SEBUAH kafe terbuka di jejaknya masuk. Sekali pandang, mata itu sudah menangkap sosok tubuh yang dia kenali. Kaki di orak tenang mendekati meja yang terletak bersebelahan dengan pagar jaring kawat itu.
"Ada apa paksu nak jumpa Lutfi ni?" soal Imran tanpa salam. Punggung di labuhkan atas kerusi ala healing berwarna khaki berhadapan dengan paksunya.
"Salah ke nak lepak dengan anak saudara sendiri?" Paksu menjongket sebelah kening.
Imran berdecit ketawa sinis.
"Nak ajak lepak ke, atau nak tanya berkembangan pasal perempuan tu?" Imran terus meneka ke tujuan asal paksunya. Tiada alasan lain kalau nak jumpa kalau bukan di sebabkan wanita yang dia ingini itu.
Hujung bibir paksu terangkat kecil seraya menyandarkan diri. Sebelah tangan naik menongkat siku di tempat berehat tangan itu.
"Dia macam mana?"
"Okey je. Banyak uruskan suami dia. Tapi kan, paksu. Lutfi nak tanya paksu la. Kenapa ek paksu dengan mak lang nak sangat Lutfi kucar-kacirkan rumah tangga dia orang? Dia orang salah apa je dekat mak lang dengan paksu?" Tidak habis fikir Imran memikirkan tujuan asal mengapa paksu dan mak langnya berbuat hal sebegini cara.
Apa yang berdendam sangat sampaikan sanggup runtuhkan masjid yang sudah di halal bina? Sumpah! Dia tidak habis fikir.
"Perempuan tu tak kenang jasa kau tahu tak? Aku punya la banyak tolong dia masa dia kerja kafe dulu. Bagi dia semangat bila dia tengah down, tolong dia dari kena buli dengan budak-budak lain. Bila dia kurang duit, aku yang tolong. Tapi semenjak dia di berhentikan tiba-tiba, dia hilang macam tu je" luah paksu. Jelas wajah itu sedang menahan geram bila bertutur. Hatinya masih tersisa sakit atas perbuatan tak kenang budi Lydia itu.
"Yang paling sakit kau tahu tak apa?"
Imran jawab dengan kening terangkat sebelah.
"Bila aku terserempak dengan dia baru-baru ni dekat hotel Kedah hari tu, dia cakap yang dia dah kahwin. Kau rasa? Tak kedebuk jatuh aku punya hati ni dengar?" Wajah Imran di jeling setelah menyudahkan luahannya. Mencapai kasar air matcha itu lalu menghirupnya sedikit rakus.
Terlopong kecil mulut Imran mendegar segala luahan dari paksunya itu. Kening sebelah lambat-lambat terangkat naik. Faham tak faham. Tapi apa kena mengena tak kenang jasa dan kahwin dengan orang lain? Dia kurang faham.
"Asal kau buat muka macam tu?" soal paksu apabila dia perasan akan respons wajah Imran. Tajam cerlungan mata itu menikam wajah anak saudaranya.
"Tak... tak ada lah. Macam.... tak ada kaitan je? Benda kecil kot, paksu. Takkan sampai nak bolak balik rumah tangga orang? Tak rasa berdosa ke?" Takut-takut Imran mengeluarkan ayat yang terakhir. Bukan boleh kira baran paksunya sorang ini. Takut juga air matcha itu terbang ke arah dia. Sudahlah dia pakai baju putih sekarang ini.
"Tapi kan... paksu suka dia, eh?" Cepat-cepat Imran mengubah soalan saat dia perasan air muka paksunya itu berubah tegang. Kalau tak sempat ubah soalan tadi, ucap waalaikummussalam kepada air matcha yang bakal menyapa ke arahnya.
"Kalau aku suka dia pun, kau apa masalah?" Bekas air matcha yang tinggal separuh itu di letak kasar atas meja.
"Tak ada masalah apa pun. Cuma.... kenapa Lutfi di libatkan dalam hal ni? I means, jadi orang tengah?" Ini pun dia tak habis fikir juga. Mak, pak saudaranya yang berdendam, dia pula di libatkan sekali. Penin!
"Sebab kau je harapan aku dengan mak lang kau" jawab paksu mudah.
"Harapan? Harapan apa? Bukannya Lutfi yang tanggung kos hidup paksu dengan mak lang bila Lutfi bekerjaya nanti" kata Imran dengan menayangkan muka blurnya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romansa✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)