Chapter 41

191 10 0
                                    

Fourth tengah menyiram pokok-pokok bunga manakala Front tengah menyapu halaman rumah. Mae Pui tiada di rumah. Mae Pui pergi ke rumah kawannya.

Fourth menjeling Front yang tengah mengumpulkan daun kering dan sampah dalam satu kumpulan. Tiba-tiba Fourth menyimbah tubuh Front dengan air yang keluar daripada paip getah yang panjang.

Front menjerit dan memandang ke belakang, memandang abang nya.

" Aih... Maaf lah Front. Air ni tak nak keluar. Phi tak sengaja " ucap Fourth dengan wajah yang bersalah.

Front hanya menjeling sahaja dan dia kembali menyambung kerja nya. Dia memasukkan semua sampah itu ke dalam plastik hitam.

Dan Fourth lagi sekali membasahi tubuh Front dengan air membuatkan Front menghadap Fourth.

" Aih phi.. Air tak boleh keluar lagi ke ? " tanya Front dengan kening terangkat bila melihat Fourth mengetuk-ngetuk paip getah tu.

Fourth menggaru rambutnya, " Entah lah Front. Bila phi nak siram pokok bunga, air dia tak keluar tapi bila siram Front, air nya keluar !! " Fourth terus menyirami adik perempuan nya dengan air yang deras keluar dari lubang paip getah itu.

" Phi !! " teriak Front dan dia ketawa. Dia berlari ke arah Fourth dan mahu merampas paip getah itu tapi Fourth berlari, menjauhkan paip getah itu daripada capaian tangan Front.

Front menarik baju Fourth dan dia mengambil paip getah itu. Gilirannya pula membasahi Fourth dan mereka berdua ketawa bersama-sama sambil bermain air di halaman rumah dengan gembira.

Tiba-tiba satu kereta Mercedes Benz warna hitam berhenti di luar pagar rumah membuatkan Front yang tengah ketawa, berhenti.

" Eh ? Ada orang datang lah " beritahu Front dengan senyuman di wajahnya.

" Siapa ? Mana ? " tanya Fourth, memandang sekeliling.

" Tu, kereta nya " Front menunjukkan satu kereta Mercedes Benz yang berhenti di hadapan pintu pagar yang tertutup rapat tetapi tidak berkunci.

Wajah Fourth terus menjadi kaku. Dia terus menghempaskan paip getah di atas rumput dengan kasar dan dia terus masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Front. Debaman pintu rumah sungguh kuat bila ditutup oleh Fourth membuatkan Front terkejut besar.

" Hmmm Hello " satu suara halus memasuki telinga Front.

" Iya ? " Front menutup kepala paip supaya air tidak berterusan mengalir keluar dari paip getah. Front mengemaskan rambutnya yang basah dan bajunya yang basah, dibetul kan.

Front menuju ke pagar dengan senyuman, " Maaf kalau penampilan saya macam ni. Ada sedikit kekacauan tadi. Siapa anda ? Ingin mencari siapa ? " tanya Front dengan sopan. Dia mengukirkan senyuman manis sambil memandang lelaki di hadapannya ini. Lelaki yang memakai jaket jeans dan bertopi hitam di kepalanya.

Gemini memandang Front dengan pandangan yang mendalam. Dia nampak dari dalam kereta yang Fourth dan Front bermain air dengan gembira. Senyuman lebar dan ketawa Fourth ketika bermain dengan Front membuatkannya merindukan kekasih nya itu.

Gemini berdeham, " Saya Gemini. Saya mahu jumpa Fourth. Ini rumah Fourth kan ? "

Mendengar nama Gemini, wajah Front menjadi kaku. Datar. Dia memandang Gemini dengan pandangan susah ditafsirkan.

" Bukan. Ini bukan rumah Fourth. Saya tak kenal siapa Fourth. Awak salah rumah. Saya mahu masuk dulu " Front mengunci pintu pagar dan dia melangkah ke arah pintu utama rumah. Dia baru tahu sebab kenapa Fourth terus masuk ke dalam rumah ketika nampak kereta Mercedes Benz itu. Rupanya, itu adalah kereta Gemini dan Fourth selalu berharap yang Gemini tidak mengetahui keberadaannya saat ini.

" Jangan nak menipu. Saya tahu ni rumah Fourth Nattawat Jirochtikul !! Saya nampak kalian bermain di luar tadi !! " marah Gemini, menaikkan suaranya membuatkan langkah Front terhenti. Pagar yang dikunci itu, dipegang lalu dia menggoncang pagar itu supaya dapat membuka kunci pagar tersebut.

Front menoleh ke arah Gemini dengan gelengan, " Maafkan saya P'Gemini tapi phi tak nak jumpa dengan P'Gemini waktu sekarang ini " ucap Front dengan sopan.

Gemini memandang wajah cantik Front. Dia yakin, perempuan di hadapannya saat ini mesti adik atau kakak kepada Fourth kerana wajah perempuan ini ada seakan Fourth. Dia rasa perempuan ini adik kepada Fourth kerana wajah perempuan ini terlihat muda.

" Saya nak jumpa dia sekarang ! " pinta Gemini dengan kasar. Dia mendengus kasar melihat Front menggelengkan kepalanya.

" Tak boleh. Maafkan saya. Phi tak nak jumpa P'Gemini. P'Gemini datang lain kali okay ? " kata Front dan dia tersenyum manis ke arah Gemini. Dia membuka pintu dan dia masuk ke dalam rumah, meninggalkan Gemini sendirian, berdiri di luar pagar.

Gemini terpegun. Senyuman Front itu membuatkannya mengingat senyuman kepada Fourth. Jantungnya berdenyut sakit bila matanya memandang atas, dia nampak satu sosok tubuh berada di sebalik langsir, seperti mengintai ke arahnya.

Dia yakin itu adalah Fourth. Gemini mengenggam tangan nya dan memandang sosok tubuh itu dengan tajam. Gemini terus masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta. Tidak mengapa, esok dia akan datang lagi untuk berjumpa dengan Fourth.

Ini Gemini. Apa yang dia mahu, semuanya dia akan dapatkan dengan cara apapun. Gemini terus memandu, pergi dari situ.

Front masuk ke dalam bilik Fourth dan melihat Fourth yang berdiri diam di tingkap.

" Phi okay ? " tanya Front membuatkan Fourth terkejut.

Fourth pandang ke arah Front dan dia tersenyum lalu mengangguk, " Terima kasih Front "

Front hanya memandang dengan sayu. Bukan niat dia ingin menghalau Gemini tetapi itu adalah permintaan Fourth. Fourth cakap, jika Gemini datang ke sini untuk mencari nya, cakap yang dia tidak mengenali Fourth ataupun apapun alasan yang nampak logik.

" Hmmm.. Front nak mandi dulu. Phi jangan lupa mandi. Jangan pakai baju basah-basah. Nanti phi sakit " pesan Front dan Fourth hanya menjawap dengan gumaman perlahan.

Front menghela nafas dan menutup pintu bilik tidur Fourth. Dia terus memasuki bilik nya yang hanya bersebelahan dengan bilik Fourth.

Fourth masih memandang ke luar tingkap tanpa bergerak dari situ. Dia harap sangat, kalau Gemini datang kembali ke sini, Gemini tidak melakukan sesuatu di luar batasan.

Fourth mengeluh dan dia mencapai tuala nya. Dia terus masuk ke dalam bilik air, mahu mandi untuk menenangkan fikirannya yang kacau kerana kehadiran Gemini di hadapan rumahnya.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now