Fourth menjeling Gemini yang tenang memandu di sebelahnya. Kedua tangannya diramas-ramas perlahan.
" Kenapa ? Fourth nak tanya apa-apa ke ? " tanya Gemini, memusingkan stereng keretanya.
Fourth diam, " Kenapa bukan Mae Ning ? " tanya Fourth, perlahan.
Gemini menghela nafas perlahan, " Hmmm.. Sebenarnya, pho Gem kahwin 4 kali. Satu dengan mae tapi mae dan pho bercerai sebab tahu pho curang. Pho kahwin dengan Mae Pang tapi Mae Pang meninggal sebab kanser jantung. Lepas tu pho kahwin dengan Mae Yen, ni mae ketiga tapi Mae Yen ni materialistik, mata duitan. Tak sampai 5 bulan, pho ceraikan Mae Yen and now, Mae Pai. Mae Pai yang tadi Fourth nampak kat rumah tu. Harap Mae Pai dan pho berkekalan " bagitahu Gemini panjang lebar. Dia membentuk-bentukkan bibirnya.
Fourth terdiam mendengar latar belakang keluarga Gemini. Fourth menganggukkan kepalanya.
" Gem masih untung ada mae dan pho. Fourth just ada mae je. Pho Fourth dah meninggal 5 tahun lepas " luah Fourth sambil mengenggam tangannya.
Gemini memandang Fourth sekilas dan senyum nipis. Gemini memegang tangan Fourth dengan erat, seperti memberikan semangat dekat Fourth untuk menjalani hidup.
Fourth meramas-ramas tangan Gemini dan dia mengucup punggung tangan Gemini dengan lembut.
Masa itu telefon Gemini berdering. Gemini memandang telefonnya yang berada di atas dashboard kereta.
" Fourth, tengokkan siapa yang call " pinta Gemini sambil fokus melihat jalanan di hadapannya.
Fourth mengambil telefon Gemini dan melihat siapa yang call. Nama Pond timbul di permukaan skrin. Tanpa membuang masa, Fourth terus mengangkat call tersebut.
" Hai P'Pond. Apa khabar ? " tanya Fourth dengan nada ceria. Sudah lama dia tidak mendengar berjumpa dengan Pond sejak Pond berkahwin.
Gemini hanya menjeling sahaja bila mengetahui Pond yang call dia. Tertanya-tanya juga sebab apa Pond call dia.
Diam....
Muka Fourth dah berubah, " Keadaan P'Phuwin macam mana ? " tanya Fourth dengan resah.
Gemini terus memandang Fourth bila mendengar nama Phuwin. Apa yang terjadi dengan Phuwin ?
" Baiklah. Okay, okay. Kami akan datang " kata Fourth dan terus meletakkan kembali telefon Gemini di atas dashboard kereta selepas call dimatikan.
" Gem, cepat ke hospital P'Pond. P'Phuwin pengsan dari malam semalam sampai sekarang ni, belum bangun-bangun " beritahu Fourth dengan nada risau.
Gemini memandang Fourth dengan mata membesar, " Are you fucking seriously ?! "
" Yes Gem ! Faster ! " pinta Fourth dengan nada sedikit meninggi.
Gemini terus memecut laju keretanya ke arah hospital Pond untuk melihat keadaan Phuwin. Dia risau dengan Phuwin kerana dia mengetahui yang Phuwin kebelakangan ini banyak melamun dan Phuwin sedikit aneh, seperti ketakutan tetapi dia tidak masuk campur kerana dia fikir Phuwin ada masalah dengan Pond tapi bila mengetahui Phuwin memasuki hospital hari ini, dia tidak yakin yang Phuwin bergaduh dengan Pond. Takkan Pond pukul Phuwin ? Tak mungkin !
Gemini yakin mesti ada kisah di sebaliknya.
Sampai sahaja Gemini dan Fourth di hospital, mereka terus berlari ke arah kaunter. Mereka menanyakan wad pesakit yang bernama Phuwin Tangsakyuen. Selepas nurse itu memberitahu wad yang diduduki Phuwin, Gemini dan Fourth pergi dari situ selepas mengucapkan terima kasih. Selepas jumpa pintu wad tersebut, Gemini dan Fourth terus masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu membuatkan Pond yang duduk di sebelah katil Phuwin terkejut besar.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...