Bab 27 - SISA RASA

11.4K 346 47
                                        

TIDAK senang hati Intan yang sekarang ini berada di hadapan pintu wad kecemasan. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Rasa gelisah dia sememangnya tidak dapat di kawal. Bermacam-macam bayangan negatif tentang Lydia sedang berpawagam di mindanya tika ini.

"Eish! Kau ni Intan. Jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak?" Intan memarahi dirinya sendiri. Pipi sebelah kanan di tepuk-tepuknya kecil. Kekadang takut juga kalau bayangan dia bayangkan itu menjadi salah satu kenyataan.

Ya allah, minta jauhkan!

Bangku kerusi yang tersedia di tepi dinding itu melabuhkan punggungnya semula. Cuba tenangkan diri dengan beristigfar.

"Fikir yang baik-baik, Intan. Jangan fikir yang bukan-bukan" getus Intan menasihati diri sendiri pula. Sambil memejamkan mata dengan membuat tarikan nafas dan menghembusnya perlahan.

Seminit selepas itu, telefon pintar dalam genggamannya berdering. Lantas, telefon itu di angkat separuh dada. Menilit sesaat pada skrin sebelum menjawabnya.

"Assalamulaikum, abang" jawab Intan.

"Waalaikummussalam. Ha, sayang. Awak dekat mana ni? Abang tengok rumah ni kosong je? Lauk dekat atas dapur tu pun abang tengok tak tertutup tadi. Awak pergi mana ni?" soal Darwish bertubi-tubi di hujung panggilan itu.

"Ya ke, abang? Ya allah. Sorry. My bad. Saya tergesa-gesa gila tadi nak ke hospital. Habis segala benda saya lupa." Sebelah tangan Intan naik menepuk perlahan kepala sendiri. Cuai.

"Awak tergesa-gesa nak ke hospital? Buat apa? Awak sakit ke? Ya allah sekecil ni. Kenapa tak call abang terus? Bahaya lah drive dalam keadaan awak sakit, Intan Zulaikha" omel Darwish sambil bercekak pinggang. Kalau Intan balik daripada hospital sekejap lagi, siap sedialah wanita itu menadah telinga mendengar bebelannya.

"Ish bukan la, abang. Lydia. Dia pengsan tadi. Saya bawa dia pergi hospital. Sekarang dia dekat wad kecemasan." Intan membetulkan tanggapan suaminya.

"Allah! Ya ke?!" Terbuntang luas biji mata Darwish setelah mendengar kenyataan yang sebenar.

"Ya, abang. Saya tengah risau gila sekarang ni. Lydia sebenarnya daripada semalam lagi tau muntah-muntah. Saya ingatkan dia muntah sebab perut kosong. Itu yang saya suruh dia rehat je dalam bilik lepas makan malam semalam. Tak tahulah pula boleh jadi macam ni hari ni" ujar Intan yang sedaya upaya menahan sebak. Kalaulah malam semalam dia bawa Lydia ke klinik mesti takkan jadi seteruk ini.

"Hey, hey sayang. Bawa bertenang, okey? Inshaallah tak ada apa-apa. Awak jangan terlampau fikir yang bukan-bukan. Awak stay je dekat situ. Abang datang sekarang." Langkah mula di buka menuju ke pintu utama rumah. Mengunci kemas pintu itu sebelum berlari ke arah kereta yang terletak di bawah garaj.

Intan menjatuhkan telefonnya ke sisi usai menamatkan panggilan dengan suaminya. Sejurus itu, dia kembali bangun dari duduk.

Buk!

"Au!" Terdorong ke tepi tubuh Intan tatkala ada manusia tanpa mata melanggar dirinya dari arah tepi.

"Sorry." Selepas gerangan itu meminta maaf dengan menunduk-nunduk kepala, terus dia berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.

Kening Intan berkerut. Pelik. Apa pasal suara itu kepit semacam? Perempuan ke.... lelaki ni?

Tapi.... melihat dari cara pemakaian itu.... macam perempuan?

"Lawa jubah hitam dengan tudung hitam dia. Tapi pahal pakai macam tu? Siap pakai purdah lagi? Ada buat tahlil ke apa dalam hospital ni?" kata Intan sendirian dengan wajah berkerut-kerut melihat ke arah orang yang melanggarnya itu tadi dan kini sudah hilang di sebalik dinding.

SISA RASA [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang