Chapter 8

315 23 0
                                    

Dahinya berkerut. Wajahnya sungguh serius sekali. Gemini berhati-hati melakukan pelatihan pembedahan di dalam labotarium.

Satu jam kemudian, latihan pembedahan selesai. Gemini menghela nafas, kepenatan dan membuka sarung tangan getah warna putih yang selalu dipakai oleh doktor. Sarung tangan itu dibuang di tong sampah.

" Kelas sudah selesai. Sebelum keluar, sila basuh tangan bersih-bersih " pesan Dr.Albert dan dia mengakhiri kelas.

Gemini terus membuka mask di wajahnya dan menuju ke arah singki. Dia membasuh tangannya. Selepas selesai membasuh tangan, Gemini membuka kot doktor yang dipakainya dan memasukkan kot itu ke dalam beg nya. Gemini terus keluar daripada labotarium dan menuju ke kelasnya.

Gemini duduk sendirian di dalam kelas. Kelas kosong. Sunyi sepi. Hanya dia seorang sahaja. Dia mahu menyiapkan assignment ini. Dia malas mahu membuat di rumah. Jam di pergelangan tangan, dilihat. Sudah pukul 12 tengah hari. Waktu lunch tetapi dia tidak lapar jadinya, dia menyambung kembali melakukan assignment.

Gemini menggigit pensil sambil berfikir. Tiba-tiba fikirannya teringat wajah Fourth. Senyuman manis terukir di bibirnya bila teringat Fourth tadi pagi. Bangun sahaja dia dari tidur, Fourth sudah menyiapkan sarapan untuknya. Dia dan Fourth makan sama-sama dan sebelum dia pergi universiti, Fourth menyikat rambutnya. Dan Fourth cakap yang Fourth nak balik rumah, mahu study. Dia selalu dengar yang Fourth study tetapi dia tidak tahu bila exam nya tapi kedengaran seperti nak dekat.

Sudah ! Sudah ! Fokus Gemini ! Lupakan Fourth ! pinta Gemini dekat dirinya sendiri. Dia kembali menghadap MacBook nya sambil memusing-musingkan pensil mekanikal di tangannya.

FOURTH memandang sekeliling yang asing. Ramai yang memandangnya dengan pandangan aneh. Fourth menelan salivanya, gugup. Dia terus berjalan di koridor yang ramai orang. Mana ehh ? Hmmmmm....

Bila tidak jumpa apa yang dicari, dia membuat keputusan untuk bertanya. Fourth menegur seorang perempuan yang mengikat rambut tocang lipan.

" Hmmm.. Maafkan saya, saya nak tanya boleh ? " tegur Fourth dengan sopan.

" Iya ? Nak tanya apa ? "

" Dekat sini, ada tak nama student Gemini ? "

Perempuan itu diam sekejap. Berfikir dan perempuan itu tersenyum manis, " Ada ! Awak naik tangga kat sana, lepas tu jalan terus. Jumpa kelas pintu warna hijau, itu kelas Gemini " beritahu perempuan itu sambil menunjuk tangga yang harus dilalui Fourth.

Fourth mengangguk kepala, " Ohh, terima kasih " ucap Fourth dengan senyuman manis.

Perempuan rambut tocang itu senyum dan membalas sama-sama.

Fourth terus berjalan ke arah tangga itu dan mencari kelas Gemini. Bila dia nampak kelas pintu warna hijau, Fourth berlari kecil ke arah kelas itu. Dia memeluk kemas buku-buku di tangannya. Gugup. Ini pertama kali dia berjumpa Gemini dekat universiti. Tadi pun, semasa nak masuk, dia gugup mahu berhadapan dengan guard yang menjaga kawasan universiti. Untung pengawal itu memahami nya yang ingin berjumpa dengan kawan jadi dia dibenarkan masuk. Dengan janji, dia tidak melakukan masalah dan harus memberikan kad pengenalan nya.

Fourth menarik nafas dan menghembuskan nafas dengan perlahan. Gugup nak jumpa dengan Gemini. Dia melangkah masuk ke dalam kelas. Dia nampak Gemini tengah melihat laptop dengan cermin mata bulat . Sungguh kacak sekali membuatkan jantung bergetar.

" Gem " panggil Fourth, berjalan ke arah Gemini yang kelihatan terkejut melihat kehadirannya.

" Kenapa kau datang sini ? " tanya Gemini dengan kerutan di dahi.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now