TARIKH permulaan jagaan Danish di rumah akhirnya tiba. Lydia dan Danish melangkah keluar dari hospital sebaik sahaja segala dokumen berkaitan penjagaan Danish selesai ditandatangani. Diikuti Darwish berjalan bersama mereka.
"Insya-Allah, kalau ada masa, abang datang ke rumah, ya?" kata Darwish kepada Lydia.
Lydia mengangguk sambil mengukir senyuman sebelum meloloskan diri masuk ke dalam kereta.
Sebaik sahaja kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan hospital, Lydia menekan hon sekali. Darwish mengangkat tangan sebagai tanda balasan.
Sepanjang perjalanan, mata Danish tidak lekang memandang wajah Lydia yang sedang fokus memandu. Sungguh, dia berasa tenang dengan keputusan yang telah dibuatnya.
Setelah tiba di rumah, Lydia membantu Danish mengangkat beg pakaian lelaki itu. Kemudian melangkah bersama menuju ke pintu rumah.
"Welcome home, sayang," ucap Lydia sebaik sahaja dia membuka pintu rumah untuk Danish.
Danish melangkah masuk. Matanya melilau memandang sekeliling rumah yang sudah lama ditinggalkannya. Selepas itu, dia menoleh ke arah Lydia yang berdiri di sisinya. Senyuman kecil terukir di bibirnya buat wanita itu.
Tubuh Lydia ditarik lalu dipeluk erat. Ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih.
"Aku harap semuanya baik-baik sahaja," ujar Danish.
Lydia mengangguk sambil mengukir senyuman.
"Insya-Allah."
"Awak nak makan apa-apa tak?" soal Lydia sambil memandang suaminya.
"Kenapa? Kau nak masak?" Kening Danish terangkat sebelah.
Lydia tersengih lalu menggeleng.
"Tak... saya nak order food delivery."
Bukan dia malas hendak memasak, cuma tubuhnya terasa penat hari ini. Jadi, itulah pilihan yang paling mudah. Hehehe.
Danish ketawa kecil sebelum mengusap lembut kepala isterinya.
"Tak apa. Sekali-sekala, apa salahnya?" Hidung Lydia dicuit manja.
Lydia tersenyum lagi. Dalam diam, dia dapat melihat perubahan dalam diri suaminya.
Tiada apa yang dia harapkan selain melihat Danish sembuh sepenuhnya.
TING TONG!
Bunyi loceng rumah mengejutkan Lydia yang sedang menonton kaca televisyen di ruang tamu sambil dipeluk Danish.
"Mesti food delivery," getusnya lalu bangun dan berlari ke arah jendela. Langsir diselak sedikit.
Kelihatan ada seorang lelaki bersama motosikal di luar pagar. Dan dia pasti itu penghantar makanan.
Kepalanya berpusing memandang Danish.
"Awak, saya keluar ambil makanan sekejap di luar, ya?" pinta Lydia sambil mencapai beg duitnya.
Danish sekadar mengangguk, mengizinkan.
Lydia mengulum senyuman sebelum melangkah keluar. Selipar disarung, kemudian dia berlari anak ke arah pagar.
Di dalam rumah, Danish masih menonton televisyen. Namun entah mengapa, hatinya tergerak untuk mengintai. Dia bangun dan menghampiri jendela, langsir diselak sedikit.
"Puan Lydia Marissa?" tanya lelaki penghantar itu.
"Ya, betul. Sayalah."
Lelaki itu tersenyum lalu mengeluarkan pesanan.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romantik✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)