Chapter 6

348 23 0
                                    

Gemini keluar daripada bilik mandi sambil menggosok-gosok rambutnya dengan tuala kecil berwarna biru.

" Fourth.. " panggil Gemini dan keluar dari bilik tidurnya. Dia tidak mendengar suara Fourth, hanya mendengar suara televisyen sahaja.

Gemini melihat ke ruang tamu dan senyuman manis menghiasi bibirnya bila melihat Fourth tertidur di sofa. Kedengaran Fourth berdengkur kecil tanda Fourth sungguh penat.

" Fourth, Fourth, kau tak nak mandi dulu ke ? " tanya Gemini sambil menggonyang-gonyangkan bahu Fourth supaya Fourth terbangun.

Perlahan-perlahan Fourth membuka matanya dan melihat Gemini di hadapannya. Fourth terus bangun dan menggosok mata kanannya.

" Pukul berapa ni ? "

Gemini melihat jam di dinding, " Pukul 1 pagi. Kau nak mandi ke ? "

Fourth diam seketika dan mengangguk perlahan.

" Okay... Kau pakai je tuala aku. Ada kat atas katil. Nanti aku bagi kau baju " kata Gemini dengan senyuman.

Fourth mengeliat sambil menguap. Fourth terus bangun dan menuju ke arah satu bilik.

" Eh !! Fourth ! Itu bilik Phuwin ! Sebelah, sebelah ! " teriak Gemini bila melihat Fourth salah masuk bilik.

" Oh.. " Fourth kembali menutup pintu bilik Phuwin dan memasuki bilik Gemini yang berada di sebelah sahaja.

Gemini menggelengkan kepala melihat Fourth masih mamai.

GEMINI menghulurkan satu baju berwarna putih lengan pendek dekat Fourth yang tengah menunggu di sebelahnya.

Fourth mengambil baju tersebut, " Seluar ? " tanya Fourth.

" Jap " Gemini melihat-lihat almari pakaiannya dan dia memberikan satu seluar pendek separas paha berwarna hitam dekat Fourth, " Nah "

Fourth mengambil seluar itu dan Fourth berjalan, mahu masuk ke dalam bilik mandi untuk memakai pakaian.

" Kenapa kau tak pakai je kat sini ? Kita kan lelaki. Apa yang kau ada, aku ada. Buat apa nak malu " usik Gemini sambil mengangkat-angkat kening.

Fourth senyum, " Sial " umpat Fourth dan terus masuk ke dalam bilik mandi tanpa mempedulikan ketawa Gemini. Jantungnya berdegup kuat. Malu.

" Fourth, lepas ni kau nak sambung tidur ke ? " tanya Gemini dari luar bilik mandi.

" I don't know. Kenapa ? "

" Nak tengok movie sama-sama tak ? "

" Movie ? "

" Haah. Esok kau cuti kan ? Jom lah, tengok cerita sama-sama "

Fourth diam seketika, memikirkan cadangan Gemini itu, " Okay !! "

" Kalau macam tu, aku cari cerita dulu. Aku tunggu kau kat depan ! " selepas itu, Fourth mendengar bunyi pintu tertutup.

Fourth yang sudah siap berpakaian, keluar daripada bilik mandi. Dia melihat-lihat bilik tidur milik Gemini. Dia berjalan dan mengambil frame gambar yang berada di meja kecil sebelah katil. Gambar Gemini dengan Mae Ning. Comel. Frame itu diletakkan kembali dan frame gambar seterusnya, diambil. Gambar Phuwin dan Gemini tengah tersenyum. Kelihatan seperti kembar. Fourth senyum dan dia meletakkan kembali frame gambar itu.

Dan frame seterusnya dilihat. Serentak itu, senyumannya menghilang. Seorang perempuan cantik berambut panjang tengah memeluk pinggang Gemini dengan senyuman manis manakala Gemini merangkul bahu perempuan itu dengan senyuman nipis sahaja.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now