Bab 36 - SISA RASA

480 28 1
                                        

"HEY, Lydia. Awak buat apa dekat sini?" Nada Imran kedengaran mesra saat menyapa Lydia. Senyuman lebar terukir di bibirnya, manakala matanya bersinar seolah-olah benar-benar teruja bertemu wanita itu.

Lydia membalas dengan senyuman kecil, namun jelas kelihatan kekok.

"Tak ada buat apa pun. Saya cuma temankan hus..."

"Awak stalk saya, eh?" Belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya, Imran sudah memotong.

Laju Lydia menggeleng. Matanya membulat besar mendengar tuduhan spontan lelaki itu.

Imran berdecit ketawa.

"Orang perhatikan kita, mana nak mengaku, kan? Alah... jujur sajalah Lydia awak stalk saya. Saya tak marah pun," usik Imran, membuat andaiannya sendiri.

"Ya allah Imran, betul. Buat apa saya nak perhatikan awak? Saya datang sini temankan hus..., eh!"

Pantas Imran menyambut tubuh Lydia tatkala bahunya dirempuh kasar dari belakang.

Lydia terpempan. Lama mata mereka bertaut di situ.

Namun sebaik tersedar, Lydia segera menjauhkan diri daripada Imran. Matanya laju melilau sekeliling, mencari kelibat Danish.

Mujurlah lelaki itu tidak kelihatan.

"Sorry, Imran," ucap Lydia.

"It's okay. Bukan salah awak pun. Perempuan tu yang main langgar macam tu saja," balas Imran sambil menjengukkan kepalanya ke luar pintu kaca kedai, mencari kelibat gadis yang melanggar Lydia tadi.

"Sudahlah tak minta maaf, lepas tu terus blah macam tu je," rungut Imran. Masih terasa geram.

"Tak apalah, Imran. Mungkin dia rushing sangat tu," kata Lydia cuba bersangka baik.

"Rushing nak berak agaknya."

Tawa kecil Lydia terlepas mendengar kata-kata itu.

"Tapi awak okey ya, Lydia?"

"Ya. Saya okey."

"Syukurlah. Kalau macam tu, saya minta diri dulu, ya? Kalau miss saya, call lah."

Senyuman Lydia terus mengendur. Dia melepaskan rengusan kecil.

"Awak lupa agaknya yang saya ni isteri orang, Imran."

Dia sendiri tidak tahu sama ada lelaki itu sengaja mengusiknya atau memang suka bercakap sesuka hati.

"Rindu sebagai kawanlah. Saya pun tahulah," balas Imran sambil ketawa kecil.

"Okeylah. Saya pergi dulu."

Lydia hanya mengangguk sebagai balasan.

Tidak lama kemudian, Imran melangkah keluar dari kedai bunga itu.

Sebaik sahaja kelibat lelaki itu hilang dari pandangan, Lydia menghela nafas perlahan.

"Kalau Danish nampak tadi, habislah aku..."gumamnya sendiri.

"Sayang."

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang