BERSINAR-SINAR anak mata Lydia melihat kolam renang di bawah sana. Keinginan untuk mandi malam menyerbu kuat dalam diri dia saat ini.
"Mesti best kalau dapat mandi waktu malam macam ni" kata Lydia seorang diri. Melilau sana sini anak matanya itu melihat ke bawah. Hanya beberapa orang sahaja yang berada di bawah sana. Boleh kira dengan jari.
"Tengok apa?"
Terhinjut kecil bahu Lydia dek teguran itu. Kepalanya begitu laju berpaling ke belakang. Tiada. Dan apabila dia memutarkan kepalanya ke belah kanan, mata dia membulat terkejut.
"Bila masa awak ada dekat sini?" tanya Lydia pelik. Rasanya tadi suaminya lagi sibuk menyiapkan kerja. Entah masa mana dia datang pun dia tidak perasan. Derapan langkah pun tiada bunyi. Betul ke ni suami dia dekat depan dia ni?
"Nak mandi? Kalau nak mandi, bagitahu. Aku temankan." Pertanyaan Lydia di endahkan. Dia berjalan ke hadapan sedikit lalu menongkatkan lengannya di sisi pagar balkoni. Tubuh pula di bongkokkan sambil memandang Lydia di sebelah.
Terkumat-kamit pula berasa bibir ini mahu membalas. Tapi dalam hatinya kuat mengatakan yang dia mahu bermandi-manda malam ini. Kalau dia jawab ya?
"Boleh ke?" Pastikan sajalah dulu. Mana tahu suaminya itu hanya bercanda saja tadi?
Danish senyum segaris. Kepala di alih ke hadapan kemudian menunduk sedikit melihat air kolam di bawah sana.
"Anything.... for my wife. Apa-apa je yang kau nak, bakal aku kabulkan. No excuse."
Berasa ada kupu-kupu berterbangan di sekitar Lydia ketika ini. Rasa malu tidak terungkap setelah mendengar ayat manis itu. Manis ke?
"Jadi boleh la ni saya mandi?" Lagi sekali Lydia mahu memastikan.
Danish angguk kecil.
"Make sure pakaian tu tak ketat. If ketat, aku tak teragak-agak ketatkan kau malam ni." Jika tadi dia tersenyum malu mendengar ayat manis Danish. Namun kini bibir itu bagaikan keras hilang darah.
Dirty mind!
"Okey. Saya... pergi salin baju kejap" pinta Lydia yang sedaya upaya tidak kedengaran gagap. Tidak mahu yang Danish mengsyaki apa-apa darinya. Nanti kena judge otak kuning pula.
LANGKAH sahaja kaki kanan Lydia masuk ke kawasan kolam renang itu, dia tersenyum suka. Kalau tadi mungkin boleh kira dengan jari, sekarang sekali pandang hanya boleh kira dengan mata. Tinggal empat golongan orang saja di sekitar kawasan kolam sekarang ini. Dua lelaki, dua perempuan. Mungkin pasangan sedang luangkan masa bersama?
Macam dia dengan Danish tika ini?
"Pergi lah. Aku tunggu dekat sana." Danish memberi isyarat kepala menunjuk ke arah kerusi jemur yang terletak tidak jauh dengan persisiran kolam renang.
Lydia mengangguk bersertakan senyuman sebelum kakinya bergerak laju menuju ke tangga kolam. Manakala Danish pula mula berjalan ke arah tempat yang di katakan tadi. Melabuhkan duduk di situ. Beg pakaian salinan Lydia di letakkan bersebelahan dengannya.
Sedang Danish ralit memerhati ke arah Lydia yang lagak berenang itu, tiba-tiba ingatannya teringat akan sesuatu. Lantas telefon pintar dalam poket itu di keluar. Mencari kenalan seseorang yang dia kehendaki sebelum melekapkan telefon itu di telinga. Apabila talian itu bersambung, Danish terus bersuara.
"Aku setuju."
Darwish yang lagi sibuk menyiapkan kerja di bilik kerjanya itu mengerut kening pelik. Setuju apaan pula ni?
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romansa✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)