Gemini menggalas beg kulit hitam di bahunya. Dia menolak pagar besi rumah mewah 3 tingkat itu dan dia membuka pintu berwarna putih susu tersebut yang dihiasi tombol pintu berwarna emas.
" Eh Gem sayang.. Kenapa pulang tak bagitahu mae ? " tanya Mae Ning yang duduk di sofa dengan majalah di pangkuannya.
Gemini memandang Mae Ning dengan wajah yang sayu. Dia duduk di sebelah Mae Ning.
" Maeeee.... " panggil Gemini panjang.
Mae Ning mengerutkan dahinya, " Kenapa ni ? Ada masalah ke ? " tanya Mae Ning, menutup majalah lalu majalah itu diletakkan di meja kopi. Dia duduk menghadap ke arah Gemini.
Bibir kissable Gemini melengkung ke bawah. Perasaan sebak memenuhi dadanya bila mendengar pertanyaan Mae Ning itu. Setitis air mata Gemini jatuh di pipi membuatkan Mae Ning terkejut.
" Awww kenapa ni sayang ? " tanya Mae Ning, mengusap titisan jernih di pipi cengkung Gemini.
" Mae.. Fourth.. Fourth.. Fourth dah tak nak dengan Gemm... " esak Gemini dan dia menangis di situ.
Mae Ning terus menarik Gemini ke dalam dakapannya. Dia mengelus lembut belakang Gemini, " Apa maksud kamu, sayang ? "
Gemini menolak perlahan tubuh mungil ibunya dan Mae Ning merenggangkan pelukannya terhadap Gemini.
" Cerita dekat mae. Apa yang terjadi " pinta Mae Ning dengan lembut. Dia memegang kedua tangan kasar Gemini dan mengenggam dengan erat, menyalurkan semangat untuk Gemini bercerita masalah. Dia mengetahui hubungan Gemini dan Fourth kerana Gemini pernah memberitahunya. Dia tidak peduli kalau Gemini menyukai lelaki. Yang penting seseorang yang Gemini menyukai itu boleh membuatkan Gemini bahagia.
Gemini tersedu-sedu di hadapan Mae Ning, " Fourth dah tak nak Gem.... " ucap Gemini dan dia menceritakan apa yang terjadi semalam. Dia menangis teresak-esak.
Mae Ning mengemam bibirnya selepas mendengar cerita anak nya itu. Perasaan sakit yang ditanggung Gemini dirasai oleh nya juga.
" Gem sayang.. Dengar sini.. " Mae Ning memegang kedua pipi cengkung Gemini. Ibu jarinya mengusap kulit pipi yang dibasahi oleh air mata.
" Ketika ada cinta, maka ada harapan, begitu juga dengan kekecewaan. Kamu perlu bersedia untuk merasakan itu. Kesakitan itu akan beransur pergi dengan perlahan-perlahan. Kamu hanya bersabar. Mungkin kamu tidak dapat bersama Fourth tetapi mungkin, di masa akan datang, ada seseorang yang boleh menggantikan Fourth "
" Tapi mae, Gem cintakan Fourth. Gem sayang Fourth. Fourth sorang je yang berada di hati Gem saat ini. Gem tak boleh mencintai orang lain. Tiada sesiapa yang boleh menggantikan Fourth. Gem nak Fourth.. Gem tak nak kahwin dengan Love. Gem tak cintakan Love, mae " luah Gemini sambil menunjuk ke arah dadanya.
Mae Ning menghela nafas panjang, " Bagaimana kalau mae cakap macam ni. Mungkin Gem dan Fourth tak bersama saat ini tetapi kamu berdua bersama di masa hadapan ? " tanya Mae Ning dengan senyuman.
Gemini memandang Mae Ning dengan mata membulat, " Apakah itu boleh terjadi ? "
Mae Ning mengangkat kedua bahunya, " Mungkin boleh dan mungkin tidak. Mae tak tahu. Mae tak boleh melihat masa hadapan tetapi mae dapat merasakannya. Instinct. Tetapi takdir boleh berubah bila-bila masa sahaja ketika kita berusaha " ucap Mae Ning dan dia mengusap air mata di kedua pipi Gemini.
Gemini diam.
" Jangan berputus asa, sayang. Mae yakin, Fourth memilih siapa tu ? Mark Pakin ? "
Gemini mengangguk.
