Bab 31 : SISA RASA

3K 123 19
                                        

               IMRAN berjalan masuk ke dalam ruangan bilik kerjanya. Ke hulur-ke hilir dia berjalan. Betul ke apa dia dengar tadi? Lydia bakal lanjutkan rawatan suami dia di rumah?

"Makin susah plan macam ni. Tapi macam mana aku nak bagitahu paksu dengan mak lang pasal ni, eh?" fikir Imran di tengah ruangan bilik itu. Dia berasa susah hati yang melampau sekarang ini.

Ting!

Serentak dengan itu, telefon milik Imran bergetar kecil. Menandakan ada satu notifikasi naik. Objek itu di keluarkan dari poket seluar. Skrin besar yang bercahaya itu di lihatnya.

Aku nak jumpa kau bila kau balik kerja nanti.
[ Location ]
— Paksu.

Imran mengeluh kecil setelah sudah dia membaca mesej WhatsApp dari paksunya itu.

"Kalau jumpa nanti, nak bagitahu ke tak eh pasal ni? Nantikan naik hantu, aku pula kena hadap" omel Imran sambil bercekak pinggang.

"Bagitahu je la. At least aku tak sorok apa-apa rahsia dari dia." Imran menamatkan keputusannya sendiri. Report pesakit yang ingin di berikan kepada Darwish tadi di capai semula di atas meja. Keluar dari bilik dan menghayunkan langkah kembali ke bilik Darwish.





               LYDIA meletakkan kepalanya di bahu kanan Danish. Seraya memaut lengan suaminya lalu memeluknya erat. Mata pula lurus ke arah jendela. Melihat air hujan yang sudah turun membasahi bumi beberapa minit yang lalu.

"Awak, saya nak tanya awak sikit boleh?"

"Ya. Sure. Go on."

"Kenapa ya awak nak sambung rawatan ni dekat rumah? Dekat sini tak cukup bagus ke untuk awak? Saya rasa proses rawatan dekat sini semuanya okey tau?" Sejak di bilik Darwish lagi persoalan ini berlegar di fikiran Lydia.

"Kau tak sayang aku ke?" Lain di tanya, lain pula Danish menjawab.

Kepala Lydia terangkat dari bahu Danish. Berlawan mata dengan Danish tanpa memproseskan jawapan di kepala. Dia terlampau speechless dengan apa Danish katakan itu tadi.

Lima minit berlalu. Mata mereka masih bertautan.

"Kenapa diam?" Danish bersuara akhirnya.

"Kenapa anggap macam tu? Saya sayang awak la."

"Kau diam. Aku anggap je la macam tu" jawab Danish mendatar. Mudah jawapan dia berikan.

Lydia mendengus perlahan. Mendekatkan dirinya lebih rapat dengan Danish. Jari jemari lelaki itu di raih.

"Okey, okey. Saya sorry, okey? Saya cuma terlayan perasaan je tadi. Actually, saya tak kisah pun. Lagi pula saya dah signkan borang penjagaan luar awak tu? Mana boleh cancel lagi dah" tutur Lydia panjang.

"Apa maksud kau tak boleh cancel?" Terjongket naik sebelah kening Danish. Mengapa dia berasa lain dengan kata-kata isterinya itu?

Lydia membisu sejenak. Anak mata kekal memandang anak mata Danish. Dia pun berasa lain dengan ayat dia tuturkan sendiri tadi. Jelas benar dari ayat dia susunkan itu seperti terpaksa sahaja menandatangani surat kebenaran penjagaan luar suaminya.

"Kenapa diam? Ke kau ada scandal dekat luar?" Fikiran Danish mula tersasar ke arah lain. Tidak tahu kenapa. Tapi dia merasakan isterinya itu sesuatu sangat. Ke hanya perasan dia saja?

Liur di teguk kasar. Pandangan sisi Danish benar-benar membuat nafasnya tidak keruan. Namun dia cuba berlagak seakan tenang. Tidak mahu Danish tahu yang dia dalam ketakutan tika ini. Walhal tuduhan Danish itu sama sekali tidak benar.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang