Chapter 73🔞

948 22 1
                                    

Kedinginan mencucuk kulitnya hingga ke tulang membuatkan dia sedikit tidak nyaman di dalam tidurnya. Kelopak matanya bergerak-gerak perlahan dan helaan nafas terluah lemah. Mata itu terbuka menunjukkan biji mata hitam yang mempesonakan.

" Fourth.. " panggil Gemini dengan bibir yang kering. Dia menyentuh sebelah tempat pembaringannya saat ini dan matanya terus terbeliak besar. Dia segera bangun daripada baring dan nampak di sebelahnya tiada sesiapa. Mata hitamnya meliar memandang sekeliling dengan rakus.

" Fourth ! Fourth !! " teriak Gemini dan bangun daripada duduk. Tubuhnya yang telanjang dibaluti dengan tuala warna kelabu yang dicapai di gantungan baju.

Dia mencari Fourth di seluruh penjuru kondominumnya tetapi tubuh kecil Fourth tidak ditangkap oleh matanya membuatkan dia mendengus kasar bila mengetahui Fourth pergi meninggalkannya lagi sekali selepas melakukan hubungan intim bersama nya.

Gemini memasuki biliknya dan kotak rokok dicapai. Rokok diambil menggunakan mulutnya. Puntung rokok dicucuh dengan lighter. Dia menghisap rokok dan asap berwarna kelabu itu terhembus kasar di udara selepas keluar melalui hidung dan mulut.

Gemini memandang sekeliling yang kosong. Kedinginan yang tinggi sudah tidak dipedulikan olehnya lagi. Dia sekarang ini berfikir tentang Fourth. Fourth ke mana ? Kenapa meninggalkannya lagi sekali ? Apakah Fourth sudah tidak mencintainya ?

Gemini memandang laci di sebelah katilnya. Tangannya menarik tombol laci yang diperbuat daripada kaca. Satu kotak berwarna merah sebesar telapak tangan terpampang indah di hadapan matanya. Gemini mengemam rokok dengan bibirnya manakala tangannya mengambil kotak tersebut.

Penutup kotak berwarna merah tersebut dibuka dan dia menarik rokok keluar lalu asap dihembuskan di udara. Helaan nafas keluar bila dia melihat cincin berwarna silver berukiran nama "GF" terletak elok di selitan dalaman kotak. Bibir bawah digigit perlahan dengan mata tertutup rapat. Dia mahu melamar Fourth dengan menggunakan cincin ini tetapi apakah Fourth mahu berkahwin dengannya ?

Kring.. Kring..

Telefonnya berdering membuatkan Gemini terkejut. Dengan pantas dia menutup kembali kotak cincin tersebut. Tangannya mencapai telefon yang berada di atas laci.

Mae

Gemini terus menggeser butang hijau bila nama Mae Ning naik ke permukaan skrin telefonnya. Skrin telefon dilekapkan di daun telinga.

" Ye mae ? " sapa Gemini terlebih dahulu.

" Sayang.. Apakah kamu akan pulang ke Thailand hari ini ? Sudah sebulan kamu di England, tidak mahu pulang ke Thailand ? Apakah kamu sudah melupakan mae ? " tanya Mae Ning di dalam talian dengan suara yang agak berjauh hati seperti merajuk dengan sikap Gemini.

Gemini ketawa mendengar itu, " Oh mae, tak lah. Gem akan pulang hari ini. Gem baru bangun daripada tidur ni. Lagipun kerja Gem di sini sudah selesai dari minggu lepas " beritahu Gemini, mulai bangun daripada duduk, bersedia mahu menuju ke bilik mandi yang berada di hujung bilik tidurnya.

" Hmmm ye lah. Mae tunggu kamu ni dekat airport "

" Baik mae " ucap Gemini dengan sisa ketawa di bibirnya. Panggilan dimatikan dan telefon dicampakkan di atas katil. Dia melihat kotak merah tersebut lagi sekali lalu kotak itu diletakkan di atas laci kembali. Dia terus memboloskan dirinya masuk ke dalam bilik mandi.















Tangan menongkat dagu, melihat keadaan dari dalam kapal terbang. Mata coklat gelap miliknya melihat keadaan luar yang berwarna putih. Pemandangan indah ditutupi oleh salji tidak mampu mengusir perasaan sedih di dalam jiwanya saat ini.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now