JAUH Lydia termenung sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. Dari tingkat atas hospital itu, dia dapat melihat langit yang berwarna jingga, dihiasi cahaya matahari yang perlahan-lahan tenggelam di ufuk barat.
Tenang. Namun ketenangan itu langsung tidak mampu menenangkan hatinya.
Apabila difikirkan semula, bagaimana dia begitu bodoh masih menerima seorang lelaki yang telah membunuh ibunya sendiri?
Kini dia mula sedar. Pembunuhan tetap pembunuhan. Tiada apa yang normal tentang perkara itu.
"Tolong ibu, Lydia... ibu tak tenang..."
Suara itu kembali bergema dalam fikirannya.
Sejak malam dia pengsan selepas ternampak bayangan hitam di dapur tempoh hari, suara rintihan itu sering hadir dalam mimpinya.
Bayangan hitam?
Kening Lydia berkerut. Baru dia teringat tentang perkara itu. Siapa sebenarnya yang menceroboh masuk ke rumah mereka malam itu?
Adakah benar itu lembaga seperti yang dia sangkakan pada mulanya?
Tetapi apabila dia cuba mengingatinya semula, dia tidak merasakan itu sesuatu yang ghaib.
Lebih seperti... manusia.
"Sayang..."
Suara yang menyeru panggilan itu membuatkan kepala Lydia perlahan-lahan berpaling ke arah pintu.
Sebaik sahaja wajah lelaki itu memasuki ruang pandangannya, air mukanya terus berubah tegang.
Tiada sepatah kata pun yang keluar daripada bibirnya. Sebaliknya, dia terus memalingkan wajah ke arah lain.
Danish terpaku. Sakit hatinya menerima layanan dingin itu.
Tatapan kosong Lydia terasa lebih menyakitkan daripada sebarang kata-kata. Namun dia tetap memberanikan diri.
Langkah diatur perlahan menuju ke arah katil hospital itu. Semakin dekat, semakin berat dadanya menanggung rasa bersalah.
Akhirnya dia berdiri tepat di sisi katil Lydia.
"Sayang..." panggil Danish sekali lagi. Kali ini lebih lembut dan sayu.
Namun Lydia masih enggan memandang wajahnya.
"Ada apa kau datang sini?"
Buk! Bagaikan ada batu besar menghempap dada Danish.
Kau?
Sejak bila wanita itu mula berbahasa diri kau aku dengannya?
"Kenapa tiba-tiba kau berubah macam ni, sayang? Kalau kau anggap aku bunuh anak kita, kau salah. Aku tak pernah berniat nak bunuh anak kita." Luruh suara Danish ketika berkata. Anak matanya tidak lepas menatap wajah Lydia yang kosong tanpa riak.
Sama. Wanita itu masih enggan membalas pandangannya. Lydia diam seketika.
Kemudian, perlahan-lahan akhirnya dia mengalihkan pandangan dan menatap tepat ke dalam mata Danish. Tajam.
"Aku tahu bukan kau yang bunuh anak aku. Aku silap. Tapi ibu aku. Yang itu memang kau yang bunuh, kan?"
"You know the answer, sayang."
Lydia melepaskan tawa kecil yang kedengaran sinis. Dia berpaling ke arah lain seketika sebelum kembali memandang Danish.
"Bila aku fikir balik, bodoh juga aku masih terima kau sebagai suami aku sedangkan kau dah bunuh ibu kandung aku."
"Dan aku mula sedar yang kematian ibu aku bukan perkara normal."
Mata Lydia mula berkaca. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya berat. Sesak teramat dadanya tiba-tiba saat ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)