Chapter 54

200 13 0
                                    

Sebulan kemudian...

Fourth tengah menyiram bunga yang tertanam di sekeliling rumah Mark Pakin. Wajahnya pucat dan muram. Ada lingkaran hitam berada di bawah matanya. Bibir itu kering dan merekah. Tubuh yang selalu berdiri tegak, sudah menjadi bengkok, tidak bersemangat. Tiada ketawa atau senyuman yang menemani hidup nya. Hanya kesedihan sahaja.

Dia mengambil keputusan untuk tinggal dengan Mark Pakin supaya dia boleh melupakan Gemini tetapi kenapa wajah Gemini tidak boleh pergi dari fikirannya walaupun hanya sedetik ? Dia selalu memikirkan tentang Gemini. Apakah Gemini sudah makan ? Gemini tengah buat apa ? Apakah Gemini sudah tidur ? Sudah sebulan tiada kiriman gula-gula dari Gemini. Gemini pergi mana ?

Dia masih sayangkan Gemini. Selama sebulan di rumah Mark Pakin, dia terasa terseksa. Sempit seperti tiada oksigen di dalam rumah itu lagi-lagi bila Mark Pakin cuba bermanja dengannya.

Dia mahu melupakan Gemini tetapi tidak boleh. Wajah Gemini melekat di otak nya membuatkan dia susah mahu membuang nya. Kenapa dia perlu jatuh cinta sebegitu dalam dekat Gemini ?

Setitis air mata Fourth jatuh di pipinya. Cepat-cepat Fourth mengesat air mata dengan jantung yang berdegup perlahan, tidak hangat.

" Gem... Fourth rindukan Gem... " luah Fourth dan dia menangis di situ. Dia teresak-esak sambil menutup mukanya dan tapak tangan kanannya. Perasaan sedih sungguh besar sekali sampaikan dia rasa dia tidak dapat menanggung nya sendirian. Ini sungguh sakit sekali.

Tanpa Fourth sedari, Mark Pakin yang berdiri di belakang dinding, mendengar Fourth mengucapkan kerinduannya terhadap Gemini bersama tangisan. Hatinya pecah mendengar itu. Apakah Fourth masih mencintai Gemini ?

Bila dia mendengar sudah tiada bunyi esakan dari Fourth, Mark Pakin keluar daripada situ.

" Fourth tengah buat apa ? " tanya Mark Pakin sambil memeluk pinggang Fourth daripada belakang.

Fourth terkejut. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang masih membasahi pipinya supaya Mark Pakin tidak nampak tetapi Mark Pakin sudah melihatnya dengan jelas.

" Kenapa menangis ? " tanya Mark Pakin, pura-pura tidak tahu apa-apa.

Fourth senyum pahit dan menggeleng, " Tidak. Mata hanya gatal sahaja " beritahu Fourth dengan suaranya yang serak .

Mark Pakin menganggukkan kepalanya. Dia mengucup tengkuk Fourth dengan lembut.

Fourth diam sahaja. Jantungnya berdegup dengan laju bila merasakan kucupan-kucupan yang diberikan Mark Pakin di lehernya. Kenapa rasa hangat yang Mark Pakin berikan kepadanya tidak sehangat yang diberikan oleh Gemini ?

" Fourth.. Apakah saya boleh... " tangan Mark Pakin menyentuh bibir Fourth lalu menuju ke leher. Tangannya turun ke dada dan jatuh di bahagian bawah berhampiran kelelakian kepunyaan Fourth.

Fourth memejamkan matanya dan dia menghela nafasnya, " Maafkan saya, phi tapi saya tidak bersedia lagi " ucap Fourth dengan perlahan. Dia memandang bunga yang bertumbuh mekar itu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Dia tidak mahu melakukan hubungan intim dengan Mark Pakin. Dia tiada perasaan apa-apa dekat Mark Pakin. Dia tidak mahu, semasa Mark Pakin melakukan persetubuhan dengannya, dia membayangkan muka Gemini. Dia bukan lah seperti itu. Dia belum bersedia mahu berkongsi semua barang dengan Mark Pakin termasuk badan dan hatinya.

Mark Pakin terdiam. Dia menghelakan nafasnya, " Fourth.. Saya sudah memikirkannya dengan betul -

" Hmm ? Memikirkan apa ? " tanya Fourth tanpa sempat Mark Pakin menghabiskan percakapannya.

" Saya mahu bernikah dengan awak " ucap Mark Pakin lembut di telinga Fourth.

Mata Fourth terbeliak besar. Jantungnya berdegup dengan laju, " What ?! "  tangan Mark Pakin yang melingkari perutnya, ditepis kasar. Dia berdiri berhadapan dengan Mark Pakin yang kelihatan terkejut memdengar teriakannya itu.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now