Chapter 15

271 19 0
                                    

Gemini dan Fourth berjalan di sebuah taman kecil yang rumputnya amat menghijau sekali. Terdapat pokok rendang di situ. Pokoknya lebat dan hijau membuatkan keadaan bawah pokok redup apatah lagi waktu sekarang ini mendung dan berangin. Seperti mahu hujan.

Fourth memandang Gemini, " Kita duduk kat sini dulu nak ? "

" Buat apa ? "

" Menghabiskan masa. Lagipun ada sesuatu yang aku nak tanya kau. Aku tak faham " Fourth terus mengambil tempat duduk di bawah pokok tersebut dan mengeluarkan sebuah buku kimia dan membuka muka surat yang dimaksudkannya.

" Yang mana ? " tanya Gemini dan duduk di sebelah Fourth yang duduk di bawah pokok.

" Ni " Fourth menunjukkan soalan kimia yang dia tidak faham.

" Ohh.. Senang je ni. Dengar betul-betul okay ? " Gemini mengambil pensil mekanikal dari tangan Fourth dan menunjukkan jalan penyelesaiannya. Satu pengiraan yang menggunakan formula yang cukup mengelirukan. Gemini tersenyum dan menunjukkan satu-persatu penyelesaiannya.

Fourth tersengih bila Gemini menghulurkan semula pensil mekanikal kepadanya. Dia kembali melihat satu-persatu langkah yang dilakarkan Gemini di buku itu untuknya.

" Fourth? "

Fourth masih khyusuk memahami formulanya. Dia mengabaikan Gemini sementara.

" Esok aku tak ada " bagitahu Gemini dengan suara yang rendah. Serentak itu, angin dingin menerpa tubuh mereka membuatkan beberapa daun gugur dan mengenai mereka yang berada di bawah pokok.

" Okay " balas Fourth acuh tak acuh. Terselit rasa sedih, kecewa, merajuk dan marah dengan sikapnya itu yang seolah-olah mahu menjauhkan diri darinya. Hari ini baru pulang selepas berpisah dengannya selama seminggu dan esok terpaksa berpisah dengannya lagi. Mulut Fourth termuncung.

Gemini mencubit pipi pink milik Fourth. Fourth dengan pantas, menepis tangan Gemini yang menarik pipinya.

" Kau dengar ke tak ni ? " tanya Gemini dengan dahi yang berkerut. Suara Gemini sedikit menaik satu oktaf membuatkan Fourth terdiam.

Fourth melihat wajah Gemini. Wajah Gemini kelihatan kepenatan. Mesti Gemini penat menguruskan assignment  dan perlu pergi ke sana-sini kerana kerja universiti.

" Kenapa kau naikkan suara kau dekat aku ? " tanya Fourth dengan perlahan. Bucu buku kimia itu disentuh lembut. Wajahnya muram.

Gemini tersedar dari emosinya. Dia tak sepatutnya menaikkan suara dekat Fourth. Dia tidak berniat. Dia rasa sedikit stres. Mungkin nanti Love akan menganggunya dengan banyak miss call dan dia tidak dapat melihat senyuman Fourth. Mesti dia akan merindukan Fourth selama seminggu itu. Disebabkan dia memikirkan itu, emosi nya menjadi tidak menentu membuatkannya menaikkan suara dekat Fourth dan itu membuatkan Fourth sedikit kecil hati, berjauh hati dengannya yang seperti mahu memarahi Fourth.

" I'm sorry Fourth. Terribly sorry. Bukan niat aku nak tinggikan suara kat kau. Maaf " Gemini memegang kedua tangan Fourth dan mengenggam dengan erat.

Fourth hanya mengangguk kecil.

" Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi ? " tanya Gemini sambil mengusap pipi pink milik Fourth.

" Dengar. Kau baru balik dan esok kau tak ada lagi. Takkan aku nak halang kau pergi ? Sebab ni tugasan universiti kau. So, I said okay ! It's okay. I'm understand you " rungut Fourth tidak puas hati. Buku kimia di pangkuannya, ditutup dan kembali dimasukkan ke dalam tas ransel nya yang warna biru cair itu.

Gemini pandang Fourth. Wajah kacak Gemini juga menunjukkan yang dia tidak berpuas hati dengan kata-kata sindiran Fourth itu.

Hening. Hanya menyepikan diri. Gemini melihat ke hadapan. Mungkin melamun manakala Fourth memandang sekeliling yang semakin gelap.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now