Bab 42 - SISA RASA

603 37 0
                                        

          LYDIA terjaga dari tidur. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit pada bahagian perut.

"Aduh... sakitnya." Lydia bangkit perlahan dari baringan sambil memegang perut. Matanya mengerling ke arah jam kecil yang terletak elok di atas meja lampu itu. 2.19 pagi.

Kaki di turunkan ke lantai. Botol air yang sudah kebiasaannya terletak di atas meja lampu itu di capai tatkala tekaknya terasa kering. Namun, botol air itu kosong.

"Aku tak isi ke tadi?" gumam Lydia sebelum mengeluh berat. Satu hal pula kena turun isi air malam-malam buta. Nak tak nak terpaksalah dia turun ke dapur untuk isi air.

Tubuh di angkat dari sisi katil lalu berjalan menuju ke pintu. Sempat anak matanya melirik Danish yang masih lena di ulek mimpi.

Tangga dipijak satu demi satu sambil tangan memegang sisi pagar. Usai menjejak lantai bawah, langkah di susun menuju ke dapur.

Baru saja tangan itu terangkat ingin membuka suis lampu, tiba-tiba pandangannya di sapa dengan bayangan hitam. Terus dia menjerit lalu jatuh terduduk.

Berkerut muka Lydia menahan sakit pada tulang punggungnya.

Tatkala dia mula perasan bayangan itu mendekatinya, terus dia mengesot ke belakang sehingga tubuhnya tercium dinding dengan anak mata tidak lari memandang bayangan itu yang sudah bercangkung di hadapannya.

Dapat Lydia lihat senyuman sinis terukir pada bibir itu, meskipun dia sedang bertarung dengan kesakitan pada perutnya.

Selepas itu, kepala hitam itu tertunduk ke bawah. Matanya terbeliak luas lalu terus dia berdiri. Nafasnya mula menjadi singkat.

Sementara keadaan Lydia pula mula berasa tubuhnya lemah. Kenapa dia rasa ada cecair mengalir di celah kelangkangnya ini?

"Kau mengandung ke, Ly?"

Samar-samar Lydia mendengar suara itu. Sesaat kemudian, pandangannya makin lama makin kabur sebelum semuanya menjadi gelap.




                DANISH cuba memeluk tubuh Lydia, namun kosong. Kepalanya terangkat sedikit dengan mata separuh terbuka.

"Mana dia?" getus Danish hairan. Dia bangkit seraya melihat tempat tidur Lydia itu. Benar, isterinya tiada di sebelah.

"Sayang!"

Sepi. Tiada sahutan dari Lydia.

Danish mula tidak senang duduk. Dia bangun lalu berjalan ke arah bilik air. Daun pintu itu di tolak buka. Tiada.

"Sayang... kau di mana?" panggil Danish yang mula tidak tentu arah. Liur pahit di telan kelat. Gigi di ketap geram.

"Lydia Marissa!"

Kaki di orak laju ke pintu lalu melangkah keluar. Kiri kanan kepala itu bergerak sebelum dia menuruni laju ke lantai bawah.

Matanya melilau mencari keberadaan Lydia. Saat panahan mata itu tertancap pada kaki yang sedikit terkeluar dari dapur, segera dia menghampiri.

"Sayang..." panggilnya, seraya membuka suis lampu.

Bagaikan hendak luruh jantung Danish apabila melihat tubuh Lydia terbaring mengiring di atas lantai.

"Sayang..." Suara itu keluar lemah dari celahan bibirnya. Meskipun dia tahu, Lydia tidak akan menyahut panggilannya.

Perlahan-lahan dia melutut di sisi wanita itu sebelum mengangkat kepala Lydia dan meletakkannya di atas pahanya.

Yang paling mengejutkan dirinya ada cecair merah pekat mengalir di lantai itu.

Mata Danish menjegil luas. Jari jemari berubah menjadi penumbuk. Bergetar tangannya sebelum menarik Lydia rapat ke dadanya.

"Arghhh!!!!!"

Jeritan itu bergema seluruh rumah, bersama air mata yang akhirnya jatuh tanpa mampu ditahan lagi.



               DIA dilanda kegelisahan begitu dahsyat. Tidak senang duduk dia dalam kereta. Tidak tahu hendak kemana melainkan berhenti di pinggir jalan buat sementara waktu.

"T... tak... tak. Aku tak bunuh anak dia..."

Kepala di geleng laju sambil memegang sisi kepala.

Tok!
Tok!

Dia tersentak. Kepala segera berpaling ke arah cermin tingkap yang diketuk.

Polis peronda.

Degup jantungnya bertambah laju, namun dia memaksa dirinya untuk bertenang. Wajahnya segera diubah menjadi biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Cermin tingkap diturunkan.

"Buat apa kau di sini malam buta?" soal polis peronda itu sambil anak mata memeriksa di dalam kereta itu.

"Tak ada buat apa, tuan. Saya cuma tenangkan fikiran saya sekejap," jawabnya tanpa gentar.

Polis peronda itu memicingkan matanya.

"Betul? Ke... kau tunggu orang nak edar dadah?"

"Eh! Tak, tuan. Saya betul-betul berhenti tenangkan fikiran saya. Saya ada masalah dengan tunang saya. Daripada saya lepaskan marah sambil pandu kereta, lebih baik saya berhenti. Nanti saya excident, susah keluarga saya pula, tuan."

Polis peronda itu membisu sebentar sebelum kepalanya terangguk-angguk berapa kali. Ada logiknya juga.

"Kau jangan lama-lama di sini. Bahaya. Banyak penagih lalu kawasan ni." Polis peronda itu memberi amaran.

"Baik, tuan. Saya gerak sekarang."

Polis peronda itu mengangguk lagi sebelum berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

Apabila melihat kelibat polis peronda itu kian menjauh, dia melepaskan nafas lega seraya menaikkan semula cermin kereta.

Tidak lama pada itu, dia menukar gear lalu roda kereta mula bergerak meninggalkan tempat itu.
Membawa pergi sekali hati yang belum reda dari gelisah.



Bersambung...
[ jangan lupa vote and komen yah! tq!💕💋 ]

[ jangan lupa vote and komen yah! tq!💕💋 ]

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Teka siapa watak misteri 'DIA' 👻

LIMA orang terawal yang berjaya meneka dengan tepat akan memenangi TIGA ebook percuma di atas.

📌 Pemenang akan diumumkan dan ebook akan dihantar selepas identiti sebenar didedahkan atau cerita ni tamat bagi mengelakkan spoiler.

📧 Hantar jawapan anda ke:
[queenyikah@gmail.com]

Subjek email:
TEKA WATAK MISTERI DALAM SISA RASA.

Sertakan:
• Nama pembaca.
• Nama watak yang diteka.

Selamat mencuba!😝

Tarikh tutup : 20/06/2026.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang