SEPANTAS kilat Lydia bangkit, ingin berlindung di belakang tubuh Danish. Namun, tindakannya terhenti apabila Ammar lebih pantas bertindak.
Ammar menarik bahu Lydia dengan kasar sebelum melilit lengannya pada leher wanita itu. Sebelah lagi tangannya mengacu pistol tepat ke sisi kepala Lydia.
"Kalau kau berani, dekatlah!" cabar Ammar dengan senyuman licik.
Danish mula tidak tentu arah, namun dia tetap memaksa dirinya kelihatan tenang. Akal fikirannya ligat mencari jalan untuk menyelamatkan Lydia tanpa membahayakan nyawa.
"Ammar, lepaskan saya!" bentak Lydia sambil meronta-ronta. Tangannya cuba merungkai lengan Ammar yang melilit lehernya, namun gagal.
"Diam! Kau bergerak lagi, bersepai kepala kau aku tembak, Ly!" jerkah Ammar.
Serta-merta Lydia bungkam. Tubuhnya kaku. Sememangnya dia tidak lagi berani bergerak setelah itu. Apatah lagi membuka mulut.
Hanya mata yang mula dipenuhi air jernih memandang Danish dengan rasa takut yang sukar digambarkan.
Hati Danish bagai dihiris melihat Lydia diperlakukan sedemikian. Rahangnya mengeras, tetapi dia tahu satu langkah yang silap mampu meragut nyawa wanita yang paling dicintainya itu.
"Tolong... tolong lepaskan dia," rayu Danish. Tiada pilihan lain. Buat masa ini, hanya kata-kata yang mampu digunakan untuk melembutkan hati Ammar.
Tawa Ammar meledak.
"Amboi.... senang je kau suruh aku lepaskan dia? Punyalah payah selama ni aku nak dapatkan dia, kau senang-senang suruh aku lepaskan?" Ammar menggeleng sambil mencebik.
"Tak semudah itulah, bro."
Gigi Danish berlaga rapat. Buku limanya menggigil halus di sisi tubuh, manakala pandangannya tidak lari sesaat pun daripada wajah Ammar itu.
"Kau tahan nangis ke tu, bro? Hahaha. Tak macho la tahan air mata dari gugur. Kalau berani, mari lawan aku dapatkan isteri kau ni. Itu pun kalau dapatlah," cabar Ammar bersama tawa mengejek.
Gugur... perkataan itu membuatkan fikiran Lydia kembali kepada pengakuan Imran sebelum lelaki itu ditembak tadi.
"Kalau malam tu pak long tak buat kerja bodoh ceroboh masuk rumah suami Lydia... Lydia takkan kehilangan anak pertama dia."
Perasaan takut yang tadi mencengkam dirinya lenyap serta-merta, digantikan dengan kemarahan yang meluap-luap tahap sepuluh.
"Aaargghhh!!!" Tanpa sebarang amaran, Lydia langsung menghayunkan sikunya tepat ke perut Ammar.
"Ugh!" Ammar mengaduh sakit sambil membongkok memegang perutnya.
Mengambil peluang itu, Lydia terus meloloskan diri lalu berlari mendapatkan Danish.
"Sayang..."
Suara Danish kedengaran perlahan seiring kedua-dua tangannya yang sudah sedia terbuka untuk menyambut isterinya.
Lydia terus memeluk tubuh lelaki itu seerat-eratnya. Wajahnya dibenamkan ke dada bidang Danish seolah-olah di situlah tempat paling selamat buat dirinya.
"Sayang, are you okay? Dia ada cederakan kau? Dia ada buat apa-apa pada kau tak?" soal Danish dengan suara yang sarat kerisauan.
Lydia membisu sejenak. Nafasnya turun naik dengan laju, masih terkejut dengan apa yang baru dilaluinya beberapa minit yang lalu.
"Sayang..." panggil Danish lembut. Ada nada memujuk yang tersisip dalam hela nafasnya, meminta Lydia bersuara.
Dengan susah payah, Lydia menelan liur sebelum meleraikan pelukan. Bibir di cebik sebelum air mata mula bergenang di tubir mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)