Tanpa memikirkan malam yang sejuk ini, Fourth berlari keluar dari bilik mahu menemui Gemini. Fourth menuruni setiap dua anak tangga untuk cepat sampai kepada Gemini. Otak nya lupa yang apartemen dia duduki saat ini ada lif. Fourth bagaikan dalam mimpi di antara percaya dan tidak melihat Gemini menunggu dia di bawah tiang lampu di hadapan apartemen penginapannya.
Namun bila melihat Gemini yang sedang berdiri di situ, dia didatangi satu perasaan yang amat luar biasa sekali. Perasaan itu halus, tapi begitu menyentuh perasaan kelelakiannya bila melihat Gemini sanggup datang menemuinya di sini. Gemini menunggunya dengan senyuman manis. Tenang, tapi amat yakin dengan diri sendiri. Dan yang paling istimewa malam ini, Gemini menemuinya sebagai kejutan untuknya. Hatinya tenang bila mengetahui Gemini kembali selepas ketiadaannya selama 5 hari ini. Perasaan mekar dan berkembang melihat wajah kacak Gemini tengah memandangnya.
Baru pulangkah dia hari ini sehingga tidak dapat menunggu hari esok yang tinggal beberapa jam sahaja untuk menemuinya ? Namun, Fourth berjalan seperti biasa ke arah Gemini. Setiap langkah yang dia ambil, adalah gerakan langkah biasa. Tidak terserlah kegembiraan di dalam langkahnya, jauh sekali untuk rasa muram. Tetapi di dalam hati, ia sungguh kembang bergebu-gebu.
" Hai ? " Gemini menyapa Fourth dengan senyuman manis bila Fourth berdiri tegak di hadapannya.
Fourth tersenyum simpul, tersipu malu kerana sudah seminggu mereka tidak berjumpa membuatkan dia sedikit gugup mahu menyapa Gemini.
" Hai Gem " balas Fourth dengan senyuman manis, tidak dapat mengawal perasaan gembira di dalam hatinya, " Aku fikir kau balik 2 hari ke depan " tegur Fourth.
Gemini memandang Fourth tanpa ada perasaan jemu. Bibir merahnya terukir melihat senyuman Fourth yang menyempurnakan harinya.
" Jadi, dah habis ke ? Tak payah pergi lagi ? " tanya Fourth, mengangkat kening kanannya.
Gemini menghela nafas, " Tidak "
Muka Fourth berubah secara drastik, " Maksud kau... "
Gemini memandang Fourth dengan pandangan redup, " Aku kena pergi lagi keesokan harinya. Inipun aku tangguh kan sekejap kerja aku sebab aku nak tengok kau di sini " beritahu Gemini dengan suara yang perlahan.
Fourth hanya diam sahaja. Sedikit terasa kerana Gemini perlu pergi lagi. Dia mengamati tubuh Gemini. Gemini tetap tidak berbeza seperti kali terakhir dia melihatnya. Tetap tampan seperti lima hari yang lalu. Cuma nampak Gemini keletihan.
" Apa khabar ? " tanya Fourth.
Gemini tersenyum kecil memandang Fourth, " Tadi petang, penat tapi bila tengok muka kau, terus hilang penatnya. Sihat sangat-sangat sekarang ni ! "
Fourth ketawa kecil, " Dasar Romeo sialan ! " Fourth menolak dahi Gemini.
Gemini ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya, " Sihat. Kau ? "
Fourth hanya mengangguk, " Sihat juga. Bila kau sampai ni ? "
" Tadi "
" Tadi ? Kesian kau. Mesti penat kan ? " Fourth mengusap-usap lengan Gemini dengan lembut.
" Sikit lah "
" Bagaimana hidup kau bila aku tak ada ? " tanya Gemini.
" Masa kau tak ada, aku betul-betul boring. Tapi Satang dan kawan-kawan lain ajak aku pergi shopping " bagitahu Fourth dengan senyuman.
Wajah Gemini berubah bila mendengar nama Satang yang meluncur keluar daripada mulut Fourth. Apakah yang Satang lakukan dekat Fourth masa dia tiada? Apakah Satang menggoda Fourth ? Jantung Gemini berdegup kencang, risau.
" Aku ada belikan beberapa barang untuk kau " sambung Fourth dengan gembira. Dia sedikit melompat kecil dengan ketawa di bibir nya.
Kening Gemini sedikit terangkat memandang Fourth, " Buat apa kau membazir duit ? "
" Kau tak suka ke ? " tanya Fourth dalam nada merajuk. Kegembiraan direnggut begitu sahaja.
Gemini mengeluh memandang Fourth, " Suka tapi duit tu kan elok kalau gunakan untuk duit belanja kau di sekolah ataupun kau bayar apa-apa untuk persekolahan kau. Jangan membazir duit beli perkara-perkara yang tidak berfaedah. Umur kau waktu ni, perlukan banyak duit untuk persekolahan lebih-lebih lagi kau sekarang ini sudah 17 tahun. Kau kena beli buku rujukan, baju kelas, buku itu, alat tulis ini kan ? Jangan membuang duit Fourth. Duit susah mahu dapat " pesan Gemini dengan lembut.
