DANISH melangkah keluar dari bilik pakaian. Merapikan ringkas jaket kulit yang sudah tersarung kemas pada tubuhnya. Telefon pintar yang berada di atas meja lampu bersebelahan dengan katil itu di capai. Mencari kenalan seseorang dahulu sebelum melekatkan objek itu di telinganya. Tidak sampai lima detik, talian itu bersambung.
"Hello Nas, macam mana? Dia buat hal lagi ke?" tanya Danish langsung.
"Waalaikummussalam, boss. Adu... macam mana saya nak cakap, ek?" Nasril menggaru belakang telinga sedikit kasar. Seraya berpaling sekali melihat wanita separuh tua yang lagi meronta di atas kerusi setengah jauh dengan keberadaannya.
"Asal? Perempuan tua tu terlepas ke?" teka Danish. Mindanya sudah terfikir ke arah negatif. Nada suara Nasril jelas terdengar seperti gelisah akan sesuatu. Jika betul la orang tua tu terlepas, lunyai Nasril dia kerjakan!
"Eh! Tak boss! Mana ada!" Nasril menyeru laju bercampur gelabah.
"Dah tu?"
"Tak... saya cuma nak bagitahu yang saya dah sakit halkum dah marah-marah dia. Memekak je kerja dia. Suara tempik dia dah macam orang kena rasuk dah. Penat lah saya nak uruskan dia, boss" jelas Nasril. Helaan nafas berat di lepaskan. Sebenarnya dia sudah penat hadap semua ini. Hadap suara menjerit sepanjang hari. Silap hari bulan, akad nikah empat, lima, enam kali dia nanti sebab tuli telinga.
"Kau penat?" soal Danish sambil mengorak langkah ke arah pintu.
"Err... ya... ya boss." Tergagap Nasril menjawab apabila nada suara bossnya kedengaran agak tegang tiba-tiba.
Danish tertawa perlahan. Membiarkan talian menjadi hening buat sementara. Tombol pintu di pulas lalu menarik buka daun pintu itu sebelum menghala kakinya keluar dari bilik. Pintu di tutup dan berjalan tenang ke arah tangga dan berdiri statik di situ.
"Tak apa. Kau rileks dulu. After that, kau dah tak hadap lagi dah suara orang tua tu" kata Danish penuh makna.
"A...apa maksud boss?" Lain macam kedengaran ayat itu. Nasril mula berasa resah. Apa yang bossnya itu maksudkan? Dia tidak mengerti.
Tiada balasan. Danish hanya tersenyum seraya memutuskan panggilan itu begitu sahaja. Perlahan, dia jatuhkan telefon pintar itu ke sisi bersama pandangan menatap lurus ke hadapan.
"Kau akan tahu bila aku sampai sana nanti, Nasril" ujar Danish seperti berbisik. Kaki kanan mula di angkat dan menjejak anak tangga satu per satu turun ke lantai bawah.
Dari jauh dia sudah melihat keberadaan Lydia yang kini lagi duduk di sofa ruang tamu sambil menonton tv. Dia berdehem sebelum merapati dirinya ke arah wanita itu.
"Sayang, aku nak keluar kejap ni" maklum Danish. Sisi wajah Lydia menjadi pandangan ruang matanya.
Tersentak kecil Lydia mendengar suara Danish. Dengan pantas dia berpaling dari tv lalu mendongak kepala memandang suaminya. Dari atas sampai bawah dia melihat pakaian yang di kenakan oleh lelaki itu. Setelah itu, Lydia mengangguk.
"Okey. Pergilah" Nampak jelas wajah Lydia seakan tidak berminat ingin mengetahui ke mana Danish hendak pergi. Secara terus dia beralih semula pandangannya ke arah kaca tv. Maaf suami. Drama dalam tv lagi penting dari awak sekarang.
Respons Lydia memang sangat cukup membuatkan Danish lega sambil tersenyum ringkas. Memang itu lah yang dia mahu dengar balasan dari wanita itu. Kalau Lydia ingin mengikutnya sekali pun, memang berjuta-juta alasan dia akan bagi.
"Kalau macam tu, kau jaga diri dekat rumah ni. Kunci semua pintu lepas aku keluar. Mungkin aku balik lewat sikit" maklum Danish lagi. Matanya tetap setia menatap sisi wajah Lydia meskipun wanita itu tidak memandangnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romansa✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)