Bab 14 - SISA RASA

14.2K 522 65
                                        

         TATAPAN sedih Danish berubah serta-merta ke tatapan tajam setelah mendengar permintaan Lydia keluarkan beberapa detik yang lalu. Pernafasannya juga terhenti buat sesaat. Tangannya yang memegang kedua belah pipi Lydia itu di jatuhkan ke bawah secara perlahan.

"Apa maksud kau, sayang?" Serius Intonasi suara Danish menyoal. Lydia pula tatkala melihat perubahan iris mata Danish, dia terasa ketar-ketir. Namun, dia cuba mengumpul keberanian untuk bersuara. Walhal keberaniannya itu hanya sehalus pasir pantai sahaja dia rasai.

"Sa... saya minta maaf. Mungkin... mungkin ini cara terbaik untuk awak dan say...."

"Save your words, sayang!" jerkah Danish tiba-tiba. Bahu Lydia terhinjut serentak. Matanya membulat luas kerana terkejut. Tidak sempat dia mahu menghabiskan ayatnya. Mengatakan bahawa dia dan Danish lebih baik berpisah daripada terus bersama.

"Dengar sini. Semenjak kau sah jadi isteri aku, perkataan lepaskan atau ceraikan kau sama sekali tak ada dalam hidup aku, sayang. Kau sendiri tanya aku yang aku ni sayang ke tidak dengan kau. Dan aku jawab ya. But why kau nak aku lepaskan kau? Kau saja je ke nak bagi aku ni merana di sebabkan cinta gila aku pada kau? Ha?" amarah Danish. Berombak kecil dadanya akibat mengatur pernafasan yang sesak itu.

"T... tak sayang. Bukan itu maksud saya."

"Then? Kenapa kau nak aku lepaskan kau?"

Diam. Tidak berbalas. Cuma angin kecil sahaja keluar serentak dari celahan bibir dan rongga hidungnya. Lydia memalingkan wajah ke lain. Sungguh, dia tidak tahu ingin membalas apa. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik sekarang ini. Bercelaru!

"Bagi aku sebab sayang, kenapa aku perlu lepaskan kau?" soal Danish sekian kalinya. Suara kini berubah seperti biasa. Bagi dia, tiada permintaan yang saja-saja melainkan ada sebab mengapa Lydia meminta dirinya di lepaskan. Dia pasti, setiap pemintaan akan ada sebabnya kenapa.

Lydia terdiam lagi untuk waktu yang sangat lama. Sekitar satu minit matanya melilau bagaikan tiada  penghujung. Jika dia beritahu yang dia tak boleh tahan dengan perangai cemburu Danish itu, agak-agak dia di marahi tak dengan Danish? Hmm...mudah-mudahan tidaklah, ya?

"Kalau saya bagitahu... awak marahkan saya?"

"Tergantung pada soalan."

Terkumat-kamit pula Lydia mahu bersuara lagi. Kalau dah balasan itu dia dengar, macam mana dia nak berlaku terus terang dengan Danish? Tambahan pula dengan riak wajah tegang suaminya itu pamerkan. Semakinlah buatkan dia takut nak terus terang.

"S... sebab... sebab..."

"Sebab kau dah muak dengan sikap kuat cemburu aku? Muak dengan perangai aku yang selalu marah bila kau dengan jantan lain? Muak dengan kasih sayang aku pada kau yang terlampau berlebihan? Is it, sayang? Hm?" Pantas Danish memotong. Lancar betul tebakan dia lontarkan kepada Lydia itu.

Lydia kematian kata. Terkunci rapat ulas bibir atas dan bawahnya. Terasa bibirnya itu seperti di lekatkan oleh gam yang sangat kuat.

Hairan. Bagaimana pula Danish dapat meneka semua apa yang berlegar di mindannya? Tebakan Danish itu adalah wajar belaka.

"I asking you, sayang. Jawab soalan aku. Jangan nak berdiam diri" paksa Danish. Dan tanpa dia sangka, dia menerima balasan anggukan kepala dari Lydia. Tanda mengiyakan tebakan yang dia haburkan tadi.

Kepala Danish mendongak ke atas seraya merengus kasar. Nampaknya tekaan dia itu benar. Ternyata Lydia muak dengan curahan cinta melampau dia. Tapi salah ke sebagai seorang suami ada perasaan cemburu terhadap isteri jika isteri itu berbual mesra dengan lelaki lain? Salah ke? Tidak, bukan?

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang