BUNGKUSAN makanan itu diletakkan di atas meja pulau. Sementara menunggu suaminya turun ke bawah, ada baiknya dia mulakan masak terlebih dahulu.
Beberapa minit setelah itu, Danish turun dengan pakaian t-shirt biasa dan seluar separa lutut. Sebaik saja kakinya menjejak masuk ke ruang dapur, dapat dia lihat isterinya lagi tekun memasak tanpa hiraukan sekeliling.
Dia tersenyum sebelum menyusun langkah mendekati Lydia lalu tubuh wanita itu di peluk dari belakang.
"Sayang masak apa?"
Bahu Lydia terangkat kecil. Danish ni... selalu buat dia terkejut.
"Saya masak ikan siakap dan ayam goreng kunyit. Simple je untuk malam ni," jelas Lydia sambil tangannya ligat memotong lobak merah.
"Banyaknya. Untuk siapa? Kita berdua je, kan?" tanya Danish hairan.
Terdengar Lydia merengus kecil sebelum menggeleng. Hujung bibirnya turut terangkat membentuk senyuman tipis.
"Kan abang dengan kakak ipar awak nak datang malam ni? Mestilah kena masak lebih sikit."
Danish terdiam sebentar. Barulah dia teringat akan kedatangan abang dan kakak iparnya malam ini. Hampir sahaja dia terlupa.
Serentak itu, pandangan Danish tertancap pada bungkusan makanan di atas meja pulau.
"Sayang. Kau kata kau masak. Habis atas meja ni apa?" soal Danish dengan kening terangkat sebelah.
Lydia pusing belakang.
"Eh? Bukan awak punya ke? Saya ambil dekat luar tadi." Membulat kecil mata Lydia sambil berkata. Dia matikan api dapur dulu sebelum berjalan mendekati lelaki itu.
"Saya ingatkan awak order food delivery," sambung Lydia lagi. Masih hairan.
"Untuk apa aku nak order makanan sayang kalau isteri aku dah masak?" balas Danish.
"Habis... siapa punya? Takkan Abang Darwish hantar kut?"
Danish mula rasa tidak sedap hati. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Cuba melihat rakaman cctv depan rumahnya melalui telefon pintar.
Dari rakaman tersebut ada seorang individu berada di luar pagar. Full black. Wajah itu langsung tidak kelihatan. Nampak jelas yang dia meletakkan bungkusan di atas pagar rumahnya sebelum beredar begitu saja
Kalau nak kata penghantaran makanan, dia takkan tinggalkan makanan sesuka hati macam tu.
Hening sejenak di antara mereka. Lydia pandang Danish, Danish pandang Lydia. Kemudian itu, mata Danish beralih ke arah bungkusan makanan misteri di atas meja pulau.
"Buang." Hanya satu perkataan keluar daripada bibir Danish. Dingin. Tegang.
Lydia terkumat-kamit. Matanya berkedip beberapa kali, masih tidak memahami apa yang sedang berlaku.
"Dengar tak?" Kali ini, pandangan tajam Danish beralih tepat ke arahnya.
"Tapi, sayang... makanan tu..."
Belum sempat Lydia menghabiskan kata-katanya, Danish sudah mencapai bungkusan itu lalu mencampakkannya ke dalam tong sampah.
Lydia tergamam. Sayang... rezeki dibuang begitu sahaja.
"Sayang, kenapa sampai kena buang? Mana tahu tu makanan jiran yang tersalah hantar dekat rumah kita?" andaian Lydia.
Danish menggeleng perlahan.
"I don't think so. Lupakan saja pasal tu. Pergi sambung masak." Nada suaranya tegas. Tidak memberi ruang langsung untuk dibantah.
Lydia menelan liur. Entah kenapa, perubahan sikap Danish itu membuatkan dia berasa sedikit takut.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)