" Haa.. Mungkin Fourth memilih Mark Pakin itu kerana dia stres kerana kalian menekan nya. Seseorang itu akan berubah kerana cinta. Kadangkala, cinta ini membuat kita menjadi bodoh dan adakalanya, cinta ini membuatkan kita menjadi raja yang menguasai dunia orang yang kita cintai " sambung Mae Ning lagi dengan lembut.
" Jadinya, jangan berputus asa okay ? Hanya tunggu dan lakukan apapun yang termampu untuk menggapai Fourth kembali, okay sayang ? "
Gemini mengangguk lemah.
Mae Ning senyum dan dia mendepangkan kedua tangannya di hadapan Gemini.
Gemini terus memeluk Mae Ning dengan erat, " Terima kasih mae. Gem sayang dengan mae " ucap Gemini dengan suaranya yang serak. Dia menenggelamkan wajahnya di bahu Mae Ning.
Mae Ning senyum dan dia mengucup kepala Gemini. Mae Ning memeluk anak nya dengan ketat.
" Anak mae belum besar rupanya.. hmmm bayi besar ? " gurau Mae Ning sambil menggosok-gosok tubuh belakang Gemini dengan penuh kasih sayang.
Gemini ketawa kecil dan dia menggeselkan pipinya di bahu sempit ibunya. Beban di bahunya sedikit terangkat bila meluahkan dekat Mae Ning. Hatinya mulai tenang.
Mark Pakin menolak daun pintu bilik dan terpapar satu bilik kosong di hadapan mata Fourth.
" Mulai sekarang, awak akan duduk serumah dengan saya " ucap Mark Pakin dengan senyuman di bibirnya.
Fourth menoleh ke arah Mark Pakin dan dia mengukirkan senyuman hambar, " Terima kasih kerana mengambil berat dekat aku "
Mark Pakin ketawa kecil, " Tidak mengapa. Awak boyfriend saya. Saya mahu melihat awak setiap hari di hadapan mata saya. Saya tidak mahu awak sendirian. Saya tidak mahu ada apa-apa terjadi dekat awak "
Fourth mengangguk, " Baiklah. Terima kasih lagi sekali P'Mark "
Mark Pakin senyum manis dan menganggukkan kepalanya.
" Aku masuk dulu " Fourth masuk ke dalam bilik itu dan terus menutup pintu bilik tersebut tanpa membenarkan Mark Pakin mengucapkan apa-apa.
Mark Pakin diam bila pintu dihempas di hadapan hidung nya. Mark Pakin menghela nafasnya lalu dia pergi dari situ, meninggalkan bilik tersebut.
Fourth menyandarkan tubuhnya di pintu dan dia perlahan-perlahan terduduk dengan dada yang terasa sesak.
Dia tidak tahu mengapa dia merasakan sesak di dalam bilik ini dasarkan bilik ini luas. Di pandangan matanya, bilik ini sungguh kelihatan sempit dan kurang oksigen membuatkan dia seperti tidak dapat bernafas.
Dia tidak mahu duduk di sini tetapi dia tidak mahu mengecewakan Mark Pakin. Mark Pakin yang menyuruh dia duduk di sini dan dia hanya mengikuti sahaja kerana dia adalah kekasih kepada Mark Pakin.
Fourth memegang dadanya yang sesak dengan rasa sakit. Dia merapatkan lututnya di dadanya. Kedua biji mata coklat gelap miliknya berkaca-kaca.
Dia merindukan Gemini. Dia ingin melihat wajah Gemini saat ini. Dia mahukan kehangatan Gemini untuk meredakan kedinginan yang menyapa tubuhnya. Dia inginkan pujukan Gemini untuk menghilangkan perasaan sedih di dalam hatinya. Dia inginkan ketawa Gemini untuk menghilangkan stres yang berada di jiwanya saat ini. Dia merasa sedih. Dia sangat-sangat merindukan Gemini. Setitis air matanya jatuh di pipi.
" Gem... " ucap Fourth dan dia menenggelamkan wajahnya di lipatan tangannya. Nama itu disebutkan dengan satu nafas sahaja seperti perasaan rindu itu boleh menghilang bila dia menyebut nama Gemini.
" Fourth.. merindukan Gem... Fourth cintakan Gem.. hisk.. " Fourth mulai menangis bila fikirannya menggamit kenangan manis dia dengan Gemini.
Perasaan cinta dan sakit ini membuatkannya sungguh lemah sekali. Bilik itu dipenuhi dengan esakan kecil milik Fourth yang sangat-sangat merindukan Gemini.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...