Fourth menunduk dalam diam. Dia meramas-ramas bucu bajunya, " Tapi aku nak belikan untuk kau "
" Bukan aku tak suka kau belikan aku barang tapi berjimat sedikit lah. Sekarang ini, ekonomi tengah menurun " kata Gemini lagi.
Perasaan merajuk semakin mencengkam perasaan Fourth, " Aku sebenarnya bosan bila kau tak ada. Aku teringatkan kau. Jadi, aku belikan sesuatu untuk kau. Aku tak rasa membazir sebab aku rasa dengan cara itu, aku boleh fikir yang kau ada dengan aku. Aku rindukan kau "
Gemini terdiam mendengar luahan Fourth. Dia terus-terusan memandang Fourth yang tengah menunduk dengan bibir yang termuncung-muncung. Senyuman manis terbit di bibir Gemini, memberikan sensasi hangat.
" Terima kasih Fourth ! " ucap Gemini sambil mengusap rambut hitam Fourth yang terbuai sedikit kerana alunan angin yang lembut. Dari mengusap rambut Fourth, turun ke pipi tembam Fourth dan mengusapnya lembut.
Fourth mendongak, memandang Gemini. Dia memberikan senyuman hangat. Perasaan merajuknya sudah hilang biarpun dengan senyuman Gemini sahaja. Tidak perlu matahari untuk memekarkan rasa sayangnya terhadap Gemini, kehadiran Gemini di sini, di bawah sinar tiang lampu cukup memarakkan perasaannya terhadap Gemini. Kasih sayang itu sudah wujud buatkan dia sedar bahawa dia menyayangi Gemini sekaligus dengan rela menerima Gemini di dalam hidupnya.
" Kau nampak letih " Fourth memegang pipi cengkung Gemini.
Gemini ketawa, " Nak buat macam mana ? Jalan sana sini, kena perah otak. Lagipun, aku berusaha pendekkan waktu tetapi waktu aku masih panjang di sana jadinya aku tangguhkan kerja aku kat sana dan terus ke sini "
" Kerana aku ke ? " usik Fourth.
Gemini ketawa. Kemudian dia menunjukkan jam tangan Fourth di tangan kanannya, " Aku nak semula jam aku "
Oh, itukah alasannya ? " Nak sekarang ke ? Aku tak pakai lah. Tapi tunggu sekejap, nanti aku ambil " balas Fourth, sedikit terluka kerana jawapan itu bukan yang dia harapkan dari mulut Gemini. Sangkaannya, Gemini merinduinya sepertimana dia merindui Gemini. Aku berpaling, mahu kembali masuk ke dalam apartemen untuk mengambil jam hitam Gemini tetapi Gemini cepat-cepat menghalang Fourth untuk pergi.
Gemini memegang lengan Fourth, menahan Fourth daripada pergi, " Tak payah. Esok je lah "
Fourth kembali berhadapan dengan Gemini. Fourth dan Gemini saling berpandangan sebentar tanpa sebarang ucapan. Serentak itu, angin bertiup kencang. Sejuknya menggigit hingga ke tulang. Secepat kilat, Fourth berpeluk tubuh untuk mendapatkan sedikit kehangatan. Dalam keadaan tergesa-gesa mahu berjumpa dengan Gemini, dia terlupa untuk menyarung jaket ataupun cardigan.
" Kenapa tak pakai jaket tadi masa nak turun ? " tanya Gemini, dalam kesamaran sinar lampu. Gemini agak tidak senang hati dengan kecuaian Fourth. Dia memandang Fourth yang hanya memakai baju nipis tiada lengan dengan seluar pendek separas atas lutut bersama selipar Jepun sahaja.
Fourth tersengih, " Tunggu sekejap. Aku naik atas ambil sweater aku " pinta Fourth. Dia mula melangkah untuk pergi dari situ.
" Fourth " panggil Gemini perlahan.
Langkah Fourth terhenti. Dia pantas menoleh, " Ya ? "
Gemini menarik tangan Fourth.
Fourth memandang mata redup Gemini dengan perasaan bercampur-baur. Tidak pasti.
" Come, I'll get you warm " bisik Gemini di telinganya. Gemini pandang sepasang mata bulat milik Fourth dengan perasaan yang sungguh mendalam. Gemini terus menarik Fourth ke dalam pelukannya membuatkan Fourth terpaku.
Jantung Fourth berdegup kencang. Hatinya berdenyut indah. Jutaan rama-rama berterbangan di perutnya. Perasaan ini sungguh berbunga-bunga. Dia tidak dapat menerangkan perasaan ini lebih terperinci tetapi yang dapat dia katakan adalah dia bahagia bila dia dapat merasakan kehangatan di dalam pelukan Gemini.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...