2 bulan kemudian...
KASAR Lydia merebahkan diri di sofa yang terletak di ruangan tamu. Penat seharian mengemas rumah sebesar alam ini. Pelik. Rumah besar, tapi kenapa tak ambil maid? Bila di tanya Danish selalu berdalih. Dah tak pasal-pasal aku pula yang jadi maid dalam rumah dia. Haish!
Lurus pandangan itu memandang ke atas. Dadanya bergerak kecil tatkala hembusan nafas dia lepaskan. Kemudian itu, dia kembali menegakkan badannya. Kaki kanan yang terseliuh pada dua bulan yang lalu dan kini sudah pulih sepenuhnya.
Dan selama dua bulan yang lalu itu jugalah dia asyik ulang alik sahaja dari katil ke bilik air. Terpaksalah dia bersihkan diri. Takkan nak biarkan tubuh badannya tidak di sirami oleh air selama dua bulan? Mahu tak hapak badannya itu.
Tapi mujurlah dalam bilik air Danish itu ada bathtub. Mudahlah dia nak bersihkan diri. Pakaian salinan dia pun Danish belikan. Cukuplah tiga helai sahaja dia mahukan. Orang belanja kira bersyukurlah tu. Tak usahlah mengambil kesempatan yang tinggi bila orang tawarkan diri untuk belanja. Dia bukan sejenis begitu.
Namun, dia juga terfikir. Secepat inikah dia terima lelaki yang bernama Danish Haziq itu sebagai suaminya?
Tiba-tiba ujaran Danish terhadapnya seminggu yang lalu berputar kembali di ingatannya.
"Anggap je ni balas budi kau terhadap aku, Lydia."
"Ha? Balas budi? Maksud awak?"
"Ya... balas budi atas jagaan aku pada kau. Just be my wife je, Lydia Marissa. Tak susah pun. Ke kau nak aku suruh kau ganti semua makan minum pakaian yang aku bagi dekat kau selama kau tinggal dekat sini? Ha?"
Gila. Sampai macam itu sekali lelaki itu mengugutnya? Sumpah dia tidak mengerti. Tidak dapat fikir dengan waras ujaran Danish terhadap dia seminggu yang lalu. Padahal dia tak minta pun dirinya untuk di jaga. Untuk membelikannya pakaian. Tapi lelaki itu yang beria-ia ingin menjaganya sehingga sembuh dan beli itu ini untuknya. Buat apa dia nak ganti balik?
Nafas Lydia di hela panjang. Serentak itu, dia terdengar bunyi pintu utama di buka oleh seseorang. Kepalanya laju mengalih ke arah pintu utama sana.
"Assalamualaikum." Danish memberi salam usai kaki kanannya menjejak masuk ke dalam rumah. Pintu di tutup. Selepas itu, beg kerjanya di letakkan atas single sofa. Blazer hitamnya pula di letakkan pada sisi sofa.
"Waalaikummussalam" jawab salam Lydia. Satu lorekkan senyuman tipis dia berikan kepada Danish. Wajah pula menunjukkan riak biasa. Tak naklah Danish ketahui apa-apa darinya. Kalau di soal. Jenuh pula dia nak menjawab. Danish ini kalau jawapan yang tak memuaskan hati dia. Selagi itu la dia menyoal.
Danish balas senyuman Lydia. Dia berjalan menghampiri Lydia sebelum dia melabuhkan diri di sebelah gadis itu. Serentak keluhan kasar dia lepaskan. Kepala di daratkan pada sisi sofa membuatkan kepalanya sedikit mendongak.
"Esok aku cuti." Belum sempat Lydia hendak membuka mulut. Danish bersuara terlebih dahulu. Dia melonggarkan tali leher yang terikat kemas pada lehernya. Selepas itu, tiga butang baju dari atas di buka.
"Kenapa? Boss awak tak marah ke cuti macam tu je?" Lydia memandang Danish yang sedang merehatkan diri. Mata lelaki itu terpejam. Penat sangat agaknya seharian bekerja.
Pertanyaan aneh Lydia membuatkan Danish mencelikkan mata. Kepala yang lurus tersandar pada sisi sofa itu bergerak sedikit memandang wajah tanya Lydia.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romansa✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)