Chapter 28

215 18 0
                                    

Gemini memegang tangan Fourth dan mereka masuk ke dalam rumah dalam keadaan senyap.

Fourth memandang sekeliling yang sunyi. Cahaya di rumah ini samar-samar sahaja memandangkan sekarang ini sudah pukul 12 tengah malam.

" Fourth tidur sama dengan Gem tau " kata Gemini sambil berjalan.

" Hmm " gumam Fourth, mengangguk. Tidak banyak cakap.

Gemini memasuki lif yang berada di banglo 4 tingkat ini bersama Fourth dan pintu lif tertutup bila Gemini menekan butang nombor 4.

Lif bergerak. Gemini dan Fourth hanya diam sahaja. Sebenarnya, Fourth terpegun melihat keadaan banglo milik Gemini. Sungguh cantik sekali.

Ting ! Pintu lif terbuka dan mereka sama-sama keluar. Gemini terus membuka pintu yang ditutupi oleh langsir hitam pekat dan dia masuk sambil menarik tangan Fourth.

Fourth masuk ke dalam bilik Gemini dan dia terpegun melihat keadaan bilik Gemini. Walaupun perhiasannya simple tapi ia cukup elegan dan klasik. Kebanyakan perabot seperti dari Perancis. Fourth menghela nafas dan menurunkan tas ransel nya di atas kerusi yang berada di tidak jauh tempatnya berdiri. Dengan pantas, dia merebahkan badannya di atas katil Gemini. Tubuhnya sedikit terlantun-lantun bila dia menghempaskam dirinya dekat katil empuk tersebut.

Gemini duduk di kerusi sambil mendongakkan wajahnya. Gemini menutup mata sambil menghela kan nafasnya, perlahan.

Fourth mengiring dan mengalaskan kepalanya dengan lengannya. Dia memandang Gemini dengan senyuman, " Gem, maafkan saya kalau saya menyusahkan awak. Terima kasih " ucap Fourth dengan lembut.

Gemini buka matanya dan dia senyum manis. Dia bangun dan duduk di birai katil, " Tak apa. Saya okay je " balas Gemini sambil mengusap-usap kepala Fourth.

Fourth senyum dan bangun. Dia memeluk pinggang Gemini dan kepala diletakkan di dada Gemini. Dia menggeselkan kepalanya di dada Gemini dan menutup matanya dengan senyuman di bibir. Nyaman bila berada di dekat Gemini. Hilang segala ketakutan dan kemarahannya terhadap pakcik banduan itu.

Gemini mengucup kepala Fourth dan menepuk-nepuk lembut bahu Fourth. Hatinya berbunga riang bila Fourth bermanja dengannya.










Fourth keluar daripada bilik mandi yang memang sudah tersedia di bilik tidur Gemini. Dia hanya memakai hoodie milik Gemini berwarna hitam dan seluar pendek separas paha. Badannya yang selama ini berbau Dior, terus berbau Gucci Guilty.

Fourth melihat jam di dinding. Sudah pukul 7 pagi. Fourth menaiki atas katil dan menepuk lembut bahu Gemini.

" Gem, Gem, bangun. Hantar Fourth balik " kata Fourth dan dia mengucup lembut kedua kelopak mata Gemini sebagai morning kiss.

Gemini mengeliat dan menggosok-gosok kedua matanya. Wajah Fourth yang kabur semakin jelas di matanya. Dia senyum dan menadik wajah Fourth. Dia mengucup lembut kedua pipi Fourth yang berwarna pink.

" Morning Gem " ucap Fourth dengan senyuman manja.

" Morning " balas Gemini dan bangun daripada tidur. Dia mengambil telefonnya dan melihat jam. Pukul 7:05. Gemini mencampakkan telefon ke atas katil dan termenung seketika. Mengumpulkan semua nyawanya.

" Fourth tak exam ke hari ni ? " tanya Gemini, turun dari katil.

Fourth menggelengkan kepala, " Tak.. Fourth minta cuti daripada cikgu. Doktor pun bagi Fourth MC sehari " bagitahu Fourth dengan ringkas. Dia memegang plaster  yang tertampal di lehernya.

" Okay. Fourth tunggu jap tau. Gem nak mandi ni. Nanti kita turun, breakfast " pinta Gemini dengan senyuman nipis. Dia mengusap pipi Fourth dan terus masuk ke dalam bilik mandi selepas menyambar tuala.

