"DHIA..., kasi la aku bawa barang dapur aku sendiri. Aku boleh bawalah barang-barang tu semua," rengek Lydia. Naik geram dia dengan kedegilan Dhia itu. Barang dapur bukannya berat sangat pun nak bawa sampai ke kereta.
"Ehhh! Tak boleh. Kau kan mengandung, mana boleh bawa barang-barang berat macam ni." Dhia tetap bekeras sambil kakinya setia berjalan menuju ke parkir kereta. Tidak peduli langsung dengan muka cuka Lydia pamerkan itu.
Butang kunci kereta ditekan. Pintu belakang dibuka.
"Kandungan aku baru nak masuk sebulan, aku masih kuat la nak bawa barang-barang ni semua." Lydia masih tidak mahu mengalah.
"Kandungan awal la kena jaga betul-betul, mommy Lydia Marissa oi! Kau ni degil lah, lempang kang!" bebel Dhia sambil memasukkan barang ke dalam perut kereta.
Lydia menjuih bibirnya ke depan. Perutnya yang sedikit membulat diusap lembut.
"Argh!"
Hampir sahaja Lydia hilang keseimbangan apabila tubuhnya tiba-tiba dilanggar seseorang dari arah belakang.
Cemas Dhia mendengar jeritan kecil itu. Tapi nasib baik dia sempat menangkap pergelangan tangan Lydia.
Sejurus itu, Dhia terus berpaling ke arah orang yang melanggar Lydia. Muka cemas berubah bengang.
"Hey, jantan! Jalan tu janganlah main phone! Aku terajang kau bergolek masuk liang lahad baru tahu!" Bergema suara Dhia di basement parking lot itu.
Namun lelaki itu langsung tidak menoleh, apatah lagi meminta maaf. Terus berjalan begitu sahaja. Seolah, suara tengking Dhia tidak memberi kesan padanya.
Dhia menghela nafas geram. Kurang ajar betul!
"Dahlah tak say sorry. Eyy, dasar manusia! Aku pantang betul la dengan jenis macam ni!" habur Dhia yang masih tidak puas hati.
"Dah, dah. Tak payah marah-marah. Dia tak sengaja tu." Lydia cuba menenangkan keadaan. Dhia ni kalau dah marah, memang lupa dimana dia berada.
"Macam mana aku tak marah, Riss? Kau hampir jatuh tahu tadi? Kalau aku tak sempat pegang kau, apa aku nak jawab pada suami kau nanti?" bebel Dhia.
"Dah... tak ada apa-apa pun la, Dhi. Aku okey je," jawab Lydia lembut sambil mengusap kecil tubuh belakang Dhia itu.
Dhia masih dengan wajah bengangnya. Sungguh dia masih berdendam dengan lelaki tak ada adab tadi.
"Kau masuk dalam dulu, Riss. Nanti ada makhluk tak ada mata datang lagi, tak pasal-pasal langgar kau lagi," arah Dhia. Dan Lydia hanya menurut.
Setelah semua barang dimasukkan ke dalam kereta, pintu belakang ditutup rapat. Selepas itu, pintu pemandu di buka lalu menutupnya sedikit kuat. Melepas geram.
Setelah itu, kereta Dhia mula bergerak keluar dari petak parkir dan meninggalkan kawasan basement itu.
Tatkala kereta Dhia kian menjauh, di sebalik tiang, satu tubuh muncul separuh badan.
Senyuman senget terukir di bibirnya sebelum dia beredar. Tapi entah macam mana dia boleh pula terlanggar seseorang. Kali ini secara tidak sengaja.
"Oh shit! Air aku!" bentak gadis itu sambil memandang airnya yang sudah membasahi lantai.
Lelaki itu hanya memandang kosong saja sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Dan lagi sekali dia berbuat demikian.
"Woi! Air aku siapa nak ganti ni?!" tempik Hannah keras.
Namun hanya sia-sia kerana lelaki itu setia berjalan tanpa berpaling sedikit pun ke arahnya.
Hannah mengetap bibir.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)