Bab 25 - SISA RASA

9.8K 341 81
                                        

MALAM selepas menunaikan solat isyak berjemaah bersama Darwish dan juga Intan, Lydia meminta izin untuk keluar sebentar. Katanya Lydia nak cari makanan ringan. Berasa lama sangat mulut ini tidak mengunyah makanan yang berkauntiti kecil.

Kereta audi yang di pandu oleh Lydia itu, perlahan-lahan masuk ke dalam kotak parking. Tepat berhadapan dengan speedmart. Ini saja kedai berdekatan dengan rumah. Nasib baik masih beroperasi lagi.

Kaki kanan menjejak tanah terlebih dahulu sebelum dia mengeluarkan seluruh tubuhnya itu dari perut kereta. Remote kereta butang lock di picit sambil berjalan menuju ke pintu masuk speedmart.

Rak makanan ringan yang terletak di bahagian belakang di tujunya. Lokasi pertama.

Melilau anak mata Lydia mencari makanan ringan di rak itu. Makanan ringan yang dia mahukan belum di temui lagi.

Mana ya? Dah habis stock ke?

"Tak ada ke? Aduh...." rungut Lydia. Rasa sedih dan kecewa mula mengunjungi dalam diri dia sekarang. Bibir di cebik. Saat tubuh itu di putarkan ke belakang. Eh?!

"Hehehe i found youuuu." Terus tangan Lydia mencapai plastik super ring yang tinggal hanya dua itu. Dah alang-alang tinggal dua, ambil je la dua-dua. Bukannya mahal pun. RM2.50 je. Katanya.

Selepas itu, kaki Lydia menapak pula ke bahagian peti sejuk. Lokasi kedua. Air tin Vida berperisa orange dan lemon menjadi pilihannya. Kemudian itu, rak simpanan mi segera di tujunya pula. Lokasi ketiga. Pek multipack Shin Ramyun itu di capai lalu berjalan terus menuju ke kaunter pembayaran.

Kad debit di keluarkan setelah meletakkan barangan yang di beli itu di atas kaunter. Habis segala barangan telah siap di imbas, pembayaran mula di buat. Total RM32.80.

"Terima kasih" ucap Lydia dan abang cashier itu menguntum senyuman bersertakan anggukan kepala sebagai balasan.

Beg plastik di capai lalu menjinjingnya keluar dari speedmart itu.

"Au!" Hampir nak terlepas beg plastik dari tangan Lydia. Mujurlah genggaman tangannya pada plastik itu kuat. Jika tidak, tak pasal-pasal satu hal pula dia nak mengutipnya.

Bahu sebelah kiri di gosok kecil. Sosok tubuh yang melanggarnya itu di pandang. Terlihat orang itu sekadar mengangkat tangan sambil berjalan tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya. Angkat tangan sebagai tanda maaf ke? Tak beradab langsung!

"Nasib baik makanan aku tak jatuh tahu? Kalau jatuh, aku smackdown sepuluh kali kau dekat sini" omel Lydia. Bab makanan jangan di buat main. Tapi nak marah lebih-lebih pun, tak ada guna. Tidak mengapalah. Asalkan rezeki yang di beli ini tidak tercium lantai pun dah syukur alhamdulillah.

Malas lagi dia hendak berdiri lama di situ, Lydia terus menyambung langkah menuju ke keretanya untuk pulang.





PAGI yang indah dengan angin begitu menyejukkan, membuatkan Lydia menghirup udara begitu panjang masuk ke rongga hidungnya. Senyuman di ukir usai nafas di hembus secara tenang.

"Selamat pagi, pak cik Ghani" sapa mesra Lydia kepada pak cik Ghani yang berada di meja itu.

"Selamat pagi, puan" balas pak cik Ghani. Secalit senyuman di berikan kepada Lydia.

"Pak cik Ghani dah sarapan dah?" tanya Lydia.

"Belum. Kejap lagi saya ke kafe" jawab pak cik Ghani sopan.

"Tak payah lah. Ini. Saya ada belikan nasi kerabu ayam madu bakar dan kopi ais untuk pak cik Ghani. Makan yang ini la, ya? Kalau tak nak kopi ais, air kosong pun saya ada belikan juga dalam plastik tu" kata Lydia seraya meletakkan beg plastik itu di atas meja pak cik Ghani.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang