dia tersenyum sendiri. Lawa pula kuku dia.

"Mama papa dah balik outstation?" Mata Aikal separuh terbuka. Memandang wajah kakaknya dengan pandangan tidak percaya. Cepat betul mama papanya pulang dari kerja luar?

"Ya. Mama call tadi. Katanya company ada problem. Terpaksa pulang cepat" jelas Hannah nak tak nak.

Aikal mengangguk faham setelah itu. Mata di pejam kembali.

Hannah yang melihat itu menggeleng kepala melihat keadaan adiknya.

"Terlebih lagi?" duga Hannah. Aikal mengangguk perlahan. Mengiyakan.

Hannah diam sesudah itu. Malas dia hendak berlama di situ. Biarlah Aikal berehat. Sekarang dia nak naik atas. Jam pun sudah lewat satu pagi. Dia nak landing. Nak tidur.

"Lydia mengandung."

Terhenti terus kaki Hannah dari meneruskan langkah. Badan dia mengeras bagaikan di sumpah batu. Beberapa detik selepas itu, kepalanya bergerak memandang Aikal.

"You... you say what?" Hannah berharap perkataan yang dia dengari tadi tidak lagi terulang. Bertanya kerana ingin memastikan. Takut dia tersalah dengar sahaja tadi.

"Lydia. Isteri Danish Haziq. A.k.a musuh kau. Dah mengandung." Satu per satu Aikal mengungkapkan kata. Nada suara yang jelas kedengaran malas. Dia paling tak suka mengulangi kata yang telah dia ungkapkan. Ini bukan astro. Nak kena berulangan kata bagai.

Tersekat-sekat Hannah menggeleng kepala. Dia tak percaya.

"No, no, no.... kau tipu sebenarnya, kan, Aikal? Kau sengaja reka cerita nak bagi aku sakit hati, kan? Jawab aku, Aikal! Kau tipu aku sebenarnya, kan?!" tempik Hannah tidak terima.

Rahang Aikal mula mengeras. Berdecak serabut sebelum dia bangkit dari duduk dengan kasar.

"Eh, aku tak ada masa lah nak tipu kau, kak! Aku terlebih minum malam ni pun sebab dia lah! Aku stress. Aku terfikir macam mana nak balas dendam pada dia dalam keadaan dia mengandung macam tu!" Lantang suara Aikal memarahi Hannah. Menatap wajah kakaknya dengan cerlungan yang sangat tajam.

"Kau nak fikir apanya, Aikal? Go on je la! Dia pregnant ke apa. I dont care! Teruskan je la rancangan kita! Balas dendam yang kau nak sangat tu pada dia!" lawan Hannah tak nak kalah. Suaranya juga turut sama lantang sepertimana Aikal melantangkan suara padanya.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang