Chapter 1

821 37 0
                                    

Ting ! Tong !

Fourth mengeliat kecil bila mendengar loceng apartemen nya berbunyi. Fourth menyelak selimut, melihat keadaan sekeliling yang sudah terang kerana cahaya matahari.

Senyap.

Mungkin orangnya sudah pergi.

Fourth kembali menyelubungi dirinya dengan selimut biru pekat. Dia mengiring kembali menutup mata. Rasa mengantuk menguasai dirinya.

Tiba-tiba bunyi telefonnya berdering menandakan ada orang call. Fourth mengabaikan call itu dan sambung tidur. Baru sahaja dia ingin memasuki alam mimpi, selimut ditarik dengan kasar membuatkan Fourth terkejut campur terpinga-pinga.

" Fourth ! Bangun ! " suara Gemini menjerit.

" Ahhhh.. Aku nak tidur lagi lah ! " Fourth terus mengambil selimut dan menyelubungi tubuhnya kembali.

" Bangun Fourth " Gemini merentap selimut itu dan selimut dicampak ke sembarangan tempat.

Fourth merungut bila selimutnya dicampak oleh Gemini.

" Bangun Fourth. Dah pukul 10 pagi ni. Nanti 11 pagi, aku ada kelas " Gemini menarik tangan Fourth, menyuruh Fourth bangun dari baring di atas katil.

" Alahhh.. P'Pond bagi aku MC selama tiga hari sebab kaki aku terseliuh ni. Inilah masa aku nak cukupkan tidur " rungut Fourth dengan mata yang separuh terbuka.

" Iya itu aku tahu tapi breakfast lah dulu. Nanti baru tidur balik " ajak Gemini, masih menarik-narik tangan Fourth menyuruh turun dari katil.

Fourth berdecit dan kembali berbaring dengan malas.

Gemini dengan kuat, menarik kembali tangan Fourth membuatkan Fourth terduduk di atas katil.

Fourth memandang Gemini dengan tajam, " Aku nak tidur "

" Breakfast dulu " pinta Gemini dengan wajah serius.

Fourth menghela nafas dan memandang tempat lain.

" Jom jom. Nanti perut kau masuk angin, tidak baik " Gemini terus memeluk Fourth dengan erat dan mendirikan Fourth.

Fourth berdiri sedikit terhuyung-hayang. Tidak dapat menstabilkan tubuh kerana kakinya berbalut dan masih sakit.

Gemini membantu Fourth berjalan keluar daripada bilik.

" Kenapa kau datang ? Tahu lah kau ada kunci kedua apartemen ini. Tapi jangan lah masuk sesukahati je " cebik Fourth dengan kerutan di dahi.

" Kenapa ? Kau tak suka aku datang ke ? " tanya Gemini, menarik kerusi untuk Fourth duduk.

Fourth perlahan-perlahan duduk di atas kerusi, " Tak lah. Bila masa aku cakap yang aku tak suka kau datang ? " tanya Fourth kembali. Dia merebahkan kepalanya di atas meja dan dia menutup matanya.

Gemini menyediakan bubur untuk Fourth manakala dirinya nasi goreng.

" Fourth ! " teriak Gemini, menghentak mangkuk di meja dengan kuat membuatkan Fourth terjaga dari tidur yang tidak sampai 2 minit.

Gemini ketawa melihat Fourth yang terpinga-pinga.

" Apa ni Gem ?! " teriak Fourth, tidak puas hati bila Gemini mengejutkannya sebegitu.

Gemini menggelengkan kepalanya. Dia menolak mangkuk bubur itu dan sudu diletakkan di dalam mangkuk.

" Makan " pinta Gemini dan dia duduk di hadapan Fourth.

Fourth menguis-nguis bubur itu dengan cebikan di bibir.

" Kenapa kau nasi goreng ? Aku bubur ? " tanya Fourth dengan nada tidak puas hati bila melihat makanan Gemini lebih menyelerakan berbanding makanannya.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now