Fourth baring di atas katil sambil menutup matanya. Tiba-tiba telefon Gemini berdering dan menganggu ketenangan Fourth. Fourth mengambil telefon Gemini itu dan melihat siapa yang call Gemini pagi-pagi begini. Wajah Fourth terus berubah bila melihat nama Love muncul di skrin.

Fourth menelan salivanya. Dia memandang pintu bilik mandi yang masih tertutup dan memandang skrin telefon yang masih berdering kuat. Fourth menarik nafasnya dan dia menjawap panggilan itu. Skrin telefon Gemini dilekatkan di telinganya.

" Morning Gemini. What are you doing right now ? Do you have a breakfast ? You know what, I really really miss you " ucap Love di seberang sana dengan gembira.

Jantung Fourth seperti berhenti bekerja bila mendengar kata-kata rindu dadi mulut Love. Hatinya diramas kuat, sakit. Dia mengenggam erat telefon Gemini, menahan kesakitan yang mulai menjalar di hatinya.

" Hey Gemini ? Are you there ? " Love menegur Gemini dengan suara yang agak perlahan.

" Hmmmmm... " gumam Fourth panjang, " Maafkan saya, Love. Gem tengah mandi "

Diam....

" Fourth ke ni ? " tanya Love selepas lama mendiamkan diri.

" Ye saya " balas Fourth laju.

" Awak dekat mana ? Macam mana telefon Gemini boleh ada dengan awak ? "

Fourth mengetap bibirnya, " Saya dekat rumah keluarga Gem. Gem tengah mandi jadinya saya jawap call ni "

Love mendengus, " Awak tidak belajar ke ? Jangan menyentuh barang pribadi seseorang itu tanpa keizinan darinya " bentak Love seperti dalam keadaan marah. Hatinya resah bila mengetahui Fourth bersama Gemini. Dia dapat merasakan sesuatu tetapi ia tidak pastikannya....

Terenjut badan Fourth bila suara Love memasuki gegendang telinganya, " Bukan macam tu tapi Gem yang sudah bagi keizinan "

Terus terdiam Love mendengar balasan Fourth itu. Hatinya pecah bila mengetahui Gemini lebih menyayangi Fourth berbanding dirinya. Kalau dia ingin menyentuh barang-barang Gemini, Gemini akan memarahinya tetapi kalau Fourth, kenapa Gemini memberi keizinan ? Kenapa ? Apakah sebab Fourth lelaki ? Banyak sahaja di dalam dunia ini lelaki tidak menyukai seseorang itu menyentuh barangan peribadi nya walaupun seseorang itu adalah lelaki.

Love berdeham perlahan, " Nanti cakap dengan Gemini, call  saya balik " pinta Love dengan suara datar.

" O... " tak sempat Fourth nak habiskan perkataan 'okay' nya itu, Love sudah mematikan panggilan.

Fourth melihat datar skrin telefon Gemini yang gelap. Perasaannya bercampur-baur saat ini. Apa hubungan Gemini dan Love ? Kenapa Love kelihatan sungguh rapat dengan Gemini ? Apakah mereka kawan daripada kecil ?

Hati Fourth bersalut cemburu secara tiba-tiba. Dia terus meletakkan telefon Gemini di atas katil bila Gemini sudah keluar daripada bilik mandi. Gemini hanya memakai seluar track warna hitam berjalur putih panjang di sisi dengan t-shirt putih yang tertulis Divine di belakang nya.

" Jom turun " ajak Gemini, mengajak Fourth turun. Bila dia melihat pakaian Fourth, wajah Gemini sedikit berubah. Menjadi sedikit serius.

" Fourth.. Tukar seluar " pinta Gemini tegas. Dia melihat seluar Fourth itu terlalu pendek. Paras atas paha. Nampak kaki Fourth yang putih bersih. Dia tidak mahu sesiapa nampak penampilan seksi Fourth. Hanya dia seorang sahaja yang boleh melihatnya.

" Kenapa ? " tanya Fourth kebingungan.

" Tukar. Jangan banyak tanya. Hmm.. Ambil seluar ni " Gemini memberikan satu seluar jeans hitam dan longgar dekat Fourth.

Fourth tidak mahu Gemini marah, terus mengambil seluar itu dan memasuki bilik mandi.

Gemini hanya melihat sahaja Fourth masuk ke dalam bilik mandi dengan senyuman kemenangan muncul di bibirnya. Puas bila Fourth mengikut kata-katanya.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now