Bab 23 - SISA RASA

10.3K 376 167
                                        

BANGUNAN hospital separuh tinggi itu di tenungnya lama. Ya. Hari ini adalah hari pertama Lydia Marissa berkhidmat di sini. Bekerja di bawah abang iparnya sendiri. Alhamdulillah.... ini adalah satu pembukaan rezeki baru untuknya.

Bibir merah jambu Lydia naik membentuk senyuman membuatkan wajah jelitanya itu semakin naik serinya. Nafas di tarik lembut dan hembusnya perlahan.

"Bismillah." Dengan langkah kaki kanan, Lydia masuk ke ruangan lobi hospital setelah pintu automatik itu terbuka. Kaunter utama besar itu di tujunya.

"Lydia Marissa, right?" Belum sempat Lydia hendak membuka mulut, gadis bertudung shawl baby blue itu terlebih dahulu bersuara.

"Ya, saya." Lydia mengiyakan dengan senyuman setia terukir.

"Nice to meet you. Saya Tiqah Fauzana. Boleh panggil Tiqah atau Ana. Saya juga personal assistant doktor Darwish Hakimi" beritahu Tiqah mesra. Masing-masing tidak kalah membalas senyuman. Baik Lydia, baik Tiqah. Manis saja senyuman mereka pamerkan.

"Mari, saya tunjukkan bilik doktor Darwish Hakimi" ajak Tiqah seraya berjalan keluar dari kaunter itu. Langkah mula di majukan menuju ke bilik kerja Darwish. Di ikuti Lydia di belakangnya.

Setibanya mereka di hadapan pintu bilik yang tentera nama Darwish Hakimi itu, buku lima Tiqah naik mengetuk pintu.

"Come in!" Dapat sahaja keizinan orang dalam, pintu di kuak buka oleh Tiqah.

"Doktor, Puan Lydia Marissa dah sampai" beritahu Tiqah yang berada di muka pintu itu.

"Baik. Suruh dia masuk" suruh Darwish dan Tiqah mengangguk. Dia kemudiannya memalingkan wajah ke belakang dan memberi laluan buat Lydia.

"Puan boleh masuk" pelawa Tiqah.

"Thank you so much, Tiqah" ucap Lydia bersama lebaran senyuman.

"No problem!" Tiqah membuat jari bentuk 'ok' dengan sebelah mata di kenyitkan. Lydia ketawa geli hati melihat itu.

Usai sahaja pintu itu di tutup rapat oleh Tiqah, Lydia berjalan ke arah meja kerja Darwish.

Darwish sambut Lydia dengan senyuman tidak lekang di bibir. Cermin mata di buka.

"Dah sedia nak jalankan tugas dekat sini?" Pertanyaan Darwish ajukan itu membuat Lydia tersenyum sebelum kepala di angguk kecil.

"Lydia dah ready, abang."

"Good. Ini kunci bilik Lydia. Bilik ni adalah bilik khas abang sediakan untuk Lydia. Semua lengkap. Lydia tinggal duduk je. Also, jadual Lydia pun abang dah pin dekat papan kenyataan. Nanti tengok, ya?" Panjang Darwish berkata. Setiap bait kata yang dia susunkan itu, di fahami jelas oleh Lydia.

"Baik abang. Terima kasih."

Darwish mengangguk dengan senyuman sebagai balasan.

"By the way, abang. Danish dah tahu ke pasal Lydia dekat sini?"

"Tak. Abang tak bagitahu dia pun. Sebab abang tahu yang isteri kesayangan dia mesti nak buat suprise dekat suami, kan?" tutur Darwish sambil mengerak-gerakan sebelah keningnya. Tidak lupa juga senyuman senget dia tunjukkan itu. Nak mengusik adik ipar.

Lydia berdecit ketawa sambil senyum. Malu.

"Okeylah abang. Lydia masuk bilik dulu."

"Ya la. Baik-baik kerja. Tapi nanti pukul 10 datang bilik abang balik, ya? Abang nak bagi fail pesakit perempuan yang akan check in pukul 10 nanti. Abang nak Lydia uruskan dia. Boleh, kan?"

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang